Jaime R. Landivar Dilantik Naib Presiden Pembangunan Perniagaan Hayat & Pelaburan Baharu PA Group


MIAMI, April 26, 2016 (GLOBE NEWSWIRE) -- PA Group melantik Jaime Landivar, seorang ahli profesional pelaburan global yang mempunyai pengalaman lebih daripada 20 tahun dalam industri perkhidmatan kewangan, sebagai VP Pembangunan Perniagaan yang baru untuk Bahagian Hayat & Pelaburannya. Jaime akan melaporkan terus kepada Charles Jorge, Presiden PA Group dan akan bertugas di ibu pejabat global syarikat di Coral Gables, Florida. Beliau akan bertanggungjawab untuk meluaskan pengedaran di Amerika Latin, Asia dan Timur Tengah.

“Pengalaman luas Jaime yang bukan sahaja sebagai ahli profesional perkhidmatan kewangan, tetapi juga sebagai pakar dalam industri kewangan antarabangsa, akan menjadi nilai hebat bagi membantu syarikat kami mengukuhkan penguasaannya di pelbagai pasaran di mana kami menjalankan perniagaan hari ini,” ulas Jorge. “Jaime seorang ahli profesional yang bersemangat tinggi dengan gabungan sempurna keupayaan dan prestasi kejayaan yang terbukti dan mantap. Kami sangat berbesar hati untuk bergantung pada kepakaran beliau untuk terus mengembangkan bahagian Hayat & Pelaburan kami.”

Sebelum menyertai PA Group, Jaime berkhidmat untuk Sun Life Financial International sebagai Naib Presiden Pembangunan Perniagaan untuk Amerika Latin yang berpangkalan di Panama City, Panama. Dalam peranan ini, Jaime memainkan peranan penting dalam pembangunan kuasa jualannya di rantau tersebut, dan juga membina kesedaran pasaran bagi produk syarikat di pasaran kewangan Amerika Latin. Sebagai tambahan, Jaime memegang peranan kepimpinan di CDA International, Nationwide Financial Services dan Putnam Investments.

Melalui pengalaman industri sepanjang hayat dan merentasi pelbagai bidang , Jaime membangunkan kombinasi kemahiran dan kepakaran unik dalam pengedaran produk Dana Bersama, Anuiti Boleh Ubah, Ekuiti Persendirian, Nota Berstruktur, Insurans Hayat, Perancangan Persaraan (401k) dan produk Luar Pesisir.

Jaimen menyampaikan kesungguhan beliau tentang memulakan jawatan baharunya dengan PA Group dengan menyatakan, “Saya sungguh bersemangat dan bersyukur atas peluang untuk berkhidmat dengan PA Group dan membantu klien antarabangsa kami mencapai matlamat kewangan mereka. Iklim semasa membuka pintu buat kami menjadi inovatif dan terus menawarkan penyelesaian pelaburan yang dipertingkatkan kepada pasaran.”

Jaime berkelulusan Ijazah Sarjana Sains dalam Perniagaan dari Bridgewater State University, dan lesen-lesen sekuriti Siri 6 dan Siri 63 dari Pihak Berkuasa Kawal Selia Industri Kewangan (Financial Industry Regulatory Authority, FINRA) iaitu pengawal selia bebas terbesar untuk semua sekuriti yang menjalankan perniagaan di Amerika Syarikat.

Mengenai PA Group
Daripada melindungi kesihatan klien kami dengan perlindungan di seluruh dunia hingga membantu mereka mencapai kejayaan kewangan masa depan, PA Group mencipta hala tuju keselamatan kewangan untuk detik paling penting dalam kehidupan. Selama lebih daripada 18 tahun, PA Group telah membimbing dan melindungi klien antarabangsa kami dengan penyelesaian kesihatan dan pengumpulan kekayaan yang menyeluruh. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang PA Group, sila lawati www.pagroupco.com.

Gambar yang mengiringi pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/9ed3d632-3e7b-4983-ac96-22573417dd39

Untuk pertanyaan media, sila hubungi Jackie Villavicencio, Pengurus Pemasaran PA Group, di +1 (305) 405-7132 atau e-mel marketing@pagroupco.com