Pakatan Matlamat Paru-paru dilancarkan dengan matlamat untuk menggandakan ketahanan lima tahun dalam kanser paru-paru menjelang 2025

Kerjasama mengutamakan inovasi saintifik dan perubahan sosial untuk menghapuskan kanser paru-paru sebagai punca kematian suatu hari nanti


LONDON, July 08, 2019 (GLOBE NEWSWIRE) -- Hari ini, Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kanser Paru-paru (IASLC), Guardant Health, Gabungan Kanser Paru-Paru Global (GLCC) dan AstraZeneca mengumumkan Pakatan Matlamat Paru-Paru, iaitu kerjasama baharu dengan matlamat berani untuk menghapuskan kanser paru-paru sebagai punca kematian. Matlamat pertama Pakatan itu ialah untuk menggandakan ketahanan lima tahun untuk pesakit kanser paru-paru menjelang 2025.

Setiap 18 saat, satu orang meninggal disebabkan kanser paru-paru.1 Dalam 2018 sahaja, kira-kira 1.8 juta orang mati disebabkan penyakit itu.1 Empat puluh peratus pesakit didiagnosis semasa kanser telah merebak melebihi paru-paru dan prognosis mereka telah bertambah teruk.2 Kini, hanya satu daripada lima pesakit kanser paru-paru hidup lima tahun selepas diagnosis.3

Jesme Fox, Setiausaha GLCC berkata : “Pakatan Matlamat Paru-paru dibentuk pada masa yang penting untuk kanser paru-paru. Penemuan saintifik membolehkan kita mentransformasikan diagnosis, rawatan dan pengurusan penyakit ini. Namun, masih ada halangan untuk meningkatkan dan mempercepatkan penjagaan kesihatan. Sebagai ahli komuniti kanser paru-paru, kita mempunyai tanggungjawab untuk bersatu bagi menyokong dan meningkatkan penyelesaian terbaik untuk pesakit.”

Pakatan tersebut mewakili pelbagai jenis kepakaran yang saling melengkapi, termasuk penyelidikan dan pendidikan (IASLC), diagnostik (Guardant Health), sokongan pesakit (GLCC) dan penyelidikan dan pembangunan ubat (AstraZeneca).

Rakan kongsi pengasas tersebut telah mengenal pasti tiga keutamaan: meningkatkan pemeriksaan dan diagnosis awal, memberikan ubat inovatif dan meningkatkan kualiti penjagaan untuk golongan yang menghidap kanser paru-paru. Projek awal yang dipercepatkan menerusi Pakatan tersebut termasuklah:

  1. Gabungan Pengimejan Paru-paru Awal (ELIC)  ialah pangkalan data pemeriksaan global baharu berasaskan awan yang direka untuk mempercepatkan peningkatan dalam pengesanan dan pengurusan berbilang disiplin untuk kanser paru-paru peringkat awal. Projek ini didasari bukti yang semakin banyak bahawa pemeriksaan CT dapat membantu mengurangkan kematian.4 Koleksi imej dan data ini boleh digunakan untuk membina model risiko serta alat analisis dan pengesanan yang lebih baik di samping berfungsi sebagai standard global untuk kualiti data. Dalam fasa akan datang, kecerdasan buatan (AI) mungkin digunakan untuk meningkatkan lagi keutuhan sokongan keputusan klinikal dengan pemeriksaan CT. Pakatan tersebut akan menyumbang untuk membina bank imej bagi projek milik IASLC ini yang mula-mula dilancarkan percubaannya pada akhir tahun 2018 dan akan membantu mengukur keputusan pesakit untuk dinilai di pelbagai peringkat dalam proses rawatan pesakit (termasuk pengimbasan awal, rawatan awal dan susulan).

