GoldCrypto Menjamin Mata Wang Kripto Daripada Kecurian – Pertama Di Dunia


PANAMA CITY, Panama, April 18, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- melalui NetworkWire -- GoldCrypto.io (menerusi Pengendali Perkhidmatan, Crypto Investor, Inc.) sukacita mengumumkan:

Pertama di dunia, GoldCrypto melindungi dan menjamin token mata wang kriptonya daripada dicuri melalui penggodaman. Jika kecurian secara penggodaman berlaku, token yang dicuri akan digantikan. Hal ini menjadikan token GoldCrypto AuX lebih baik daripada mata wang kripto standard bank.

GoldCrypto menawarkan token bersandarkan emas dengan lebih 50% premium dalam emas fizikal yang sentiasa meningkat mengikut masa. Selain melindungi token daripada kecurian penggodaman, ia menawarkan permulaan kukuh dalam pasaran emas dan mata wang kripto yang tiada bandingannya.

Dengan inovasi ini, peserta GoldCrypto akan mendapat manfaat daripada perlindungan token (akaun) standard bank dan juga keumpilan 50% lebih dalam sandaran emas pada peringkat permulaan.   

Inisiatif keselamatan mata wang kripto GoldCrypto dilaksanakan menerusi Platform Mata Wang Kripto CryptoSecure, yang menjadikan penggodaman dan kecurian token tidak berbaloi. Token yang dicuri menjadi tidak bernilai dalam tangan penjenayah siber dan digantikan dalam akaun mangsa. Untuk maklumat lanjut tentang platform keselamatan tersebut, lawati: www.cryptosecure.com.

GoldCrypto membeli terlebih dahulu jongkong emas yang menjadi sandaran token AuX menerusi Divisyen Pelombongan Key Capital Corporation (OTC: KCPC). GoldCrypto telah pun memprabeli lebih 13,000 auns emas. Pasukan pakar Divisyen Pelombongan Key Capital akan memantau penghasilan emas daripada pelbagai permintaan pelombongan sehingga penghasilan, penempaan di Scottsdale Mint dan akhirnya penghantaran untuk disimpan dalam bilik kebal GoldCrypto. Untuk maklumat lanjut tentang Key Capital Corporation, lawati: https://keycapitalgroup.com

Token GoldCrypto AuX mengetengahkan ciri-ciri berikut sebagai mata wang kripto yang terunggul:

  • Selamat dan terjamin. Jika digodam (berkemungkinan rendah), token GoldCrypto AuX yang dicuri akan digantikan
  • Disandarkan kepada emas fizikal – bermula daripada lebih US$0.30 per token
  • Mata wang kripto yang lebih baik daripada standard emas
  • Sandaran emas terus meningkat
  • Blockchain telus
  • Tidak terpusat dan tidak khusus negara
  • Token AuX boleh ditukar dengan emas fizikal
  • Lebih baik daripada Bitcoin – AuX, masa depan wang

Dalam pasaran mata wang kripto yang dilanda masalah penggodaman dan kecurian token, token AuX merupakan kejayaan besar dalam industri yang menyediakan utiliti, nilai dan keselamatan.

GoldCrypto ICO

Tawaran bonus 15% Pra-ICO terbuka sehingga 30 April 2018. Token AuX boleh dijamin melalui pertukaran untuk BTC, ETH, LTC, BTC Cash, ETH Classic, Dash, atau PayPal.  Untuk butiran, lawati: https://goldcrypto.io

Maklumat Hubungan

Pertanyaan GoldCrypto: 
Pertanyaan Umum di info@goldcrypto.io 
Darcy Johnston di darcy@cryptoinvestorinc.com

Pertanyaan GoldCrypto Institusi:
Ryan Lee di ryan@cryptoinvestorinc.com

Pertanyaan Key Capital Corporation:
Chris Nichols di info@keycapitalgroup.com