PA Group Lantik Charles Jorge Sebagai Presiden Baharu


MIAMI, Jan. 19, 2016 (GLOBE NEWSWIRE) -- PA Group, Premier Assurance Group SPC Ltd., telah mengumumkan pelantikan Charles Jorge, yang berkhidmat sebagai Naib Presiden Kanan Pembangunan Perniagaan PA Group, sebagai Presiden baharunya dan pertukaran Presiden semasa, Leonardo L. Cornide, ke jawatan Pengerusi Lembaga.

“Kami berada di satu peringkat dalam pertumbuhan syarikat di mana kami perlu menggiatkan usaha dan meningkatkan kepakaran kami di seluruh dunia. Kami percaya bahawa Charles Jorge memiliki kemahiran dan wawasan yang bersesuaian untuk membawa syarikat kami ke tahap seterusnya,” ujar Leonardo L. Cornide.

Sebelum menyertai PA Group, Charles Jorge merupakan Presiden di Worldwide Medical Assurance Ltd., sebuah syarikat insurans dan insurans semula antarabangsa yang beribu pejabat di Panama. Jawatan beliau yang terdahulu ialah VP Jualan dan Pemasaran, Bahagian Hayat, American Fidelity Assurance, sebuah syarikat yang diberikan penarafan “A+” oleh A.M. Best sejak 1982.  Di samping itu, Mr. Jorge juga memiliki rekod cemerlang bersama Pan American Life Insurance Company, yang berpangkalan di ibu pejabat syarikat di New Orleans, Louisiana. Charles Jorge membawa pengalaman industri yang menyerlah selama 26 tahun ke dalam PA Group.

“Saya bertuah menerima peluang ini bagi mengetuai pasukan eksekutif berbakat yang memimpin bahagian operasi PA Group yang berbeza-beza. Saya komited untuk melihat syarikat ini berkembang dan mencapai potensi penuhnya dan pengembangan berterusan di seluruh dunia,” ujar Charles, yang menyertai PA Group pada Mei 2014, dan menyelia penyusunan semula pasukan pembangunan perniagaan syarikat dan pengembangannya yang berjaya di Amerika Latin.

Pengerusi PA Group yang baharu dilantik iaitu Leonardo L. Cornide, menyatakan keyakinan beliau terhadap keputusan syarikat melantik Charles sebagai penggantinya. "Charlie ialah seorang pemimpin luar biasa yang telah bertanggungjawab untuk sebahagian besar kejayaaan kami sepanjang 19 bulan yang lalu," tegas Cornide. “Kami gembira kerana beliau telah menerima jawatan ini." Leonardo merumuskan, “Saya yakin bahawa Charlie akan memastikan PA Group terus menempa nama dalam pasaran, dan menjadi peneraju dalam memberikan perkhidmatan insurans global dan kewangan antarabangsa.”

Mr. Jorge berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pentadbiran Perniagaan dari University of Central Florida, dan dilantik menganggotai LIMRA Leadership Institute Fellow (LLIF), yang diselesaikan di Sekolah Perniagaan Wharton University of Pennsylvania. Dalam pada itu, Charles telah menyerlahkan diri beliau sebagai seorang peneraju industri yang berkhidmat di dalam beberapa lembaga dan majlis untuk persatuan perdagangan industri antara lain seperti LOMA dan LIMRA.

Tentang PA Group
Daripada melindungi kesihatan pelanggan kami dengan perlindungan di seluruh dunia kepada membantu mereka mencapai kejayaan kewangan pada masa akan datang, PA Group memetakan hala tuju bagi menjamin keselamatan kewangan untuk peristiwa-peristiwa yang penting dalam hidup. Selama lebih 18 tahun PA Group telah membimbing dan melindungi pelanggan antarabangsa kami dengan penyelesaian kesihatan menyeluruh dan pengumpulan kekayaan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang PA Group, sila lawati www.pagroupco.com.

Gambar yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/b01c696a-3fb6-44ba-b0c4-c70e55900e03

Gambar juga boleh didapati menerusi AP PhotoExpress.

Untuk pertanyaan media, hubungi Jackie Villavicencio, Pengurus Pemasaran PA Group, di (305) 405-7132 atau e-mel marketing@pagroupco.com.