Satu Tahun Pertumbuhan Luar Biasa untuk Unikorn Penerbangan Perniagaan Global


VistaJet pada kedudukan yang ideal untuk merebut bahagian pasaran yang lebih besar pada tahun 2018

  • Menerbangkan lebih 50,000 penumpang dalam masa satu tahun untuk kali pertama
  • Pelaburan daripada Rhône Capital menilai ekuiti syarikat melebihi $ 2.5 bilion - menjadikan VistaJet satu-satunya syarikat dalam pasaran penerbangan perniagaan yang bernilai lebih daripada $ 1 bilion dan salah satu daripada "Unikorn" yang paling bernilai di Eropah.
  • Pertumbuhan dua angka dalam jam penerbangan di AS dan Asia
  • Prestasi pasaran tinggi di Timur Tengah - bilangan pelanggan Program baharu meningkat sebanyak 50% dari tahun ke tahun di rantau ini
  • 45% pelanggan Program AS yang menyertai pada tahun 2017 telah menempah jam tambahan
  • Bahagian pasaran meningkat di semua pasaran, termasuk AS dan Timur Tengah
  • Kini mempunyai 72 pesawat jarak jauh, menjadikannya sebagai salah satu yang terbesar dalam sektor penerbangan swasta
  • Purata masa penerbangan meningkat dan dijangka meningkat lagi pada 2018
  • Fokus untuk mengambil peluang daripada kedudukan utama sektor di Timur Tengah dan membina bahagian pasaran di Amerika Utara dan Asia

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, Jan. 18, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- VistaJet, syarikat penerbangan perniagaan global pertama dan tunggal, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menempuh tahun paling hebat pada 2017, dengan jam penerbangan meningkat dengan ketara dari tahun ke tahun. Ia juga mencapai kemajuan yang ketara pada keutamaan strategik terasnya, meningkatkan bahagian pasaran di seluruh dunia dan mencatatkan pertumbuhan dua angka dalam jam penerbangan di AS dan Asia. Selain itu, berikutan pelaburan daripada dana yang bersekutu dengan Rhône Capital, ekuiti syarikat dinilai tinggi melebihi $ 2.5 bilion, mengukuhkan kedudukan VistaJet sebagai salah satu daripada lima unikorn teratas Eropah daripada segi pendanaan.1

Jika trend semasa berterusan, 2018 dijangka menjadi satu lagi tahun penting bagi syarikat tersebut. Yang utama dalam sektor ini kebiasaannya menjejaki ekonomi global dan dengan melihat pertumbuhan Eropah, AS dan Timur Tengah sekali lagi, permintaan ditetapkan untuk meningkat pada tahun 2018. Sementara yang lebih belajawan dalam sektor ini sedang bergelut, dagangan untuk jenama premium seperti VistaJet adalah kuat, kerana ahli perniagaan, syarikat dan UHNWIs menjadi lebih memilih dalam pilihan tempahan mereka.

Sebelum ini pelanggan paling berminat dengan kelajuan dan kecekapan, pada tahun 2018, kunci utama adalah perhatian kepada perincian, perkhidmatan tambahan dan pengalaman yang diperibadikan. Generasi yang membesar dengan dunia di hujung jari mereka semakin mencari pilihan perjalanan yang sesuai dengan gaya hidup, keutamaan dan sikap mereka. Di samping itu, pilihan yang dicipta oleh model pesawat jarak jauh baharu yang menarik seperti Global 7000 hanya akan menambah momentum positif di dalam sektor ini. Pelanggan juga memilih untuk terbang lebih global, yang bermaksud purata jam penerbangan semakin meningkat. Hasilnya, permintaan untuk pesawat yang lebih besar meningkat; dalam pasaran penerbangan swasta, hanya VistaJet yang dapat memenuhi keperluan ini di seluruh dunia.

Dengan pertumbuhan sektor teknologi di Pantai Barat AS dan pertambahan badan usahawan di hab kewangan global utama seperti Dubai, pelanggan penerbangan swasta akan bertukar kepada golongan yang lebih muda pada tahun 2018. Setelah stabil bertahun-tahun, industri penerbangan swasta akhirnya mula berinovasi untuk memenuhi permintaan yang semakin berkembang ini. VistaJet berada di barisan hadapan membuka langkah; penyelesaian Atas Permintaan dan aplikasi Langsung memberikan usahawan ketelusan ke atas harga dan model perniagaannya didasarkan pada akses ke atas pemilikan, pendekatan yang sudah biasa bagi pengguna Uber dan Airbnb.

Lain-lain detik penting 2017 termasuklah:

