Resipi Rahsia untuk Alkohol Serbuk akan Dijual pada Lelongan


SCOTTSDALE, Ariz., Oct. 22, 2016 (GLOBE NEWSWIRE) -- Mark Phillips, pencipta Palcohol - alkohol serbuk, telah memutuskan untuk membuat lelongan formula rahsia dan proses pembuatan Palcohol kepada pembida tertinggi di setiap 130 buah negara. Phillips menyatakan, “Kami percaya bahawa potensi Palcohol boleh direalisasikan oleh seseorang / sesebuah syarikat di negara yang arif dengan undang-undang dan sistem pengedaran minuman keras.”

Foto dilampirkan bersama pengumuman ini ada terdapat di www.Palcohol.com.

Palcohol telah diluluskan untuk jualan di Amerika Syarikat pada Mac, 2015. Permintaan di seluruh dunia untuk Palcohol sangat memberangsangkan tetapi Phillips mendapati bahawa tugas untuk undang-undang minuman keras di setiap negara tersebut menjadi satu tugas yang sangat mencabar. Berdasarkan tiada alkohol serbuk lain yang dijual di dunia pada masa ini, pemenang lelongan tersebut akan berpeluang untuk menguasai pasaran dalam negara mereka.

Palcohol membolehkan seseorang untuk hanya menambah air atau pengadun ke dalam serbuk dan dapat menghidangkan koktel segera. Walaupun lima versi Palcohol telah diluluskan di Amerika Syarikat...Vodka, Rum, Cosmopolitan, Lemon Drop dan Powderita (Margarita), berserta formula rahsia, pembida yang berjaya di setiap negara boleh memilih versi tersebut atau mencipta versi sendiri mengikut cita rasa masing-masing. Kandungan alkohol juga boleh dilaraskan.

Palcohol memiliki banyak kegunaan. Oleh sebab Palcohol adalah sangat ringan, syarikat penerbangan boleh mengurangkan berat di dalam pesawat dengan menghidangkan alkohol serbuk berbanding cecair dan menjimatkan jutaan dolar pada kos bahan api. Cirinya yang ringan ini adalah rahmat buat pengembara, pencinta aktiviti rekreasi luar dan kakitangan perubatan yang boleh menggunakannya sebagai antiseptik apabila mereka perlu membawa ubat ke dalam zon bencana. Kegunaan lain yang berkemungkinan termasuk sebagai bahan api, sama ada pada kenderaan atau dapur askar di dalam beg galasnya. Terdapat kegunaan lain dalam bidang farmaseutikal, pembuatan, pengeluaran makanan dan sebagainya. Kegunaannya seolah-olah tidak berkesudahan. 

Lelongan akan bermula pada 1 Januari, 2017. Bakal pembida mesti mendaftar dengan Lipsmark iaitu syarikat induk Palcohol, bagi menunjukkan bukti kewujudan dana. Walau bagaimanapun, terdapat harga Beli Sekarang ("Buy Now") bagi setiap negara yang membolehkan seseorang membeli hak untuk sesebuah negara sebelum lelongan bermula. Selepas lelongan berakhir, formula rahsia tersebut akan dihantar kepada semua pembida yang berjaya secara serentak.

Maklumat Hubungan: Lynne Barbour
E-mel: info@palcohol.com
Laman web: www.Palcohol.com