Alphawave IP Mengumumkan Tahun Kewangan 2019 Yang Mencatatkan Rekod, Suku 1 Tahun 2020 Yang Mencatatkan Rekod, Dan Rancangan Penggajian Dramatik Untuk Baki Tahun 2020 Dan Seterusnya


TORONTO, May 06, 2020 (GLOBE NEWSWIRE) -- Alphawave IP, pembekal utama penyelesaian IP ketersambungan berbilang standard untuk peranti elektronik, hari ini mengumumkan hasil untuk 2019 dan suku pertama 2020 yang mencatatkan rekod.  Syarikat ini juga mengumumkan rancangan penggajian dramatik untuk 2020 agar syarikat boleh terus mengembangkan syarikat untuk memenuhi keperluan pelanggan paling majunya dalam 5nm dan seterusnya.

“Kami menjana keuntungan sejak tahun 2017 tetapi tahun 2019 merupakan tahun yang mencatatkan rekod buat kami, dengan hasil tahun demi tahun meningkat lebih 200%.  Suku pertama tahun 2020 kami telah menyaksikan hasil hampir melebihi angka tahun 2019 kami yang menakjubkan.” kata Tony Pialis, Presiden dan CEO Alphawave.  “Fokus kami terhadap penghantaran berjaya bagi penyelesaian ketersambungan paling mewah dan berkualiti tertinggi kepada pangkalan pelanggan peringkat satu kami telah menghasilkan pertumbuhan hasil, margin kasar dan margin EBITDA yang belum pernah berlaku sebelum ini.  Kami menjangkakan untuk lebih daripada menggandakan hasil 2019 kami pada tahun 2020 sementara mengembangkan margin EBITDA dalam julat 40% rendah - sementara mengembang secara agresif untuk memenuhi permintaan pelanggan pada tahun 2020 dan 2021.”

Untuk memenuhi peningkatan ketara dalam permintaan pelanggan pada tahun 2020 dan 2021, Alphawave sedang merekrut bakat baharu merentasi semua bahagian reka bentuk semikonduktor, jualan, pemasaran dan operasi.  Keadaan ini sangat berbeza dengan banyak syarikat lain yang bergelut untuk mengatasi kesan makroekonomi dalam keadaan Covid-19 global.  “Dari hari pertama, kami telah membina syarikat kami untuk menyokong kerja, reka bentuk dan sokongan dari jauh.  Hal ini menjadikan kami berada pada kedudukan yang baik untuk membolehkan kami menggaji sesiapa sahaja, di mana-mana sahaja; kami hanya inginkan orang terbaik daripada industri ini.  Jadi, kami mengalu-alukan permohonan melalui laman web kami dan berharap untuk menambahkan lebih daripada dua kali ganda jumlah pekerja kami pada tahun 2020”, kata En. Pialis. 

Perihal Alphawave IP Inc.
Alphawave merupakan pembekal utama bagi penyelesaian IP ketersambungan berbilang standard untuk peranti elektronik.  Diasaskan di Toronto, Ontario, Kanada pada tahun 2017, Alphawave merupakan salah satu syarikat yang berkembang paling pantas dan paling menguntungkan dalam industri semikonduktor.  Ketahui lebih lanjut di http://www.awaveip.com


            

Contact Data