Isola Lantik Ken Rizvi sebagai CFO

Bekas eksekutif Micron akan menerajui operasi kewangan di pengeluar bahan laminat PCB


CHANDLER, Ariz., Aug. 16, 2016 (GLOBE NEWSWIRE) -- Isola, peneraju pasaran dalam laminat salut kuprum dan bahan prapreg dielektrik yang digunakan untuk memfabrikat Papan Litar Bercetak (Printed Circuit Boards, PCB) pelbagai lapisan lanjutan, mengumumkan bahawa mereka telah melantik Ken Rizvi sebagai Ketua Pegawai Kewangan, berkuatkuasa serta-merta. Rizvi menggantikan Donald Colvin, Pemangku CFO yang akan terus menganggotai lembaga pengarah Isola, jawatan yang beliau sandang sejak tahun 2010.

Jeff Waters, CEO Isola menyatakan, “Kami mengalu-alukan kemasukan Ken pada waktu yang menarik ini dalam operasi dan transformasi kewangan syarikat. Latar belakang industri dan peranan kepimpinan kanan terdahulu beliau dalam industri teknologi menjadikan beliau sangat layak untuk mengisi jawatan Ketua Pegawai Kewangan kami.”

Rizvi menyertai Isola daripada Micron, di mana beliau berkhidmat sebagai naib presiden kewangan dan bendahari korporat. Sebelum berkhidmat di Micron, Rizvi merupakan bendahari dan naib presiden kewangan di ON Semiconductor. Beliau juga berkhidmat sebagai associate dengan Technology Crossover Ventures, sebuah firma ekuiti persendirian dan modal teroka terkemuka yang menumpukan pada syarikat-syarikat teknologi yang berkembang maju dan sebagai eksekutif bank pelaburan di Morgan Stanley, New York City dan Menlo Park, California.

Rizvi memegang ijazah MBA daripada W.P. Carey School of Business di Arizona State University dan ijazah Sarjana Muda Sains dalam Ekonomi daripada Yale University.

Mengenai Isola
Isola , yang beribu pejabat di Chandler, Arizona, ialah sebuah syarikat sains bahan global yang menumpukan pada mereka bentuk, membangun, mengeluar dan memasarkan laminat salut kuprum dan prapreg dielektrik yang digunakan untuk memfabrikat papan litar bercetak pelbagai lapisan lanjutan. Bahan-bahan prestasi tinggi syarikat digunakan dalam penggunaan elektronik canggih dalam industri infrastruktur komunikasi, pengkomputeran/rangkaian, ketenteraan, perubatan, aeroangkasa dan automotif. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web kami di http://www.isola-group.com/.

Ikuti perkembangan Isola di Twitter: https://twitter.com/IsolaGroup
“Like” Isola di Facebook: https://www.facebook.com/IsolaGroup
Ikuti perkembangan Isola di LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/isola-group
Langgani Isola di YouTube: https://www.youtube.com/user/IsolaGroup

Isola dan logo Isola ialah tanda dagang berdaftar ISOLA USA Corp. di Amerika Syarikat dan negara-negara lain. Semua tanda dagang lain yang dinyatakan di  sini adalah hak milik syarikat masing-masing.  Hak Cipta © 2016 Isola Group. Semua hak cipta terpelihara.


            

Contact Data