AMSTERDAM, Belanda dan AUSTIN, Texas, March 28, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Lithium Werks mengumumkan pemerolehan loji perkilangan A123 Systems asal yang terletak di Changzhou, China. Loji ini adalah yang pertama memperkenalkan teknologi NanoPhosphate® revolusioner dalam bentuk sel silinder yang telah digunakan secara global dalam pelbagai aplikasi, terutamanya dalam pasaran industri. Sebagai sebahagian daripada transaksi, Lithium Werks telah mengambil alih hubungan pelanggan di China, Eropah dan Amerika Syarikat dan juga operasi, kakitangan dan rekaan produk berkaitan dengan perniagaan Changzhou. Lithium Werks juga merupakan pemilik baharu bagi tanda dagangan POWER. SAFETY. LIFE. yang telah menjadi portfolio produk A123 pada awal penubuhannya. Transaksi tersebut dibiayai dengan modal kerja Lithium Werks.

“Kami yakin bahawa pemerolehan ini akan melonjakkan Lithium Werks ke kedudukan tertinggi dalam pasaran Fosfat Besi Litium global,” kata Knut H. Nylænde, Pengerusi Lithium Werks.

“A123 Systems gembira menyempurnakan transaksi ini dan yakin bahawa pelanggan lama kami dalam pasaran industri boleh mempercayai Lithium Werks. A123 sedang memberi tumpuan kepada aplikasi automotif bertaraf dunia daripada hibrid sederhana hingga kenderaan elektrik sepenuhnya,” kata Jeff Kessen, VP Strategi Korporat A123 Systems.

Perihal Lithium Werks
Lithium Werks ialah syarikat bateri ion litium yang pesat berkembang dengan kemudahan pengilangan di China dan pejabat di AS, Netherlands, Ireland Utara, Great Britain dan Norway.  Lithium Werks menyediakan sel, modul dan sistem pengurusan bateri bagi pasaran seperti pengendalian bahan, storan tenaga tetap, perubatan dan marin komersial.

Perihal A123 Systems 
A123 Systems merupakan peneraju global dalam menyediakan penyelesaian storan tenaga lengkap melalui sel dan sistem bateri termaju terutamanya untuk aplikasi pengangkutan. A123 menawarkan pelbagai produk bertaraf dunia dan memberikan prestasi unggul, boleh dipercayai dan menjimatkan kos daripada konsep hingga pemerdagangan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Lithium Werks Inc.                                                       
+1 512 527 2900                                                             
https://merger.lithiumwerks.com/