RFA Memacu Pertumbuhan dengan Pengembangan di Luxembourg

RFA mengumumkan awan kewangan peribadi baru di Luxembourg untuk memacu pertumbuhan dan membantu permintaan dalam pengawalan teknologi dan keselamatan siber yang meningkat


LUXEMBOURG, July 31, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- RFA, penyedia perkhidmatan IT terurus generasi seterusnya untuk industri kewangan, melancarkan awan kewangan peribadi baru di Luxembourg. Pengembangan ini membenarkan RFA untuk membantu memacu pertumbuhan di Eropah dan menawarkan portfolio perkhidmatan awan peribadi berkualiti tinggi kepada klien perkhidmatan kewangan sedia ada dan baru di Luxembourg, Madrid, Paris dan rantau meluas.

Bersama dengan pejabat di London, pejabat baru menggandakan jejak RFA di Eropah dan seterusnya memperkukuhkan strategi pertumbuhan syarikat. RFA mempunyai dua pusat data berkeselamatan tinggi, tier satu di Luxembourg yang memenuhi standard ISO27001 dan SSAE16/Type II, yang merupakan kunci utama untuk firma yang dikawal oleh Commission de Surveillance du Sector Financier (CSSF). RFA kini ditempatkan secara strategik untuk memberikan pelbagai perkhidmatan kepada klien dalam rantau ini, serta menawarkan awan peribadi yang diuruskan sepenuhnya, infrastruktur-sebagai-perkhidmatan dan perkhidmatan berbilang awan selamat, yang membenarkan klien untuk memanfaatkan kefleksibelan dan penskalaan perkhidmatan awan awam, sementara menikmati keselamatan dan kawalan terus awan peribadi.

Klien RFA di Luxembourg juga menerima manfaat daripada tahap sokongan yang luar biasa, dengan masa tindak balas antara terpantas dalam industri dan sambungan kepada bantuan langsung 24/7 atau sokongan pada tapak apabila diperlukan.

“Kami telah melihat pertumbuhan yang menakjubkan daripada klien baru dan sedia ada,” ujar Yohan Kim, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi (COO) RFA. “Kami teruja untuk menambahkannya kepada pasukan Eropah kami yang terus berkembang; kawasan ini dilimpahi dengan bakat yang pelbagai.” George Ralph, Pengarah Urusan, berkata: “pengembangan portfolio RFA ini akan membantu kami untuk meningkatkan perkhidmatan pengautomasian aliran kerja kami, pengurusan awan dan penawaran keselamatan, juga meningkatkan keupayaan kami untuk memberi khidmat kepada klien semasa kami merentas Eropah dan memberikan kami peluang untuk membangunkan hubungan klien akan datang dalam pasaran baru.”

Perihal RFA
Diasaskan pada 1989, RFA rakan teknologi dipercayai kepada 700+ klien di serata dunia, dengan $900+ Billion AUM. Menawarkan penyelesaian teknologi lengkap, pusat data operasi global dan perkhidmatan yang menerajui industri, RFA memenuhi keperluan IT dan Teknologi sektor Kewangan. RFA memberikan infrastruktur teknologi bertaraf perusahaan yang berskala, boleh diharap dan selamat dengan menggabungkan pasukan eksekutif yang berpengalaman, jurutera yang dipilih dengan berhati-hati dan syarikat rakan yang dipercayai. RFA beribu pejabat di Bandar New York dan London (EMEA) dengan operasi di New York, Connecticut, New Jersey, Massachusetts, California dan Luxembourg.

George Ralph
Pengarah Urusan
gralph@rfa.com