Perfectus Aluminum Inc. Memberi Maklum Balas kepada Kumpulan Dagang


ONTARIO, Calif., Oct. 20, 2017 (GLOBE NEWSWIRE) -- Perfectus Aluminum Inc. telah mengeluarkan yang berikut: Pada 12 Oktober 2017, Majlis Penyemperit Aluminum (AEC), sebuah kumpulan industri yang mewakili penyemperit aluminum yang kebanyakannya dari Amerika, menyiarkan naratif palsu di blognya berkenaan satu tuntutan yang menamakan Perfectus Aluminum Inc. sebagai pihak yang berkaitan. Kerajaan bukan “meminta duti yang tidak dibayar daripada Perfectus untuk barangan yang dibawa masuk ke dalam negara.” Sebaliknya, kerajaan sedang cuba untuk menggunakan keazaman Jabatan Perdagangan 2017 untuk menilai duti anti-lambakan retroaktif pada barangan yang diimport seawal tahun 2011. Mengecewakan apabila AEC menganggap silap langkah kerajaan sebagai “kemenangan” untuk ahlinya dan industri: jika salah satu ahli AEC sendiri menghadapi pelanggaran yang nyata terhadap keadilan dan proses wajar ini, ia akan berhujah dengan sepatutnya bahawa tindakan kerajaan yang melampui batas kemampuan adalah ancaman untuk pengeluar di mana-mana sahaja.

Sebagai tambahan pada hipokrasi bagi promosi AEC ke atas kes ini, pendiriannya terhadap isu asas perlu diteliti dengan serius. Pendirian AEC, yang ia telah nyatakan dalam pelbagai pemfailan di hadapan Jabatan Perdagangan, iaitu membenarkan produk Perfectus untuk memasuki aliran perdagangan Amerika akan, dari kenyataan AEC sendiri, “membahayakan pengeluar A.S.” Perlu diulang bahawa pada masa itu produk Perfectus telah ditahan—dalam respons terus terhadap kemenangan AEC di hadapan Jabatan Perdagangan—ia berada di pelabuhan untuk meninggalkan Amerika Syarikat. Jika AEC mencapai hasratnya dan barangan Perfectus memang dirampas, ia akan dicairkan dan akan, mengikut undang-undang, dilepaskan dalam bentuk tertentu ke dalam pasaran terbuka; akibat yang kononnya paling ditakuti oleh AEC.

Akhir sekali, tuduhan tidak bermakna bersalah. Memilih hanya setengah fakta daripada aduan awam untuk mempromosikan naratif palsu adalah tidak beretika dan tidak benar. Untuk tujuan ini, Perfectus telah melampirkan pemfailannya secara keseluruhan, di akhir siaran ini.

Sila ajukan sebarang soalan kepada Harris, Baio & McCullough di 215-440-9800.

Pautan ke PDF tersedia di sini: http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/d8d784b3-d89d-4b14-bbdc-a453d13731d8