Xura akan tukar nama syarikat kepada Mavenir Systems apabila selesai pengambilalihan Mitel Mobile

Jenama Mavenir akan dipamerkan di Mobile World Congress 2017


WAKEFIELD, Mass., Feb. 09, 2017 (GLOBE NEWSWIRE) -- Susulan pengumuman yang dibuat pada Disember 2016 bahawa sekutu-sekutu Xura telah memeterai perjanjian muktamad untuk mengambil alih Mitel Mobility, Inc. ("Mitel Mobile"), sebahagian Mitel Networks Corporation ("Mitel") (Nasdaq:MITL) (TSX:MNW) dan Ranzure Networks, Inc. ("Ranzure"), Xura hari ini mengumumkkan bahawa apabila selesai urus niaga tersebut, nama syarikat gabungan baharu ialah Mavenir Systems, Inc. (“Mavenir Systems” atau “Mavenir”). Sekutu-sekutu Xura telah melengkapkan pengambilalihan Ranzure Networks yang diumumkan sebelum itu pada 1 Februari, 2017. Pengambilalihan Mitel Mobile oleh sekutu-sekutu Xura kekal tertakluk kepada syarat-syarat penutupan yang biasa dan dijangka ditutup pada suku pertama  2017.

Pardeep Kohli, Ketua Pegawai Eksekutif Xura, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Mitel Mobile (juga dinamakan Mavenir Systems) dan Pengasas Bersama serta Ketua Pegawai Eksekutif Ranzure Networks, akan menerajui syarikat baharu di bawah nama Mavenir yang diaktifkan semula.

Mavenir Systems, yang telah diambil alih oleh Mitel pada tahun 2015 dan dijenamakan semula kepada Mitel Mobile, mewujudkan kepimpinan industrinya dalam penyelesaian mudah alih 4G LTE yang membantu menentukan pasaran dengan beberapa pengenalan baharu industri, termasuk pelaksanaan rangkaian langsung pertama di dunia bagi Voice over LTE (“VoLTE”) dan RCS5 dengan MetroPCS (kini T-Mobile), dan pelaksanaan rangkaian mudah alih pertama Voice over berasaskan IMS melalui WiFi (“VoWi-Fi”) dengan T-Mobile AS.

Mavenir baharu, yang akan ditubuhkan dengan gabungan Xura, Mitel Mobile dan Ranzure, akan mewujudkan pemain terkemuka dalam dunia yang dimayakan sepenuhnya, penyelesaian perisian sedia 5G merentasi semua lapisan tindanan infrastruktur rangkaian, membantu Penyedia Perkhidmatan Komunikasi ("CSP") memacu perolehan, kecekapan, kefleksibelan dan kebolehskalaan sambil mengguna pakai awan dan memayakan rangkaian mereka. Set penyelesaian baharu akan membolehkan pengguna mendorong inovasi perkhidmatan, menyampaikan pengoptimuman dan mengendalikan pertumbuhan trafik yang mendadak daripada Internet of Things (“IoT”) dan aplikasi 5G.

Pardeep Kohli, Ketua Pegawai Eksekutif Xura mengulas: “Reputasi jenama global Mavenir yang kukuh dan pencapaian terbukti dalam inovasi peneraju pasaran di seluruh set produknya menjadikan namanya sebagai pilihan semula jadi bagi kita. Mavenir telah menerajui pelbagai inovasi terulung dalam industri, termasuk pelancaran berskala pertama bagi pemayaan dan rangkaian takrifan perisian terhadap rangkaian teras mudah alih. Melangkah ke hadapan, kami akan memanfaatkan kejayaan ini, menawarkan penyelesaian rangkaian berevolusi, terbukti awan, dari akses radio dan teras paket hingga aplikasi dan perkhidmatan 5G. Kami akan memacu inovasi dan pengalaman baharu untuk pelanggan kami dan pengguna akhir mereka. Dengan jangkaan penyempurnaan pengambilalihan dan pelancaran semula jenama Mavenir Systems, Mitel Mobile akan menyertai Mobile World Congress 2017 sebagai Mavenir.”

Mengenai Xura

Xura menawarkan portfolio penyelesaian perkhidmatan digital yang membolehkan komunikasi global merentasi pelbagai peranti mudah alih dan platform. Kami membantu pembekal perkhidmatan komunikasi (CSP) dan perusahaan menavigasi dan menjana keuntungan daripada ekosistem digital untuk mencipta pengalaman baharu dan inovatif melalui tawaran berasaskan awan kami. Penyelesaian kami menjangkau lebih daripada tiga bilion orang melalui 350+ penyedia perkhidmatan dan perusahaan di 140+ negara. Anda boleh menemui kami di www.xura.com.

Mengenai Ranzure Networks

Ditubuhkan oleh veteran industri dengan pengalaman yang luas dalam rangkaian teras LTE maya dan teknologi Radio Access – Ranzure tertumpu dalam menghasilkan laluan untuk rangkaian 5G paling pantas dan lancar. Ranzure Networks telah melesenkan teknologi Mitel Mobile dalam bidang Evolved Packet Core untuk membantu pembekal perkhidmatan apabila mereka membina rangkaian 5G untuk Internet of Things. Ranzure berpusat di Richardson, Texas, dengan pusat-pusat pembangunan tambahan di Ottawa, Kanada dan Bengaluru, India. Sila lawati www.ranzure.com untuk maklumat lanjut.

Mengenai Siris Capital

Siris Capital ialah sebuah firma ekuiti persendirian yang menumpukan pada urusan membuat pelaburan terkawal dalam syarikat-syarikat data, telekomunikasi, teknologi dan perkhidmatan perniagaan yang disokong oleh teknologi. Penting kepada pendekatan pelaburan Siris ialah perkongsiannya dengan para eksekutif operasi kanan atau Rakan Kongsi Eksekutif yang hebat, yang bekerjasama dengan Siris untuk mengenal pasti, mengesahkan dan mengendalikan peluang pelaburan. Pembabitan ketara mereka membolehkan Siris untuk bekerjasama dengan pengurusan bagi menambah nilai dari segi operasi mahu pun strategi. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila lawati kami di www.siriscapital.com.


            

Contact Data