LeddarTech Bekerjasama dengan Seoul Robotics untuk Menyampaikan Penyelesaian Tanggapan Berasaskan LiDAR


BANDAR QUEBEC dan SEOUL, Korea, Feb. 16, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, sebuah peneraju industri dalam penyelesaian sensor persekitaran untuk kenderaan automatik dan sistem bantuan pemandu lanjutan daripada Tahap 1 hingga Tahap 5, dengan bangganya mengumumkan bahawa Seoul Robotics, sebuah syarikat penglihatan komputer 3D yang terkemuka, telah menyertai Leddar™ Ecosystem. Leddar Ecosystem terdiri daripada syarikat teknologi terkemuka yang telah bekerjasama dengan LeddarTech melalui sumbangan kepakaran mereka dalam pelbagai teknologi yang meningkatkan penyelesaian ADAS dan AD.

Seoul Robotics yang beribu pejabat di Seoul, Korea Selatan telah menunjukkan kepakaran dalam teknologi tanggapan LiDAR menggunakan perisian proprietarinya, SENSR 3D. Platform ini menganalisis dan memproses data LiDAR dengan ketepatan tinggi yang membolehkan lebih banyak industri, termasuk peruncitan, logistik dan bandar pintar untuk menggunakan maklumat dalaman 3D. Seoul Robotics telah mendapat banyak perhatian baru-baru ini berikutan syarikat ini mendapat tempat “No. 1 Permulaan Teknologi” untuk Korea Selatan oleh DB-Stars pada tahun 2019.

LeddarTech dan Seoul Robotics bekerjasama untuk membangunkan penyelesaian tanggapan canggih pada masa nyata untuk melengkapi Leddar™ Pixell LeddarTech, yang direka untuk kenderaan ulang-alik, teksi robot, ADV, bas dan kenderaan komersial yang berat. Leddar Pixell yang merupakan penderia 180 darjah keadaan pepejal kilat 3D dianggap sebagai LiDAR paling kukuh yang tersedia. Baru-baru ini, produk ini menerima Anugerah Produk Cemerlang & Inovatif daripada Persatuan Industri Elektronik Shenzhen dan pengiktirafan Penerima Anugerah Terbaik dalam Inovasi di CES 2020. Kerjasama antara LeddarTech dan Seoul Robotics telah mewujudkan kepakaran teknikal kedua-dua syarikat untuk memberi pelanggan penyelesaian berasaskan LiDAR yang canggih, yang akan meningkatkan prestasi dan pengukuhan, di samping memendekkan masa penembusan pasaran serta mengurangkan kos.

“Penderia LiDAR yang kukuh seperti Leddar Pixell memerlukan perisian tanggapan 3D yang paling canggih untuk memproses dan menghuraikan data dalam masa nyata,” kongsi En. HanBin Lee, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Seoul Robotics. “Platform tanggapan terkemuka industri kami, iaitu SENSR membolehkan pemahaman dan penghuraian data 3D yang lebih baik untuk menyediakan tanggapan berasaskan LiDAR yang amat terperinci kepada pasaran. Melalui kerjasama kami dalam Leddar Ecosystem, kami akan menyediakan pengesanan dan pengelasan objek serta pengukuran kelajuan, arah tuju dan maklumat lokasi tanpa memerlukan data peta, di samping mengurangkan kos dan meningkatkan kecekapan.”

“Dengan bekerjasama bersama Seoul Robotics, peneraju perisian tanggapan 3D yang dihormati bagi penderia LiDAR, LeddarTech dan pelanggan kami mendapat manfaat daripada teknologi tanggapan berasaskan LiDAR yang canggih dan inovatif daripada Seoul Robotics,” kata Charles Boulanger, Ketua Pegawai Eksekutif LeddarTech. “Kerjasama ini menghasilkan penyelesaian untuk memudahkan dan mempercepat penyepaduan Leddar Pixell dalam pelbagai penggunaan yang meluas dalam pasaran mobiliti dan industri,” simpul En. Boulanger.

Perihal Seoul Robotics

Seoul Robotics merupakan syarikat penglihatan komputer 3D yang membina platform tanggapan yang menggunakan AI dan pembelajaran mesin untuk memperkasakan masa hadapan mobiliti. Diasaskan pada tahun 2017, Seoul Robotics telah bekerjasama dengan OEM, penyepadu sistem dan agensi kerajaan di seluruh dunia untuk mempelbagaikan penggunaan data 3D. Syarikat ini telah membangunkan perisian proprietari miliknya yang serasi dengan hampir semua penderia data 3D dan LiDAR untuk meningkatkan ketepatan dan kecekapan serta memastikan keselamatan pelbagai jenis industri dan penggunaan. Seoul Robotics berpejabat di Seoul, Sillicon Valley, Munich dan Detroit serta disokong oleh institusi kewangan global yang terkemuka. Untuk maklumat lanjut, lawati www.seoulrobotics.org.

Hubungi: LaunchSquad untuk Seoul Robotics di seoulrobotics@launchsquad.com.

Perihal LeddarTech

LeddarTech ialah peneraju dalam platform penderiaan persekitaran untuk kenderaan berautonomi dan sistem bantuan pemandu lanjutan. Diasaskan pada tahun 2007, LeddarTech telah berubah menjadi syarikat penderiaan persekitaran hujung ke hujung yang menyeluruh dengan membolehkan pelanggan menyelesaikan cabaran penderiaan dan persepsi kritikal merentasi seluruh rantai nilai bagi segmen pasaran automotif dan mobiliti. Dengan platform pergabungan penderia dan persepsi LeddarVision™ dan penyelesaian pembangunan LiDAR yang mesra kos, boleh skala dan serba boleh miliknya untuk LiDAR berkeadaan pepejal bergred automotif berdasarkan LeddarEngine™, LeddarTech membolehkan penyepadu sistem automotif Peringkat 1-2 untuk membangunkan penyelesaian penderiaan tindanan penuh untuk autonomi tahap 1 hingga 5. Penyelesaian ini dikerahkan secara aktif dalam penggunaan kenderaan ulang-alik, trak, bas, kenderaan penghantaran, bandar/kilang pintar dan roboteksi berautonomi. Syarikat ini bertanggungjawab untuk beberapa inovasi dalam aplikasi penderiaan jauh automotif dan mobiliti yang canggih, dengan lebih 95 teknologi berpaten (diluluskan atau menunggu kelulusan) meningkatkan keupayaan ADAS dan pemanduan berautonomi.

Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh diakses di www.leddartech.com dan di LinkedIn, Twitter, Facebook dan YouTube.

Maklumat Hubungan:
Daniel Aitken, Naib Presiden, Pemasaran Global, Komunikasi dan Pengurusan Produk, LeddarTech Inc.
Tel.: + 1-418-653-9000 samb. 232
daniel.aitken@leddartech.com

Leddar, LeddarTech, LeddarEngine, LeddarVision, LeddarSP, LeddarCore, VAYADrive, VayaVision dan logo berkaitan ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. dan subsidiarinya. Semua jenama, nama produk dan tanda lain ialah atau mungkin ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenal pasti produk atau perkhidmatan pemilik masing-masing.