Teknologi PRICO® Black & Veatch akan Memainkan Peranan Penting dalam FLNG, Mendayakan Kerja Pembangunan Lapangan BP di Greater Tortue/Ahmeyin

Golar Kembali ke Black & Veatch dan Keppel Shipyard untuk menukar kapal LNG ketiga dan membangunkan FLNG di Afrika Barat, meluaskan jangkauan global


OVERLAND PARK, Kan., May 01, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Teknologi PRICO® berpaten serta keupayaan kejuruteraan dan pemerolehan Black & Veatch dijangka akan memainkan peranan penting lagi dalam teknologi gas asli cecair terapung (FLNG), kali ini untuk pembangunan lapangan BP di Afrika Barat. Dikenali dengan prestasinya yang kompetitif dalam pembangunan FLNG, Black & Veatch akan bekerjasama dengan Keppel Shipyard Limited (Keppel Shipyard) untuk menukar kapal pengangkut gas asli cecair (LNG), Gimi, menjadi kemudahan pencecairan terapung.

Projek ini meneruskan perkongsian erat antara Keppel Shipyard dan Golar LNG (Golar). Black & Veatch telah mengembangkan perkongsiannya dengan Golar sejak tahun 2011, daripada konsep ke rekaan bahagian depan hingga rekaan dan penukaran kapal FLNG. Pada tahun 2014, Golar memberikan kontrak EPC kepada Keppel Shipyard dan Black & Veatch untuk menukar Hilli Episeyo, kapal pengangkut LNG bersaiz 125,000 meter padu menjadi FLNGV.

Penyelesaian FLNG mampu menjadi alternatif yang lebih jimat dan pantas kepada kemudahan pelantar minyak darat, yang penting dalam suasana harga gas asli rendah pada masa ini. Penukaran FLNG Hili Episeyo di luar pesisir Cameroon yang berjaya juga akan mengukuhkan keyakinan pasaran terhadap penyelesaian penukaran FLNG.

“Perkongsian dengan Golar dan Keppel ialah cerminan pengalaman, kepimpinan dan nilai industri yang dibawa Black & Veatch dalam projek penukaran luar pesisir kompleks. FLNG mampu memenuhi permintaan dunia untuk tenaga yang semakin meningkat dengan menawarkan penyelesaian yang lebih pantas dan jimat,” kata Bob Germinder, Timbalan Presiden Kanan Black & Veatch dan Pengarah Urusan Penyelesaian Minyak dan Gas Terapung.

“Teknologi PRICO® Black & Veatch terus membolehkan kami menyediakan penyelesaian pencecairan yang kompetitif kepada pelanggan kami yang mahu membangunkan dan menukarkan aset gas asli mereka menjadi wang,” kata Iain Ross, CEO Golar.

BP mempunyai kepentingan majoriti dan hak pengendalian yang tinggi dalam pembangunan projek Greater Tortue/Ahmeyin yang bertempat di luar pesisir Mauritania dan Senegal. Usaha meneruskan kejuruteraan dan rekaan bahagian depan (FEED) kapal FLNG Gimi akan menyokong Fasa 1A pelan pembangunan BP untuk rantau tersebut, yang juga termasuk pembangunan unit simpanan hasil dan pemunggahan terapung (FPSO). Penukaran kapal bergantung pada FID projek oleh BP, dijangkakan pada akhir tahun 2018.

Skop kerja Keppel Shipyard dan Black & Veatch untuk menukar Gimi adalah serupa dengan skop kerja Hilli Episeyo Golar . Black & Veatch akan menyediakan teknologi pencecairan berlesennya, PRICO® dan keupayaan kejuruteraan dan pemerolehan global manakala Keppel Shipyard akan menyediakan sistem marin dan semua perkhidmatan pembinaan berkaitan dengan penukaran.                                                                                          

Nota Editor:

  • GIMI ialah kapal pengangkut LNG bersaiz 125,000 meter padu.
  • Penukaran GIMI akan dilakukan mengikut peraturan dan undang-undang persatuan pengelasan marin yang relevan.
  • Black & Veatch mempunyai rekod prestasi yang boleh dipercayai dan mempunyai 25 loji di seluruh dunia dengan menampilkan teknologi PRICO® .
  • PRICO® ialah proses inovatif untuk mencecairkan gas asli yang membolehkannya diangkut dengan kapal tangki laut atau trak. Proses ini menggunakan gelung penyejuk campuran tunggal untuk pencecairan gas asli. Proses ini mempunyai beberapa kelebihan utama, termasuk:
    • Sistem penyejukan ringkas yang memerlukan kelengkapan minimum dan proses yang padat menjadikannya ideal untuk pencecairan luar pesisir
    • Modal dan perbelanjaan pengendalian rendah
    • Kawalan dan penyenggaraan dipermudah.

Perihal Black & Veatch

Black & Veatch dimiliki oleh pekerja dan merupakan peneraju global dalam pembinaan infrastruktur insan yang penting dalam Perkhidmatan Tenaga, Air, Telekomunikasi dan Kerajaan. Sejak tahun 1915, kami telah membantu pelanggan meningkatkan kehidupan insan di lebih 100 buah negara menerusi rundingan, kejuruteraan, pembinaan, pengendalian dan pengurusan program. Hasil kami pada tahun 2017 mencecah US$3.4 bilion. Ikuti kami di www.bv.com dan media sosial.

Perihal Keppel Shipyard

Keppel Shipyard ialah subsidiari Keppel Offshore & Marine (Keppel O&M), syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Keppel Corporation. Keppel Shipyard ialah nama industri yang dipercayai untuk pembaikan, penukaran dan naik taraf pelbagai jenis kapal dan merupakan peneraju global dalam penukaran Simpanan Hasil dan Pemunggahan Terapung (FPSO), Simpanan dan Pemunggahan Terapung (FSO) dan Unit Simpanan dan Penggasan Semula Terapung (FSRU), serta pembikinan dan pemasangan turet dan sistem tambatan, dan modul proses sisi atas. Sebagai sebuah kumpulan, O&M juga merupakan peneraju dalam rekaan pelantar minyak luar pesisir, pembinaan dan pembaikan serta pembinaan kapal khusus. Strateginya yang dekat dengan pasaran, dekat dengan pelanggan dikukuhkan dengan rangkaian global lapangan dan pejabat di 15 buah negara di Asia Pasifik, Teluk Mexico, Laut Kaspia, Timur Tengah dan rantau Laut Utara. Mengintegrasikan pengalaman dan kepakaran lapangannya di seluruh dunia, Keppel O&M bermatlamat untuk menjadi penyedia pilihan dan rakan kongsi untuk penyelesaian industri luar pesisir dan marin. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.keppelom.com

Perihal Golar LNG

Dengan pengalaman lebih 40 tahun, Golar ialah peneraju pemilik bebas dan pengendali untuk kapal pengangkut LNG dan FSRU serta merupakan perintis pembangun kapal FLNG.Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.golarlng.com.

Maklumat Hubungan Media:

MELINA VISSAT | +1 303-256-4065 P | +1 617-595-8009 M | VissatM@BV.com

TALIAN PENTING MEDIA 24 JAM | +1 866-496-9149