Pencarian Penyedia Kajian Teratas Asia Semakin Sengit Apabila Morgan Stanley dan Citi Merangkul Tempat Teratas dalam Tinjauan Pasukan Kajian Seluruh Asia Institutional Investor


NEW YORK, May 24, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Pasaran penyedia yang bersaing sengit untuk meningkatkan keterlihatan antara hubungan sisi beli/jual yang sebahagiannya disebabkan oleh peraturan MiFID II serta keadaan Asia yang semakin menarik kepada pelabur menjurus kepada kenaikan penyertaan undi untuk Tinjauan Pasukan Kajian Seluruh Asia sebanyak 17% dan menghasilkan keputusan yang unik dan mendalam.

Morgan Stanley merangkul tempat pertama untuk tahun kedua berturut-turut dalam ranking tahunan penganalisis sisi jual berdasarkan pasukan eksklusif Institutional Investor dengan 34 kedudukan, manakala Citi memperolehi tempat pertama dalam ranking awal individu berdasarkan penganalisis dengan 43 kedudukan.

Selepas mendahului dengan tiga kedudukan jelas pada tahun 2017, keadaan tahun ini lebih sengit dengan UBS berada di tempat kedua, hanya satu kedudukan di belakang Morgan Stanley, serta Bank of America Merrill Lynch di tempat keempat dengan jarak hanya lima mata di belakang Morgan Stanley - hal ini menggambarkan persaingan yang meningkat dengan semangat untuk memperoleh hasil dalam persekitaran pasca MiFID II.

Untuk ranking individu berdasarkan penganalisis, Citi mendahului dengan 43 kedudukan dan Morgan Stanley di belakangnya di tempat kedua denan 35 kedudukan. Bank of America Merrill Lynch dan UBS seri di tempat ketiga, masing-masing dengan 34 kedudukan.  Credit Suisse mendapat tempat kelima dengan 25 kedudukan dan menamatkan 5 pemenang teratas.

“Peranan Asia yang penting kepada pertumbuhan ekonomi global berterusan,” kata Cara Eio, Ketua Kajian, Asia. “Persaingan untuk memberikan produk kajian keseluruhan terbaik kepada pelabur demi menyokong keputusan pelaburan juga berterusan. Persaingan dan kepelbagaian tawaran dan penyedia kajian ini baik untuk pelabur, korporat dan pasaran.”

Pasukan Kajian Seluruh Asia 2018 mewakili pandangan lebih daripada 4,703 pengurus portfolio dan penganalisis di 1,381 institusi yang menguruskan ekuiti Asia berjumlah sekitar $1.9 trilion.

Hasil lengkap boleh didapati di www.institutionalinvestor.com/research

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cara Eio, Ketua Kajian Asia II di +852 2912 8051 atau cara.eio@institutionalinvestor.com.

Untuk berkongsi kedudukan pemenang anda pada ranking Pasukan Kajian Seluruh Asia 2018 dalam kandungan laman web, iklan, komunikasi, bahan iklan sampingan dan banyak lagi, sila hubungi PARS International Corp. di www.ii-licensing.com.

Perihal Institutional Investor
Selama 51 tahun, Institutional Investor telah menjadi syarikat media terutama secara konsisten dengan kewartawanan inovatif dan penulisan tajam yang memberikan maklumat penting kepada khalayak global. Di samping itu, Institutional Investor menawarkan kajian dan ranking tanda aras proprietari yang disegani untuk kajian sisi beli dan sisi jual, dana lindung nilai, korporat, pendapatan tetap dan pengurusan aset. Untuk maklumat lanjut, lawati institutionalinvestor.com.