Kajian Baru Diterbitkan dalam Sains Lanjutan PLOS ONE  Berkenaan VTS-270 bagi Rawatan Penyakit Niemann-Pick Jenis C1


ROCKVILLE, Md., April 19, 2017 (GLOBE NEWSWIRE) -- Sucampo Pharmaceuticals, Inc. (Sucampo) (NASDAQ:SCMP), iaitu sebuah syarikat biofarmaseutikal global, hari ini mengumumkan penerbitan kajian baharu dalam jurnal saintifik bebas yang mengesahkan komposisi unik VTS-270, yakni produk 2-Hidroksipropil-beta-siklodekstrin (HPβCD) yang sedang dalam penyiasatan sebagai rawatan baharu bagi Penyakit Niemann-Pick Jenis C1 (NPC-1).

NPC-1 ialah penyakit gangguan genetik yang jarang berlaku, progresif dan akhirnya membawa maut yang dihidapi oleh kira-kira 2,000-3,000 pesakit di seluruh dunia. Hasilnya diterbitkan hari ini dalam rencana bertajuk, “Penyifatan hidroksipropil-beta-siklodekstrin yang digunakan dalam rawatan Penyakit Niemann-Pick jenis C1,” dalam PLOS ONE, iaitu jurnal Capaian Terbuka pelbagai disiplin yang pertama di dunia dan ia boleh didapati di http://journals.plos.org/plosone/article?id=10.1371/journal.pone.0175478.

Dalam kajian ini, penyelidik menunjukkan bahawa VTS-270 mempunyai darjah yang rendah bagi hidroksipropilasi khusus yang konsisten atau darjah penggantian (DS), serta paras hetero-dimer bercas ganda yang rendah yang diperhatikan melalui perwakilan warna palsu mobiliti ion atau peta haba. Analisis ini adalah berdasarkan profil taburan dan ketumpatan ion menggunakan kaedah spektrometri jisim sebagai cara untuk menilai aktiviti molekular utama.

“Kami sedang berusaha untuk memajukan sains berkenaan VTS-270 sebagai rawatan berpotensi bagi NPC,” kata Peter Kiener, D. Phil, Ketua Pegawai Sains Sucampo. “Hasil kajian ini, seterusnya menyokong cap tanda dan ketulenan komposisi khusus VTS-270 yang membezakannya daripada campuran HPßCD yang lain. Cap tanda yang tertakrif dan boleh dihasilkan berulang kali adalah kemungkinan besar berkait rapat dengan keberkesanan dan keselamatan klinikal khusus VTS-270 yang berpotensi.”

HPβCD merupakan campuran spesis berbeza yang kompleks, dan variasi dalam pengeluaran boleh membawa kepada perbezaan dalam komposisi termasuk darjah hidroksipropilasi gegelang siklodekstrin yang berbeza-beza, yang juga dikenali sebagai darjah penggantian. Purata darjah penggantian ialah ciri penting dalam kerumitan campuran HPβCD kerana ia mempengaruhi keupayaan untuk mengikat dengan molekul lain, dan menjejaskan darjah keterlarutan akues; yang kedua-duanya akhirnya boleh mempengaruhi aktiviti biologi.

Mengenai Sucampo Pharmaceuticals, Inc.

Sucampo Pharmaceuticals, Inc. bertumpu pada pembangunan dan pengkomersialan ubat-ubatan khusus yang memenuhi keperluan perubatan pesakit yang major di dunia. Sucampo mempunyai dua produk yang dipasarkan – AMITIZA, iaitu produk utamanya, dan RESCULA – dan barisan calon produk yang dalam peringkat akhir pembangunan klinikal untuk bidang penyakit yatim.  VTS-270 merupakan campuran 2-hidroksipropil-B-siklodekstrin dengan cap tanda komposisi khusus yang telah diberikan pengiktirafan gelaran yatim di A.S. dan Eropah dan ia dalam percubaan klinikal Fasa 2/3 yang penting bagi rawatan Penyakit Niemann-Pick Jenis C-1.  Sucampo mempunyai pilihan untuk hak Amerika Utara kepada CPP1-x/sulindac, yang sedang berada dalam pembangunan Fasa 3 bagi rawatan poliposis adenomatus kekeluargaan dan telah diberikan pengiktirafan gelaran ubat yatim di A.S.  Sebagai sebuah syarikat global, Sucampo beribu pejabat di Rockville, Maryland, dan mempunyai operasi di Jepun dan Switzerland. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati www.sucampo.com.

Logo Sucampo dan slogan iklan, The Science of Innovation, ialah tanda dagangan berdaftar Sucampo AG. AMITIZA ialah tanda dagangan berdaftar Sucampo AG.

Ikuti kami di Twitter (@Sucampo_Pharma). Ikuti kami di LinkedIn (Sucampo Pharmaceuticals).
Twitter   LinkedIn

 


            

Contact Data