Giorgio Scagliotti, Presiden IASLC berkata: “Pemeriksaan efektif adalah penting bagi mengesan dan mendiagnosis kanser paru-paru dan kemaglinanan toraks lain pada peringkat awal, yang bermakna lebih pilihan dan jangka hayat lebih lama. Namun, pemeriksaan kurang dilakukan di seluruh dunia disebabkan beberapa faktor. Penggunaan pendekatan pengimejan kuantitatif seperti ELIC mampu meningkatkan ketepatan dan keberkesanan pemeriksaan kanser paru-paru. Platform kami bakal menjadi sumber penting global bagi pengkaji dan pasukan penjagaan kanser paru-paru yang mahu meluaskan ilmu pengetahuan mereka. Pakatan Matlamat Paru-paru menyediakan fokus, kepakaran dan sumber yang diperlukan untuk mempercepat peluasan katalog data kami dengan pesat.”

  1. Projek Tindak Balas Patologi Major ialah koleksi data dan kajian ujian klinikal yang boleh digunakan untuk mengesahkan titik akhir pengganti dan mengenal pasti penanda bio ramalan yang mampu mendayakan penyasaran ciri tumor yang lebih baik. Projek ini bertujuan untuk mempercepatkan pembangunan rawatan bersasar generasi seterusnya dan mendorong anjakan kepada bantuan awal semasa potensi rawatan lebih besar.5 Pakatan ini membantu dalam pengumpulan data daripada kumpulan yang memberikan kerjasama dan merentasi ujian industri farmaseutikal, yang boleh digunakan dengan pihak berkuasa kesihatan di seluruh dunia semasa membincangkan data ujian yang penting.

AmirAli Talasaz, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Guardant Health berkata: “Perubatan jitu sedang meningkatkan prognosis untuk sesetengah pesakit kanser paru-paru dan memberikan hasil klinikal yang lebih baik. Kami percaya pendekatan perubatan jitu mampu menjadi lebih berkesan apabila digunakan lebih awal dalam perjalanan penyakit, atau digunakan serta-merta selepas relaps dikesan. Projek Tindak Balas Patologi Major bakal membantu mempercepat pembangunan pilihan rawatan yang berpotensi kuratif, dengan pengecaman titik akhir pengganti yang boleh digunakan untuk mempercepat ujian klinikal dan pendekatan diagnostik baharu – seperti pengesanan DNA tumor dalam sampel darah – untuk mengenal pasti pesakit dengan prognosis yang buruk, membenarkan penilaian rutin untuk tindak balas terapeutik dan menggalakkan pemantauan berterusan dalam peringanan kanser.”

  1. Inisiatif dalam Penjagaan Kanser Paru-paru (ILC2 ialah panggilan terbuka yang akan dilancarkan pada akhir tahun 2019, yang menjemput organisasi pesakit tempatan di seluruh dunia membangunkan dan menghantar projek percubaan yang mampu mentransformasikan penjagaan pesakit dan meningkatkan jangka hayat pada tahap tempatan. Projek ini bertujuan untuk membantu komuniti kanser paru-paru tempatan untuk memperoleh manfaat daripada amalan terbaik berbilang disiplin, mendidik pesakit tentang pilihan mereka dan menyediakan sokongan kualiti hidup untuk pesakit sepanjang dan selepas rawatan. Jawatankuasa Pakatan Matlamat Paru-paru akan menilai dan memilih projek yang memenuhi kriteria pemilihan untuk dibiayai.

Patrick Connor, VP dan Ketua Francais Global, Pendorong Tumor dan Mekanisme Rintangan, AstraZeneca berkata: “Kanser paru-paru ialah penyakit yang amat peribadi dan pendekatan penjagaan mungkin berbeza-beza di seluruh dunia. Demi mencapai matlamat jangka hayat, kita mesti menggalakkan inisiatif yang menyelesaikan halangan pada tahap negara dan meningkatkan pemeriksaan dan diagnosis awal, membantu pembangunan perubatan inovatif dan meningkatkan penjagaan berkualiti. Dengan menyertai rakan kongsi lain yang mempunyai rangkaian global luas dan fokus bidang tertentu tetapi saling melengkapi dalam kanser paru-paru, kami akan lebih bersedia untuk menangani isu yang dihadapi oleh pesakit.”

