IMG_9923.jpg
Source : Infinite Convergence Solutions

NetSfere Membawakan Kuasa Komunikasi Selamat ke Tempat Kerja dengan Mendayakan Panggilan Video Berkumpulan yang Disulitkan dan Alatan Komunikasi Masa Nyata pada Platform Pemesejannya

Syarikat ini melancarkan kemas kini produknya yang paling maju dengan alatan komunikasi yang selamat dan mematuhi kawal selia serta mendayakan kerjasama pasukan dengan segera dan mengikut konteks, pada masa yang sama mengurangkan keperluan mesyuarat rasmi dan memakan masa

CHICAGO, Sept. 22, 2020 (GLOBE NEWSWIRE) -- NetSfere, perkhidmatan pemesejan mudah alih yang selamat dan memenangi anugerah ini telah mengumumkan kemas kini produk paling maju pada hari ini, bersama-sama pelancaran panggilan video dan suara berkumpulan yang disulitkan serta kerjasama masa nyata untuk mudah alih dan desktop. Ciri baharu ini direka bentuk untuk meningkatkan kerjasama pasukan dan mendorong produktiviti di tempat kerja melalui pengalaman komunikasi yang lebih mengikut konteks dan lancar, bersama pemesejan suara, video dan pesanan serta pada masa yang sama, membolehkan perusahaan mengekalkan kawalan dan pematuhan kawal selia.

“NetSfere dibina dari awal untuk perusahaan dengan fokus pada tiga perkara, iaitu keselamatan, penyulitan dan kawalan perusahaan,” ujar Anurag Lal, Presiden dan CEO. “Aplikasi pemesejan dibina pengguna yang popular seperti Slack, Skype dan WhatsApp telah menetapkan standard untuk ciri komunikasi mudah alih, tetapi aplikasi sebegini tidak pernah dibina dengan mengambil kira keselamatan dan kawalan perusahaan. Dengan menambahkan pilihan kerjasama baharu kepada tawaran platform NetSfere, kini kami dapat menyediakan perusahaan dengan alatan yang diperlukan untuk mengoptimumkan tenaga kerja mereka untuk menjadi lebih produktif tanpa menjejaskan keselamatan.”

NetSfere tersedia secara global dan juga ditawarkan dengan kerjasama Deutsche Telekom GmbH., salah satu syarikat komunikasi bersepadu peneraju dunia dan bersama NTT Ltd, pembekal perkhidmatan komunikasi & teknologi maklumat global.

“Kami telah bekerjasama dengan NetSfere selama beberapa tahun untuk menawarkan pemesejan yang kukuh dan selamat kepada pelanggan kami sebagai sebahagian daripada portfolio produk dan perkhidmatan ICT Deutsche Telekom,” kata Alexis Raftopoulos, Ketua Jualan Penyelesaian Perusahaan Mudah Alih di Deutsche Telekom Business Solutions. “Penambahan panggilan video berkumpulan disulitkan dan keupayaan perkongsian skrin memajukan lagi komitmen NetSfere untuk memberi penggunanya pengalaman pemesejan mudah alih yang lengkap dan selamat serta meningkatkan kerjasama dan produktiviti tenaga kerja. Kami teruja untuk membawa keupayaan ini kepada pelanggan kami dan organisasi lain di seluruh dunia.”

“NTT Ltd. komited dalam membantu perusahaan merealisasikan transformasi tempat kerja digital mereka. Melalui kerjasama strategik dengan NetSfere, kami akan membawa pengalaman pemesejan mudah alih yang selamat ke tahap seterusnya bagi pengguna perusahaan dengan menyediakan platform disulitkan tunggal untuk pesanan, suara dan video bagi berkomunikasi dan bekerjasama,” kata Danny Wong, Ketua Jualan NTT Ltd. di Singapura. “Ini lebih penting lagi buat industri seperti perkhidmatan kewangan, jagaan kesihatan dan sektor awam untuk memastikan kesinambungan perniagaan dalam persekitaran kerja dari jauh yang selamat dan patuh, dengan penghantaran perkhidmatan tanpa gangguan kepada klien dalam normal baharu.”

Raúl Castañón-Martínez, Juruanalisis Kanan untuk Kerjasama Tenaga Kerja di 451 Research, sebahagian daripada bahagian Kecerdasan Pasaran Global S&P berkata, “Setelah hampir enam bulan kita mengalami pandemik COVID-19, beberapa aliran yang menyerlahkan impak jangka masa panjang untuk komunikasi di tempat kerja mula muncul. Voice of the Enterprise: Coronavirus Flash Survey June 2020 kami menyerlahkan keperluan untuk teknologi komunikasi dan kerjasama yang selamat dengan keutamaan tinggi untuk keselamatan maklumat disebabkan wabak yang melanda. Pemesejan mudah alih menyediakan keupayaan berbeza yang sangat relevan untuk petugas mudah alih dan barisan hadapan. Selain itu, keupayaan privasi dan keselamatan merupakan pembezaan yang penting, terutamanya untuk pasaran tegak dengan keperluan pematuhan yang ketat.”

