Informa Markets Memacu Pemulihan Ekonomi dengan Kemunculan Semula yang Selamat dan Berjaya ke Lantai Pameran

Informa Markets membuat kemunculan semula yang dipacu pelanggan kepada acara langsung, memacu pemulihan ekonomi, rangkaian dan inovasi melalui pendekatan saling kerjasama dan asa terhadap keselamatan


ORLANDO, Fla., March 06, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) -- Sementara industri dan ekonomi di seluruh dunia sedang mencari peluang untuk membina semula perniagaan selepas pandemik COVID-19, Informa Markets, penganjur global yang menghasilkan platform untuk pelbagai industri berdagang, berhubung dan berkembang, melancarkan MAGIC Pop-Up Orlando dari 9-11 Februari di Orange County Convention Center. ‘Pop-Up', acara fesyen utama versi wilayah berskala lebih kecil yang lazimnya diadakan dua kali setahun di Las Vegas, Nevada merupakan peluang ‘beli-belah sehenti’ untuk pelbagai segmen industri fesyen, salah satu daripada banyak industri yang terjejas teruk akibat kesan ekonomi pandemik, mengenali jenama baharu, berhubung dengan selamat bersama peruncit yang berkongsi pendapat yang sama, dan menjana hasil yang sangat diperlukan.

Informa Markets Fashion, platform penganjur bagi portfolio pakaian lelaki, pakaian wanita, kasut dan platform penyumberan pakaian, melakukan tinjauan terhadap pelanggan pada akhir tahun 2020 bagi mengenal pasti cara terbaik untuk memenuhi keperluan komuniti fesyen. Jawapannya adalah keinginan luar biasa daripada jenama dan peruncit yang sama-sama mahu kembali ke lantai pameran pada S1 2021, masa pembelian kritikal bagi industri fesyen. Sebagai respons, Informa Markets menggunakan pendekatan hibrid, melancarkan pasaran dalam talian, MAGIC Digital, bersama acara fizikal di Orlando. Meskipun Informa Markets amat yakin dengan format maya sebagai alat pelengkap yang berkuasa dan enjin kembar jangka panjang untuk 450+ jenama mereka, minat orang ramai terhadap acara fizikal melebihi jangkaan mereka—merekodkan pendaftaran menakjubkan 40% lebih banyak daripada yang dijangkakan untuk pameran Orlando.

“Industri fesyen ialah industri yang sangat mementingkan sentuhan”, kata Kelly Helfman, Presiden Komersial, Informa Markets Fashion. “Pembeli perlu melihat dan merasa sendiri fabrik. Walaupun digital merupakan alat yang mengagumkan untuk mengekalkan ketersambungan, dan membantu untuk memenuhi trend pembelian, kuasa bersemuka tetap lebih penting—interaksi secara bersemuka tidak dapat direplikakan dalam format digital. Meskipun data boleh membantu dalam pembuatan keputusan, pembekal yang layak dengan bakal pelanggan bukan sekadar pengalaman sekali klik—dalam kebanyakan keadaan, pemahaman yang mendalam dan pembangunan hubungan lebih diperlukan. Tahun lalu telah membuktikan nilai sebenar hubungan manusia berbanding sebelum ini, dan kami telah melihat ini digambarkan melalui semangat dan kejayaan acara ini.”

MAGIC Pop up Orlando menampilkan pelbagai pereka baru dan terkini dan jenama yang lebih besar dan lebih mantap tidak sabar untuk berhubung dengan peruncit kedai besar, dalam talian, pengkhususan dan butik, dengan matlamat bersama yang menyegarkan semula industri fesyen yang terjejas teruk.

“Kami suka MAGIC dan sangat gembira dapat kembali ke sini”, kata Hanna Jung daripada By Together, sebuah gedung pemborong fesyen. “Kami dapat bertemu begitu ramai pelanggan baharu dan beraneka ragam di Orlando. Pembeli sangat teruja MAGIC kembali di pasaran dengan acara Pop-Up ini.”

