Xura Melantik Charles Marsh sebagai Pengarah Urusan Baru Amerika

Ketua serantau yang baru memimpin operasi Xura bagi membina perhubungan pelanggan, memacu inisiatif strategik dan melaksanakan peluang pertumbuhan.


WAKEFIELD, Mass., Sept. 07, 2016 (GLOBE NEWSWIRE) -- Xura, Inc., penyedia perkhidmatan komunikasi digital terkemuka, hari ini mengumumkan perlantikan Charles Marsh sebagai Pengarah Urusan bagi operasi Amerika, termasuk perniagaan Amerika Utara dan Latin. Dengan pengalaman hampir 30 tahun dalam industri telekomunikasi, Marsh akan memainkan peranan yang penting dalam mengukuhkan kehadiran syarikat dalam serantau, membina perhubungan dengan pelanggan dan memacu peluang pertumbuhan komersial yang baru. Bertapak di pejabat Xura di Plano, Texas, Marsh akan melapor secara langsung kepada Ketua Pegawai Eksekutif Xura, Philippe Tartavull, dan juga dilantik sebagai Jawatankuasa Eksekutif Xura.

“Charles adalah seorang pemimpin yang cemerlang dengan pengalaman unik dan luas dalam komunikasi digital dan kami teruja memiliki beliau menjadi sebahagian daripada pasukan kepimpinan,” kata Philippe Tartavull, CEO Xura. “Dengan perhubungan meluas, pengetahuan mendalam pada rantaian nilai telekomunikasi global dan cara pemikiran yang menumpukan terhadap memajukan cita-cita pertumbuhan serantau syarikat, ini menjadikan beliau sebagai pilihan yang logik buat Xura. Bidang kuasa beliau sekarang adalah untuk melaksanakan strategi kami secara tempatan, di samping memacu dan mengoptimumkan pasukan di Amerika untuk menarik permintaan terhadap produk kami di seluruh portfolio pesanan dan pengewangan.”

Memberi komen tentang perlantikan beliau, Marsh berkata: “Saya berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada lembaran Xura yang seterusnya. Kami memiliki peluang yang besar untuk bekerja dengan pembawa bagi mengambil dan  membentuk ekosistem digital di samping menerap perubahan dan menjadi sebahagian daripada pasukan yang memacunya adalah sangat menyeronokkan. Xura adalah organisasi dinamik yang telah berada pada kedudukan selesa dalam menyediakan pesanan, keselamatan dan perkhidmatan virtual mudah alih berkualiti tinggi dan paling innovatif kepada pelanggan dan saya berharap dapat membantu mempercepatkan kedudukannya dalam rantau serta memacu pulangan dalam pelaburan."

Marsh menyertai Xura dari Hewlett Packard Enterprise (HPE), di mana beliau mengetuai kumpulan jualan Enterprise bagi Amerika. Sebelum HPE, Charles menghabiskan masa selama 28 tahun di Alcatel-Lucent (ALU), yang terkini adalah sebagai Presiden Jualan Amerika, mengurus pesanan dan memproses jualan pada keseluruhan akaun di Amerika Syarikat, Kanada dan Amerika Latin. Semasa di ALU, Charles juga memegang kedudukan sebagai Naib Presiden, Jualan Amerika Utara dan Naib Presiden Sprint dan telko tier 2/3.

Mengenai Xura, Inc.
Xura menawarkan portfolio penyelesaian perkhidmatan digital yang membolehkan komunikasi sejagat merentasi pelbagai peranti mudah alih dan platform. Kami membantu pembekal perkhidmatan komunikasi dan perusahaan menavigasi dan menjana keuntungan daripada ekosistem digital untuk mencipta pengalaman baharu dan inovatif melalui tawaran berasaskan awan kami. Penyelesaian kami menjangkau lebih daripada tiga bilion orang melalui 350+ pembekal perkhidmatan dan perusahaan di 140+ negara. Anda boleh menemui kami di Xura.com.


            

Contact Data