OFF Line — Pembekal Laman Foto Rangkaian Sosial Terbesar di Jepun iaitu Photozou — Secara Rasmi Melancarkan "Versi Bahasa Inggeris Photozou (untuk PC dan Telefon Pintar)"


SHINAGAWA, Tokyo, May 20, 2015 (GLOBE NEWSWIRE) -- OFF Line Co., Ltd.(Shinagawa, Tokyo, Jepun; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Koichi Ishizuka) — yang mengendalikan Photozou, laman foto rangkaian sosial terbesar di Jepun (7 juta pengguna berdaftar, 3.3 juta pengguna PC aktif bulanan, 2.3 juta pengguna telefon pintar aktif bulanan) — telah membangunkan versi bahasa Inggeris laman untuk siaran.Versi Bahasa Inggeris Photozou (untuk PC dan telefon pintar) akan dilancarkan secara rasmi sekarang bersama-sama dengan sokongan tambahan yang disediakan untuk pengguna.

Foto yang mengiringi pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/472acf53-415e-4851-8a3a-604e28406241

Laman Photozou: http://photozou.jp/

Syarikat merancang untuk membangunkan perkhidmatan perkongsian foto dengan lebih lanjut dan meningkatkan bilangan pengguna dari rantau yang bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan menyasarkan jurugambar penggemar dan individu yang kerap menggunakan telefon pintar untuk menangkap gambar.

Fungsi terjemahan juga telah ditambah, membenarkan komen tentang foto dan pesanan yang ditulis dalam bahasa Jepun diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris.

Menyimpan foto di Photozou adalah percuma, dengan saiz fail tanpa had (dengan had saiz foto dan maksimum had pindahan data bulanan sebesar 1-3 GB).

Perkhidmatan "Photozou Plus" menawarkan saiz foto tanpa had, jumlah pindahan data bulanan sebanyak 5 GB, dan pengalaman pengguna bebas iklan dengan yuran bulanan berjumlah 500 yen.

Syarikat berharap dapat menawan hati individu yang menggemari bidang fotografi dari seluruh dunia dan memperoleh pengguna jangka panjang dengan bekerjasama dengan pembuat kamera Jepun dan menjalankan pelbagai bentuk promosi yang memanfaatkan penggunaan laman rangkaian sosial.

Maklumat Syarikat OFF Line Co., Ltd.
Lokasi:Tokyo, Shinagawa-ku, Kamiosaki 2-24-13 904
Presiden:Koichi Ishizuka
Tarikh Penubuhan:Oktober 2013
Modal:112,100,000 yen (termasuk rizab modal)
Perniagaan:Pembangunan aplikasi komunikasi jarak dekat (AirTalk) yang menggunakan Wi-Fi dan Tenaga Rendah Bluetooth (BLE), pengurusan perkhidmatan foto SNS, operasi foto SNS, pengiklanan Internet.
URL Syarikat: http://off-line.co.jp
URL AirTalk: http://off-line.co.jp/airtalk/
URL Photozou: http://photozou.jp/

[Pertanyaan tentang siaran ini] 
OFF Line Co., Ltd. 
Hubungan:Morikawa +813-6303-9988 / info@off-line.co.jp