Akan tetapi industri fesyen bukan satu-satunya sektor yang ingin kembali ke lantai pameran—Informa Markets melihatnya sebagai satu trend dalam banyak lagi sektor. Pada bulan Mei, Informa Markets akan menganjurkan platform untuk industri penerbangan, yang juga sedang mencari saluran untuk pembelajaran, inovasi dan penemuan yang boleh menjangkau lebih jauh daripada sekadar skrin. Kemudian pada bulan Jun, penganjur bercadang untuk kembali ke Las Vegas, tuan rumah bagi banyak acara dagangan terbesar negara, berikutan minat yang serupa daripada pelbagai komuniti, daripada pembinaan, kosmetik kepada komuniti kitar semula & sisa buangan.

“Acara kami merupakan platform untuk membina semula dan menggiatkan semula industri”, kata Nancy Walsh, Presiden, Amerika Utara, Informa Markets. “Acara ini memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan perhubungan, mengenal pasti daya inovasi dan memacu pendapatan bagi komuniti, terutamanya apabila dilakukan dengan cara yang selamat dan terkawal. Acara ini bukan sahaja untuk komuniti Fesyen, tetapi juga untuk komuniti lain, Kesihatan & Pemakanan, Pelesenan Jenama, Pembinaan, Penerbangan, dan banyak lagi. Hampir setiap industri terjejas dengan pandemik dan pelanggan kami yang kebanyakannya merupakan pemilik perniagaan kecil benar-benar percaya platform ini adalah lebih penting berbanding daripada sebelum ini.”

Namun, impak platform ini bukan semata-mata pada kehebatan mereka membantu pertumbuhan dan pembangunan sektor industri. Mereka juga menyediakan peluang ekonomi serantau yang penting. Industri pameran perdagangan dianggar menyumbang $2.24 bilion nilai ekonomi tahunan kepada bandar Las Vegas sahaja, dan kajian pada tahun 2018 menunjukkan pameran perdagangan global membawa purata 303 juta pelawat ke bandar tuan rumah setiap tahun, menyokong 1.3 juta pekerjaan dan menjana $136.9 bilion jualan perniagaan. Kesan pandemik pada individu yang bekerja dalam industri pelancongan dan hospitaliti memang mengecewakan, dan acara dagangan menyokong ekonomi tempatan, memacu pendapatan untuk hotel, pusat konvensyen, dan perniagaan tempatan yang mewakili pelayan, tukang masak, pembekal keselamatan, pemandu, artis, pelukis, jurugambar, tukang kayu, buruh dan banyak lagi. Di Orlando, acara yang ditempatkan bersama menyediakan anggaran sebanyak $15.35 juta nilai ekonomi untuk bandar ini dalam masa hanya 3 hari.

“Kami berbesar hati dapat memainkan peranan dalam menganjurkan MAGIC Pop-Up Orlando. Kami komited dalam memastikan pekerja, tetamu dan hadirin sihat dan selamat di semua acara yang dianjurkan di OCCC, dan kami gembira bekerjasama dengan penganjur seperti MAGIC yang berkongsi komitmen kami terhadap keselamatan,” kata Mark Tester, Pengarah Eksekutif, Orange County Convention Center. “Saya melihat sendiri dedikasi pasukan MAGIC Pop-Up Orlando dalam melaksanakan langkah-langkah yang perlu mewujudkan perjumpaan yang selamat dan terkawal, dan kami bekerjasama untuk mencapai matlamat yang sama.”

Walaupun industri dan ekonomi tempatan teruja mencari peluang untuk kembali pulih, keselamatan kekal menjadi elemen asas teras bagi kembalinya Informa Markets untuk lantai pameran. Informa membantu untuk mempelopori pendekatan luas industri kepada keselamatan acara perdagangan, yang dikenali sebagai All Secure Standard, yang memberikan garis panduan untuk memastikan keselamatan diutamakan di semua acara perdagangan. Standard ini adalah usaha kerjasama yang telah diterima dalam kalangan majoriti penganjur pameran dagangan global dengan sokongan persatuan industri acara dan rakan kongsi utama, dan telah disemak secara objektif oleh pasukan pakar perubatan. Di MAGIC Pop-Up Orlando, garis panduan ini diamalkan melalui gerai konsep terbuka, lorong yang lebih luas, 100+ unit pensanitasi tangan dan duta keselamatan, begitu juga dengan kewajipan memakai pelitup muka, saringan suhu, dan yang paling ketara, bukti ujian COVID-19 negatif untuk memasuki lantai pameran—pameran pertama seumpamanya yang melaksanakan ujian di tapak demi keselamatan pelawat.

