Xura akan menyediakan pengisyaratan rangkaian selamat kepada pengendali mudah alih gergasi Tingkat 1

Mengatasi pesaing dengan penyelesaian matang, teknologi terkini dan kepakaran pengisyaratan kukuh


WAKEFIELD, Mass., Aug. 17, 2016 (GLOBE NEWSWIRE) -- Xura, Inc. (NASDAQ:MESG), sebuah pembekal perkhidmatan komunikasi digital dan keselamatan terkemuka, mengumumkan pada hari ini bahawa penyelesaian Pengurusan Penipuan Pengisyaratan Xura telah dipilih oleh salah satu daripada pengendali rangkaian mudah alih terbesar di dunia, untuk analisis masa nyata dan penapisan pengisyaratan aktif sepenuhnya. Melalui proses tender bersaingan (RFP) yang teliti, penyelesaian Xura dipilih mendahului pesaing terdekat kerana keunggulan teknikalnya, serta dengan jelas menjejaskan kesahihan dakwaan sebuah pesaing sebagai “peneraju pasaran”.

“Pemilihan oleh pengendali mudah alih dengan latar belakang yang sehebat ini adalah satu pengiktirafan cemerlang terhadap kemampuan ampuh Xura untuk melindungi pengendalian rangkaian pelanggan kami dan untuk melindungi perkhidmatan yang disampaikan kepada pelanggan,” kata Glen Murray, Pengarah Pengurusan Xura dan SVP untuk EMEA.

Keputusan untuk memihak kepada Xura dikatakan berasaskan keupayaan Xura untuk menunjukkan kemampuan penyelesaian Pengurusan Penipuan Pengisyaratan, di samping pengalaman mendalam syarikat berkaitan pengisyaratan. Xura telah membina dan mengendalikan timbunan pengisyaratan SS7 dan Diameter mereka sendiri, yang digunakan dalam penyelesaian penting untuk misi bagi beratus-ratus pengendali yang berkhidmat untuk lebih daripada separuh pelanggan di dunia.

“Capaian kepada timbunan pengisyaratan kami sendiri telah membolehkan kami untuk membangunkan produk keselamatan pengisyaratan yang sangat fleksibel dan berciri penuh, ” ulas Ilia Abramov, Pengarah Produk untuk Penyelesaian Keselamatan Xura. “Kuasa dan fleksibiliti terus menjadi pembeza yang penting dan Xura mempunyai banyak pengalaman pengisyaratan dan keselamatan yang diperolehi daripada pendedahan terhadap pengisyaratan beratus-ratus rangkaian. Pasukan Pengurusan Keselamatan dan Tindak Balas kami boleh menggunakan keanjalan produk untuk memastikan pelanggan Xura mempunyai penyelesaian tersuai dengan kelebihan masa bertindak balas lebih pantas terhadap ancaman pengisyaratan dan perlindungan lebih hebat terhadap pengendalian rangkaian yang menjana pendapatan.”

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk keselamatan rangkaian Xura termasuk Perisai Spam dan Pengurusan Penipuan Pengisyaratan, sila lawati www.xura.com atau emel: contactxura@xura.com.

Mengenai Xura, Inc.

Xura, Inc (NASDAQ:MESG) menawarkan portfolio penyelesaian perkhidmatan digital yang membolehkan komunikasi sejagat merentasi pelbagai peranti mudah alih dan platform. Kami membantu pembekal perkhidmatan komunikasi dan perusahaan menavigasi dan menjana keuntungan daripada ekosistem digital untuk mencipta pengalaman baharu dan inovatif melalui tawaran berasaskan awan kami. Penyelesaian kami menjangkau lebih daripada tiga bilion orang melalui 350+ pembekal perkhidmatan dan perusahaan di 140+ negara. Anda boleh menemui kami di Xura.com.

Pernyataan yang Memandang Ke Hadapan

Siaran akhbar ini merangkumi “pernyataan yang memandang ke hadapan.” Pernyataan yang memandang ke hadapan merangkumi pernyataan pelan dan objektif untuk operasi akan datang, pernyataan prestasi ekonomi akan datang dan pernyataan andaian yang berkaitan dengannya. Dalam sesetengah keadaan, pernyataan yang memandang ke hadapan boleh dikenal pasti oleh penggunaan terminologi seperti “mungkin,” “mengharap,” “merancang,” “menjangka,” “menganggar,” “percaya,” “potensi,” “mengunjur,” “meramal,” “berniat,” atau negatif daripadanya atau terminologi lain yang setanding. Mengikut keadaan semula jadinya, pernyataan yang memandang ke hadapan melibatkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidaktentuan dan faktor penting lain yang boleh menyebabkan hasil, prestasi dan masa kejadian sebenar berbeza dengan ketara daripada yang dijangka, dinyatakan atau digambarkan oleh pernyataan yang memandang ke hadapan dalam siaran akhbar ini. Risiko dan ketidaktentuan yang dibincangkan di atas, dan juga lain-lain, dibincangkan secara terperinci dalam pemfailan kami dengan SEC. Dokumen dan laporan yang kami laporkan dengan SEC boleh didapati melalui kami, atau laman web kami, www.Xura.com, atau melalui sistem Electronic Data Gathering, Analysis, and Retrieval (EDGAR) SEC di www.sec.gov.

Hubungan Media:
Maria Hudson
Xura
maria.hudson@xura.com
+44 7967813429

Maklumat Perhubungan Pelabur:
Luke Todd
Xura
Luke.todd@Xura.com
+1-781-213-2131