Pakatan itu akan menaja tinjauan antarabangsa yang diketuai Ipsos MORI untuk mengenal pasti halangan tempatan yang memerlukan fokus keutamaan. Hasilnya yang dijangka akan diperoleh pada musim luruh 2019 akan digunakan untuk memperinci dan membentuk keutamaan Pakatan Matlamat Paru-paru. Maklumat tentang tinjauan tersebut dan cara masyarakat boleh berkongsi perspektif mereka boleh didapati di LungAmbitionAlliance.org. 

Perihal Pakatan Matlamat Paru-paru

Pakatan Matlamat Paru-paru ialah kerjasama utama pelbagai organisasi yang bersatu demi menghapuskan kanser paru-paru sebagai punca kematian. Pakatan ini bertujuan untuk mempercepat kemajuan dan membawa perubahan kepada pesakit kanser paru-paru dengan mengembangkan kepakaran setiap rakan kongsi dan mengutamakan projek yang bermakna dengan potensi untuk melanjutkan matlamatnya. Rakan kongsi pengasasnya – Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kanser Paru-paru (IASLC), Guardant Health, Gabungan Kanser Paru-Paru Global (GLCC) dan AstraZeneca – akan meneroka dan mengatasi halangan terhadap pemeriksaan dan diagnosis awal, pembangunan perubatan inovatif dan penjagaan berkualiti serta mencapai visi bercita-cita tinggi untuk masa depan dalam kanser paru-paru yang bermula dengan menggandakan ketahanan lima tahun menjelang 2025.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, www.lungambitionalliance.org.

Perihal Rakan Kongsi Pengasas  

  • Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kanser Paru-paru (IASLC) ialah satu-satunya organisasi global yang berdedikasi terhadap kajian kanser paru-paru dan kemaglinanan toraks lain dengan rangkaian global yang merangkumi 6,500 pakar kanser paru-paru merentas semua disiplin di lebih 100 buah negara.

  • Gabungan Kanser Paru-Paru Global ialah suara antarabangsa pesakit kanser paru-paru dan komited terhadap sokongan pesakit.

  • Guardant Health ialah syarikat diagnostik inovatif dengan visi untuk mendayakan pengesanan lebih awal menerusi akses kepada maklumat molekul dalam darah.

  • AstraZeneca ialah syarikat biofarmaseutikal global diterajui sains yang memfokuskan penemuan, pembangunan dan pemerdagangan ubatan preskripsi. 

HUBUNGAN:

Jennifer Corrigan
BursonRx
Jennifer.Corrigan@bursonrx.com
+1-347-366-1444

Emma Barrow
GCI Health
Emma.Barrow@gcihealth.com
+44-207-300-6114

Mempercepat Kemajuan untuk Penghidap Kanser Paru-paru.

Rujukan
______________________

1 World Health Organization. Agensi Antarabangsa untuk Kajian tentang Kanser. Lembaran Fakta – Kanser Paru-paru. Tersedia di http://gco.iarc.fr/today/data/factsheets/cancers/15-Lung-fact-sheet.pdf. Diakses Mei 2019
2 Laporan EpiCast: Ramalan Epidemiologi NSCLC ke 2025. GlobalData. 2016.
3 Cancer.Net. Kanser Paru-paru- Sel Bukan Kecil - Statistik. Tersedia di www.cancer.net/cancer-types/lung-cancer-non-small-cell/statistics. Diakses Mei 2019
4 IASLC. IASLC Melancarkan Percubaan Awal Projek Gabungan Pengimejan Paru-paru. Tersedia di https://www.iaslc.org/news/iaslc-successfully-pilots-early-lung-imaging-confederation-project-0. Diakses Mei 2019
5 IASLC. Jawatankuasa Patologi IASLC. Tersedia di https://www.iaslc.org/research-education/iaslc-pathology-committee. Diakses Mei 2019