Radixx International Melantik John Elieson sebagai Presiden dan CEO


ORLANDO, Fla., Oct. 05, 2017 (GLOBE NEWSWIRE) -- Radixx International, pembekal peneraju industri bagi sistem tempahan, pengedaran dan pembarangan tersuai syarikat penerbangan, mengumumkan pada hari ni bahawa mereka telah melantik John Elieson sebagai Presiden & CEO. Ron Peri, Pengasas dan mantan CEO Radixx akan terus berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Radixx.

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/1e4e5090-f5a9-457c-8e2d-b61664ed2a78

En. Elieson akan menggalas tanggungjawab untuk memandu hala tuju strategik Radixx dan memantau operasi harian syarikat. Sebelum menyertai Radixx, beliau berkidmat di Sabre selama 29 tahun dengan tugas terakhirnya adalah sebagai Naib Presiden Kanan untuk Akaun Global dan Pengalaman Pelancong dalam bahagian Rangkaian Pelancongan mereka. Sepanjang berkhidmat di Sabre, beliau melaksanakan pelbagai tugas termasuk menerajui jualan global untuk bahagian Penyelesaian Penerbangan Sabre dan menerajui Pemasaran Global dan Strategi Korporat untuk Pelancongan.  Majoriti kerjaya En. Elieson dibuat secara langsung dan tidak langsung dengan pengagihan syarikat penerbangan, dalam dan luar talian.

“John adalah calon yang ideal untuk Radixx terus mengorak langkah yang lebih jauh dan menambah jumlah pelanggannya,” ujar Ron Peri, Pengasas dan Pengerusi Radixx International. “Kami yakin yang latar belakang John dan pengalamannya dalam industri pelancongan global, terutamanya yang berkaitan dengan penyelesaian penerbangan adalah sangat bernilai. Kami mengalu-alukan penyertaan John di Radixx dan menanti sumbangannya kepada syarikat.”

“John merupakan pemimpin yang berbakat dengan rekod terbukti memacu pertumbuhan dan mencipta pasukan yang efektif,” kata Kurt R. Jaggers, ahli Lembaga Pengarah Radixx dan Pengarah Pengurusan di TA Associates, yang menyelesaikan pelaburan dalam Radixx pada September 2016. “Kami percaya kemahiran pengurusan dan pengetahuan sektor pelancongan beliau sangat berguna untuk Radixx. Sebagai wakil Lembaga Pengarah, saya ingin berterima kasih kepada Ron Peri atas khidmat, semangat dan dedikasi beliau kepada Radixx dan pelanggan, rakan kongsi serta pekerjanya, serta kami bersedia menerima sumbangan beliau sebagai Pengerusi.”

Bercakap mengenai pelantikannya, “Saya bersyukur dan teruja untuk menyertai Radixx, syarikat yang saya ikuti dan kagumi selama bertahun-tahun. Hasil kerja keras semua pemimpin dan kakitangannya, Radixx mempunyai kelebihan teknologi maju dan penawaran nilai unik untuk menambah pelanggannya. Saya kagum dengan pasukan Radixx dan bersedia untuk bekerja bersama mereka demi meneruskan momentum dan reputasi kukuh Radixx.”

Biografi John Elieson
John Elieson adalah Presiden & CEO Radixx International. Sebelum menyertai Radixx, En. Elieson telah berkhidmat sebagai Naib Presiden Senior untuk Akaun Global dan Pengalaman Pelancong di Rangkaian Pelancongan Sabre, pembekal teknologi untuk industri pelancongan global. Selama hampir tiga dekad, beliau berkhidmat dengan Sabre dan bekas syarikat induknya, American Airlines, dalam pelbagai bidang termasuk operasi, latihan, pembangunan perisian, perundingan, pembangunan perniagaan, pengurusan jualan dan akaun, pemasaran, pembangunan produk, pengurusan portfolio, pengurusan harga dan hasil, maklumat perniagaan dan strategi. Sepanjang pelantikannya, Elieson telah menjayakan beberapa rundingan berbilion dolar dan mencipta nilai signifikan untuk semua pihak. Beliau memperolehi MBA daripada Universiti Vanderbilt dan telah melakukan perniagaan dan menguruskan kakitangan di seluruh dunia. Beliau juga berkhidmat dengan beberapa lembaga untuk perniagaan, universiti, majlis perbandaran dan organisasi bukan berasaskan keuntungan.

Perihal Radixx International
Radixx International, Inc., beribu pejabat di Orlando, Florida kini melancarkan sistem perkhidmatan penumpang generasi keenam iaitu Galaxy PSS. Galaxy adalah sistem PSS natif web penuh dan boleh digunakan di sebarang pusat data awam atau persendirian. Ia terbukti berupaya untuk beroperasi dengan rangkaian awan (cloud) terkecil hingga persekitaran mendesak terbesar. Galaxy menyediakan sistem perusahaan lengkap boleh disesuaikan yang memenuhi keperluan syarikat penerbangan tradisional dan rendah kos, termasuk sokongan untuk penerbangan antara syarikat, perkongsian kod dan agihan menerusi GDS. Diasaskan pada tahun 1993 dan kini menjadi hos kepada 50 syarikat penerbangan di enam benua, penyelesaian berasaskan awan bersepadu Radixx menyokong semua model perniagaan syarikat penerbangan. Baru-baru ini, Radixx menjadi rakan kongsi TA Associates, firma ekuiti persendirian pertumbuhan peneraju global. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.radixx.com.

Hubungan Media:
John Beisner
Bond Moroch
jbeisner@bondmoroch.com
+1.504.323.8337