ONE Aviation(TM) Memilih Jinggong General Aviation sebagai Pengedar Eksklusif China bagi Jet Eclipse(TM)

Jinggong akan Membuka Pasaran Asia untuk Pengeluar Jet Ringan


XI'AN, China, Oct. 26, 2015 (GLOBE NEWSWIRE) -- ONE Aviation berbesar hati untuk mengumumkan Jinggong General Aviation Co., Ltd. sebagai pengedar eksklusif untuk Jet Eclipse di China. Jinggong General Aviation, kini dalam tahun yang kesebelas operasi keselamatan di seluruh China, menawarkan platform jualan, latihan dan perkhidmatan sehenti dan bersepadu untuk setiap rangkaian pesawat yang mereka wakili, termasuk Cirrus dan Mahindra Airvan.

Pengurus Besar Jinggong General Aviation Co., Ltd., En. Zhang Mingding, menekankan: “Kami sangat teruja diberikan peluang ini untuk menawarkan Eclipse kepada pelanggan kami, terutamanya di bawah latar belakang pembangunan pesat penerbangan di China. Kami yakin bahawa kerjasama dengan ONE Aviation ini akan terus mengembangkan pasaran Eclipse di seluruh Asia."

Alan Klapmeier, CEO ONE Aviation, berkongsi keterujaan yang sama: “Jinggong sentiasa mengekalkan kedudukannya di barisan hadapan dalam inovasi penerbangan di China. Kami berbesar hati kerana memiliki kumpulan yang sebegitu dihormati dan bersemangat yang mewakili kami dalam pasaran yang sangat penting ini,” ujar Klapmeier. “One Aviation menghargai potensi jualan yang masih belum dimanfaatkan sepenuhnya yang ada di China untuk pasaran jet ringan, dan kami teruja untuk menyertai kumpulan seperti Jinggong yang berkongsi wawasan pertumbuhan penerbangan kami di China.”

Jinggong (Beijing) General Aviation Company dan anak syarikatnya merupakan syarikat penerbangan umum Kategori A yang diluluskan oleh Pentadbiran Penerbangan Awam China dan menyediakan sokongan operasi, sokongan jualan, latihan penerbangan dan khidmat penyelenggaraan di kebanyakan wilayah China.

Jet enjin berkembar Eclipse 550 daripada ciri-ciri ONE Aviation menampilkan prestasi, ekonomi dan keselamatan terbaik dalam kelasnya. Eclipse 550 boleh terbang pada ketinggian sehingga 41,000 kaki pada kelajuan maksimum 430 mph, dengan menggunakan hanya 59 galon bahan api sejam, menjadikannya jet enjin berkembar yang paling efisien di dunia. 

Mengenai Jinggong General Aviation Co., Ltd.

Jinggong General Aviation komited untuk memberikan perkhidmatan penerbangan profesional kepada komuniti penerbangan China, termasuk latihan penerbangan, jualan pesawat, operasi jet perniagaan, penyelenggaraan pesawat, pengurusan lapangan terbang dan operasi penerbangan umum yang lain. Pada masa ini, Jinggong General Aviation dan anak syarikatnya memiliki syarikat pengurusan lapangan terbang Badaling Beijing.

Mengenai ONE Aviation

ONE Aviation memasar, mengeluar dan menyampaikan jet enjin berkembar Eclipse 550 dan Eclipse SE, di samping ia sedang membangunkan bebaling turbo enjin tunggal Kestrel 350. ONE Aviation juga menyediakan kejuruteraan, penyelenggaraan, perkhidmatan dan sokongan untuk rangkaian pesawat Eclipse 500 dan Eclipse 550. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ONEaviation.aero.

MAKLUMAT HUBUNGAN MEDIA:
ONE Aviation
Chad Elkins
843.284.1105
chad.elkins@oneaviation.aero

Jinggong Air
010-69129167
info@jinggonggroup.com