Gadis 15 tahun Dari New Mexico Layak ke Acara Akhir untuk Memenangi Satu Juta Dolar bagi Aplikasi Permainan

Aplikasi Permainan Popular Memasuki Peringkat 4, dengan 6 orang Pemain Layak untuk Bermain, Termasuk 4 orang Gadis


DALLAS, Oct. 02, 2015 (GLOBE NEWSWIRE) -- Permainan Million, iaitu aplikasi permainan eSports pertama yang dibangunkan oleh AIGC Games dan boleh didapati di App Store & Android Play Store secara percuma, baru sahaja mengumumkan bahawa 6 daripada 10 pemain mudah alih sudah layak untuk bermain di acara penstriman langsung Peringkat 4 untuk memenangi satu juta dolar. Turut termasuk dalam kalangan pesaing yang layak ialah gadis berusia 15 tahun dari Albuquerque, NM, seorang gadis dari Kanada, serta dua gadis lain.

Gambar yang mengiringi pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/61b0d20b-8034-42ad-afbc-c07caa1f6832

10 individu pertama yang dapat melengkapkan kesemua 90 aras daripada aplikasi permainan akan layak untuk pergi ke peringkat akhir dan berpeluang untuk memenangi hadiah utama di penghujung peringkat 4.

Permainan tersebut mempunyai tiga peringkat untuk dilengkapkan, dengan 30 aras bagi setiap satu. Pada setiap peringkat, terdapat kemas kini permainan yang membuka kunci peringkat seterusnya dan menambah aras permainan. Untuk memenangi hadiah, seseorang pemain perlu melengkapkan 90 aras dan memperolehi skor sebanyak 9000, dengan sepuluh orang pertama yang tamat akan layak ke peringkat akhir. Acara terakhir ini kemudiannya akan distrimkan secara langsung, dengan "hadiah tunai hebat" untuk tiga individu.

Keseluruhan hadiah permainan adalah:

  • Pemain pertama yang tamat akan memenangi $1,000,000.
  • Tempat kedua akan memenangi hadiah $500,000.
  • Tempat ketiga akan memenangi hadiah $250,000.

“Kami sangat teruja kerana setakat ini terdapat 4 gadis yang bermain di acara akhir, terdapat juga seorang lelaki dari Malaysia, seorang lagi dari Mexico,” kata Mo Amous, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AIGC Games.

“Konsep Million: The Game adalah untuk menambah keghairahan dan cabaran di gedung aplikasi dan kehadiran seorang gadis berusia 15 tahun menjadikan usaha kami benar-benar berbaloi,” kata Mo Amous, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AIGC Games.

Ketahui lebih lanjut tentang permainan: http://www.million-thegame.com

App Store: https://appsto.re/us/S_pf8.i

Gedung Play Android: https://goo.gl/BPL07b

Selain itu, AIGC Games kini sedang menerbitkan Million: The Movie dan peserta permainan dijemput untuk muncul dalam filem tersebut. Untuk menguji bakat, peserta menyerahkan video permainan Million mereka untuk dipilih dalam kalangan pemain bertuah lain untuk menjadi sebahagian daripada barisan pelakon. Ketahui lebih lanjut mengenai filem: http://www.million-themovie.com/.

Tentang AIGC Games

Berpusat di Dallas, Texas, AIGC Games Inc. adalah pembangun aplikasi permainan E-sport yang pertama. AIGC Games Inc.  ditubuhkan oleh veteran aplikasi yang telah membangunkan aplikasi secara kolektif sejak 2009 untuk pelanggan mereka. Untuk maklumat lanjut, sila lawati: http://www.aigcgames.com.

*Disebabkan oleh pembatasan gedung Google Play, ganjaran akan ditawarkan kepada pemain iOS iPhone sahaja, tetapi pengguna Android boleh menyerahkan dan muncul bersama dalam Million (The Movie).

Gambar tersebut juga boleh didapati melalui AP PhotoExpress.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Maram Amous
(214) 499-8654
press@aigcgames.com