Minggu-minggu selepas pelaksanaan langkah keselamatan yang dipertingkat, termasuk ujian, diumumkan, pendaftaran MAGIC Orlando mendadak naik, menandakan masyarakat teruja untuk kembali ke lantai pameran, apabila keselamatan dan kejayaan mereka diutamakan. Walaupun keperluan ujian mungkin tidak diperlukan, Informa Markets menyaksikan usaha berterusan untuk menyasarkan khalayak layak dan langkah keselamatan yang ketat sebagai enjin berganda dalam memacu pemulihan ekonomi, bukan sahaja bagi industri pameran perdagangan, tetapi bagi industri dan komuniti lain dan bandar-bandar yang menjadi tuan rumah bagi acara mereka.

“Saya rasa ini amat hebat kerana sebagai sebuah industri kami komited dengan garis panduan All Secure bagi memastikan kita mempunyai matlamat yang sama untuk kesihatan dan keselamatan”, kata Kevin Thornton, Naib Presiden, Bahagian Operasi di Informa Markets. “Pada masa ini, lebih-lebih lagi, penting bagi industri kita untuk bekerjasama membuktikan kita boleh kembali ke lantai pameran dan komuniti kita boleh berhubung semula dengan cara yang selamat. Ujian mungkin merupakan satu bahagian yang penting, tetapi dari sudut jangka panjang, saya rasa nilai sebenar adalah pada komitmen bersama kita terhadap acara yang sentiasa mengutamakan keselamatan. Melalui usaha bersama, kami telah membuktikan bahawa acara langsung boleh diadakan dengan mengutamakan kesihatan pengunjung, menandakan permulaan semula ekonomi sebenar untuk komuniti fesyen, pelbagai industri dagangan yang kami berikan perkhidmatan, dan juga bandar yang menjadi tuan rumah acara kami.”

Selain kembali menganjurkan acara utama yang lebih besar pada tahun 2021, Informa Markets merancang untuk mengadakan pop-up wilayah yang serupa dan berskala lebih kecil di bandar serata dunia sementara mereka mula kembali ke pengalaman acara secara bersemuka secara beransur-ansur. Penganjur platform juga merancang untuk meneruskan pendekatan hibrid untuk acara bagi memberikan peluang yang lebih luas kepada pelanggan untuk melibatkan diri dan kepada komuniti untuk bangun semula, dalam talian dan di lantai pameran.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang All Secure Standards, lawati http://www.informa.com/allsecure. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ujian, lawati www.magicfashionevents.com.

PERIHAL INFORMA MARKETS
Informa Markets mencipta platform untuk pakar industri dan pasaran untuk berdagang, berinovasi dan berkembang. Kami menyediakan peserta pasaran di seluruh dunia dengan peluang untuk melibatkan diri, memperoleh pengalaman dan menjalankan perniagaan melalui pameran secara bersemuka, perkhidmatan digital bersasar dan penyelesaian data yang boleh diambil tindakan. Kami menghubungkan pembeli dan penjual merentasi lebih daripada sedozen vertikal global, termasuk Farmaseutikal, Makanan, Teknologi Perubatan dan Infrastruktur. Sebagai syarikat penggerak pasaran terkemuka dunia, kami merealisasikan pelbagai pasaran pakar, membuka peluang dan membantu mereka untuk berkembang maju 365 hari sepanjang tahun. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.informamarkets.com.

ORANG HUBUNGAN MEDIA:
Casey Clemenza
Pengarah Global, Komunikasi Korporat, Informa Markets
Casey.Clemenza@informa.com