  • Prestasi VistaJet di Timur Tengah kukuh, dengan jumlah pelanggan Program baharu yang meningkat sebanyak 50% dari tahun ke tahun. Syarikat mencatatkan prestasi kukuh di UAE dan peningkatan pasaran Arab Saudi, Kuwait dan Oman. UAE penyumbang majoriti bagi penerbangan di rantau ini (sebanyak 28%) dan bilangan jam penerbangan (37%).
  • Menjelang 2018, VistaJet melihat trend yang sangat positif di Timur Tengah, dengan kedua-dua jam penerbangan dan jumlah penerbangan meningkat dengan ketara. Pada suku keempat tahun lepas, jumlah penerbangan ke UAE meningkat sebanyak 44% dan ke Oman sebanyak 300%.
  • VistaJet terus mengembangkan bahagian pasarannya di pasaran utama AS dan Asia. Walaupun pasaran di AS secara keseluruhannya berkembang dengan angka tunggal yang rendah, VistaJet menyaksikan peningkatan jam penerbangannya sebanyak 38% dari tahun ke tahun dan jumlah penerbangan sebanyak 49%. Salah satu pemacu utama pertumbuhan ini adalah permintaan yang berterusan di Pantai Barat AS, terutamanya daripada sektor Teknologi.
  • Pertumbuhan yang kuat di Asia dengan jam penerbangan meningkat sebanyak 16%. Negara yang paling cepat berkembang di rantau ini ialah China dan India. Dengan pertumbuhan ekonomi dan peningkatan bilangan usahawan global, India dijangka menjadi salah satu pasaran paling menarik untuk sektor penerbangan swasta di dunia dalam tempoh 5 tahun akan datang. Di samping itu, ekonomi di China membuktikan lebih berdaya tahan daripada yang dijangkakan, bermakna sektor penerbangan swasta mungkin berkembang di negara ini sepanjang tahun 2018.
  • VistaJet mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu pengendali terkemuka di Eropah pada tahun 2017. Eropah menyumbang 41% daripada jumlah jam yang diterbangkan oleh syarikat dalam tempoh itu, dengan UK menyumbang 26%, Perancis 19% dan Itali 11% daripada penerbangan serantau.
  • VistaJet terus memimpin pasaran pada tahun 2017 daripada segi inovasi dan teknologi. Sepanjang dua belas bulan terakhir, syarikat telah melancarkan VistaJet Direct, keahlian digital baharu mereka yang menawarkan akses keutamaan kepada penerbangan sehala dan tanpa penumpang VistaJet pada kadar istimewa. Tawaran baharu ini dijangka menjadi pemacu utama bagi pertumbuhan perniagaan untuk tahun-tahun yang akan datang.             

Thomas Flohr, Pengasas dan Pengerusi VistaJet, berkata:

“Tidak syak lagi, tahun lepas merupakan tahun transformasi bagi VistaJet dan titik perubahan dalam sejarahnya. Dengan pelaburan daripada Rhône Capital, kami kini kukuh sebagai salah satu unikorn yang terkemuka dan paling menarik di Eropah dan satu-satunya syarikat dalam pasaran penerbangan perniagaan yang dinilai lebih daripada $1 bilion. 

Kami telah menempuh tahun paling hebat pada 2017. Selain merebut bahagian pasaran daripada pesaing kami dalam semua pasaran utama kami, termasuk pasaran terbesar di dunia - AS, kami memperkukuh kedudukan kami sebagai jenama pilihan untuk ahli perniagaan dan usahawan terkemuka di dunia. Dalam tempoh dua belas bulan terakhir, kami telah menerbangkan lebih Ketua Eksekutif dan Pengerusi ke lebih banyak destinasi daripada yang pernah kami lakukan sebelum ini.

Kami menuju 2018 pada kedudukan yang hebat. Sementara sesetengah pesaing kami yang lebih kecil mendapati dagangan sebagai mencabar, dengan status unikorn kami serta asas operasi yang mantap, kami sangat bersedia untuk memimpin pasaran dan merebut sebarang peluang baharu yang muncul. Kami komited untuk menjadi pemain No.1 dalam setiap pasaran operasi kami dan kami berada di landasan untuk mencapai kemajuan besar dalam tempoh dua belas bulan berikutnya.”

Melihat ke tahun 2018, syarikat itu kekal fokus untuk membina bahagiannya dalam pasaran terbesar di dunia, iaitu Amerika Utara dan Asia, sambil memanfaatkan kedudukannya sebagai peneraju sektor dalam pasaran yang berkembang pesat di Timur Tengah. Model perniagaan langganan VistaJet akan terus menjadi tiang utama dalam perniagaannya, dan dengan lebih banyak pelanggan berbanding sebelum ini yang diharapkan untuk memilih bagi meningkatkan jam mereka pada 2018, trend global daripada pemilikan penuh dan pecahan dijangka berterusan.

Maklumat
Jennifer Farquhar
VistaJet International
T: +44 (0) 203 617 3077
M: +44 (0) 7834 335505
jennifer.farquhar@vistajet.com

James Leviton
Finsbury
+44 207 251 3851
VistaJet@finsbury.com

Perihal VistaJet

VistaJet merupakan syarikat penerbangan global pertama dan tunggal. Berbekalkan jet perniagaan perak dan merah syarikat, Dengan kumpulan pesawat perniagaannya yang berwarna perak dan merah, VistaJet telah menerbangkan pelanggan syarikat, kerajaan dan pelanggan persendirian ke 187 buah negara di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 2004 oleh Thomas Flohr, syarikat ini merintis model perniagaan yang inovatif, iaitu pelanggan hanya membayar untuk masa penerbangan, bebas daripada tanggungjawab dan risiko aset yang dikaitkan dengan pemilikan pesawat. Perkhidmatan Program VistaJet yang tersendiri menawarkan langganan jam penerbangan bagi kumpulan pesawat jet jarak sederhana dan jauhnya untuk menerbangkan pelanggan ke mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja.

____________________________
1 https://www.nanalyze.com/2017/10/8-biggest-startups-europe/

Foto yang mengiringi pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/a1dc8290-4e50-47fa-9609-d53531e5fa2a