Platform Pembuatan Pergigian Baharu 3D Systems Memecut Anjakan bagiDigital

Platform Figure 4 revolusioner bergabung dengan bahan NextDent memberikan jumlah kos operasi yang ketara daripada di sisi kerusi sehingga makmal.


CHICAGO, March 21, 2017 (GLOBE NEWSWIRE) -- 3D Systems (NYSE:DDD) hari ini melancarkan platform pembuatan tambahan generasi mendatang, berdasarkan teknologi Figure 4 dan bahan NextDent syarikat tersebut, yang mampu memberikan rawatan pesakit yang lebih baik, lebih cepat dan lebih boleh diramal dengan jumlah kos operasi yang menggugat yang boleh merevolusikan industri pergigian yang bernilai multibilion dolar.

Syarikat mengharapkan platform baharu dapat mencapai penambahbaikan sehingga 10 kali ganda dalam jumlah kos operasi, bersama dengan masa pembuatan yang lebih singkat dan sisa bahan yang lebih kurang secara ketara.

3D Systems memiliki kepakaran domain yang mendalam dalam pasaran pergigian, termasuk bertahun menerajui kategori penjajar, dan berada di kedudukan yang baik untuk memimpin evolusi industri pergigian yang akan datang. Inilah hasil langsung usaha pembangunan bertahun-tahun oleh syarikat dalam teknologi pencetak Figure 4, digabungkan bersama pemerolehan portfolio sebanyak 12 bahan yang berkesan secara klinikal daripada NextDent dengan kelulusan kawal selia di lebih 70 negara.

“Mesin pengisar tradisional hanya mengisar satu korona pada satu masa, lalu membuatkan proses menjadi perlahan, tidak berkesan dan mahal,” kata Vyomesh Joshi (VJ), Presiden dan CEO 3D Systems. “Pengumuman hari ini akan mengubah industri. Sistem kami boleh mencetak 20 – 30 korona dalam kurang daripada 15 minit, yang merupakan masa yang sama bagi kebanyakan penyelesaian pengisaran lain untuk mengeluarkan satu korona sahaja.”

3D Systems akan menawarkan platform pencetak modular yang membolehkan makmal yang lebih kecil untuk mengeluarkan beribu korona atau produk pergigian lain pada setiap tahun dengan kos yang efektif. Syarikat merancang untuk memulakan penghantaran pada musim luruh tahun 2017.

Pertunjukan penyelesaian transformasi 3D Systems untuk bidang pergigian digital akan dipersembahkan pada Pertunjukan Pergigian Antarabangsa (IDS) 2017, di Cologne, Jerman pada 21-25 Mac dalam pameran 3D Systems (Dewan 3.1, booth M059), NextDent (Dewan 4.1, booth E011) dan 3Shape (Dewan 4.2, booth L090, N091 dan N090) di Koelnmesse.

Pernyataan Masa Hadapan
Pernyataan tertentu yang dibuat dalam siaran ini yang bukan pernyataan sejarah atau fakta semasa adalah pernyataan masa hadapan dalam lingkungan maksud Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Swasta 1995.  Pernyataan masa hadapan melibatkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketaktentuan dan faktor lain yang mungkin menyebabkan hasil, prestasi atau pencapaian sebenar syarikat untuk ketara berbeza daripada hasil sejarah atau daripada sebarang hasil atau unjuran masa hadapan yang tersurat atau tersirat oleh pernyataan memandang ke hadapan yang sedemikian. Dalam kebanyakan keadaan, pernyataan masa hadapan boleh dikenal pasti dengan istilah seperti “percaya,” “kepercayaan,” “menjangka,” “mungkin,” “akan,” “menganggarkan,” “bertujuan,” “menduga” atau “merancang” atau negatif bagi istilah ini atau peristilahan lain yang setanding. Pernyataan masa hadapan adalah berdasarkan kepercayaan, anggaran dan jangkaan semasa pihak pengurusan dan mungkin termasuk ulasan kepada kepercayaan dan jangkaan syarikat berhubung dengan peristiwa dan aliran masa hadapan yang mempengaruhi perniagaannya dan semestinya tertakluk pada ketaktentuan, yang kebanyakannya di luar kawalan syarikat. Faktor yang diterangkan di bawah pengepala “Pernyataan Masa Hadapan” dan “Faktor Risiko” dalam pemfailan berkala syarikat dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran, serta faktor lain, boleh menyebabkan hasil sebenar ketara berbeza berbanding hasil yang dicerminkan atau diramalkan dalam pernyataan masa hadapan. Walaupun pihak pengurusan percaya bahawa jangkaan yang dicerminkan dalam pernyataan masa hadapan adalah munasabah, pernyataan masa hadapan tidak demikan, dan tidak harus disandarkan sebagai jaminan prestasi atau hasil masa hadapan, ia juga tidak semestinya terbukti sebagai penunjuk tepat bagi masa yang prestasi atau hasil tersebut akan tercapai. Pernyataan masa hadapan yang terangkum hanya dibuat pada tarikh pernyataan. 3D Systems tidak menanggung tanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak sebarang pernyataan masa hadapan yang dibuat oleh pihak pengurusan atau bagi pihaknya, sama ada sebagai hasil pembangunan masa hadapan, peristiwa atau keadaan yang berikutan atau sebaliknya.

Mengenai 3D Systems

3D Systems membekalkan produk dan perkhidmatan 3D yang menyeluruh, termasuk pencetak 3D, bahan cetakan, perkhidmatan pembuatan atas permintaan dan alat reka bentuk digital. Ekosistemnya menyokong aplikasi termaju daripada kedai reka bentuk produk ke lantai kilang sehinggalah bilik operasi. Keupayaan penjagaan kesihatan jitu 3D Systems termasuk simulasi, Perancangan Pembedahan Maya dan pencetakan peranti perubatan dan pergigian serta instrumen pembedahan khusus pesakit. Sebagai pengasas pencetakan 3D dan pembentuk penyelesaian 3D masa hadapan, 3D Systems telah menggunakan sejarah 30 tahunnya bagi membolehkan para profesional dan syarikat untuk mengoptimumkan reka bentuk mereka, mengubah alir kerja mereka, membawakan produk inovatif ke pasaran dan memacu model perniagaan baharu.

Maklumat lanjut tentang syarikat boleh didapati di www.3dsystems.com

 


            

Contact Data