Menurut Gartner dalam Eight Steps for Modernizing Employee Communications in the Digital Workplace, “pilihan teknologi yang mengelirukan menyebabkan pilihan yang tidak serasi atau bertentangan, yang boleh menjejaskan usaha untuk memodenkan pengalaman pekerja berkenaan komunikasi dalaman” dan “komunikasi dalaman seringkali dilayan sebagai latihan penerbitan satu hala (disebabkan kekecewaan yang meninggi dengan e-mel dan intranet yang lapuk), berbanding sebagai peluang untuk mengadakan dialog berterusan dalam kalangan dan bersama pekerja.” Gartner mengesyorkan untuk “mengutamakan komunikasi dalaman dengan melihatnya sebagai tiang strategik dalam program tempat kerja digital anda. Dedikasikan masa, sumber dan pembiayaan untuk memastikannya beralih daripada usaha perseorangan kepada usaha yang melengkapi keutamaan tempat kerja digital yang lain, seperti ketangkasan digital.”

Ciri kerjasama selamat dan baharu NetSfere termasuklah:

Panggilan Video Berkumpulan
Ciri baharu ini membayangkan semula cara pasukan bekerjasama dengan membolehkan komunikasi video segera yang berlaku dalam perbualan kumpulan sedia ada, lantas memastikan semua peserta memahami konteks penuh perbincangan sebelum menyertai mesyuarat. Setiap panggilan video disulitkan pada masa nyata dan memberi pengguna akhir kawalan perbualan sepenuhnya. Ciri tambahan termasuk penunjuk bisu audio dan video, penunjuk percakapan, pertukaran visual berasaskan audio untuk membawa peserta semasa ke latar depan serta pemberitahuan apabila pengguna menyertai dan meninggalkan perbualan.

Kerjasama Masa Nyata
Panggilan persidangan beralih ke tahap produktiviti seterusnya dengan kerjasama masa nyata yang baharu untuk mudah alih dan desktop. Dengan satu ketikan, peserta panggilan video berkumpulan dapat berkongsi skrin mereka dengan serta-merta untuk bekerjasama mengusahakan dokumen dan bahan dalaman, termasuklah imej dan video. Ciri tambahan termasuklah kawalan lapisan dengan pembesar suara dan pilihan bisu serta kawalan navigasi sepenuhnya untuk bergerak dalam atau luar aplikasi, semasa perkongsian skrin.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang NetSfere atau untuk bertanya tentang perkhidmatan pemesejan mudah alih bagi perusahaan, lawati www.NetSfere.com.

Perihal NetSfere
NetSfere merupakan perkhidmatan dan platform pemesejan perusahaan yang selamat daripada Infinite Convergence Solutions, Inc. NetSfere menyediakan keupayaan keselamatan peneraju industri dan penghantaran mesej, termasuk ketersediaan perkhidmatan berasaskan awan global, penyulitan peranti ke peranti, ciri berasaskan lokasi dan kawalan pentadbiran. Perkhidmatan ini juga ditawarkan dengan kerjasama Deutsche Telekom GmbH, salah satu syarikat telekomunikasi bersepadu peneraju dunia dan dengan NTT Ltd., sebuah pembekal perkhidmatan komunikasi & teknologi maklumat global yang secara kerjasama menawarkan NetSfere kepada pelanggannya di seluruh dunia. Perkhidmatan ini memanfaatkan pengalaman Infinite Convergence dalam menyampaikan penyelesaian mobiliti kepada pengendali mudah alih peringkat 1 di seluruh dunia serta teknologi yang menyokong lebih daripada 400 juta pelanggan dan lebih daripada satu trilion mesej setiap tahun. NetSfere juga mematuhi keperluan kawal selia global, termasuklah GDPR, HIPAA, Sarbanes-Oxley, ISO 27001 dan lain-lain. Infinite Convergence Solutions mempunyai pejabat di Amerika Syarikat, Jerman, India dan Singapura. Untuk maklumat lanjut, lawati www.netsfere.com.

Orang Hubungan Media
Brittany Johnson
Uproar PR untuk NetSfere
bjohnson@uproarpr.com
312-878-4575 x246