Taconic_Logo_Vert_Process_Medium resize.jpg
Source: Taconic Biosciences

Taconic Biosciences Melancarkan Pengeluaran Eropah untuk Model Obesiti Berpunca Diet

RENSSELAER, N.Y., June 14, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Taconic Biosciences, peneraju global dalam membekalkan model mencit kejuruteraan genetik dan penyelesaian perkhidmatan telah melancarkan pengeluaran tempatan model obesiti berpunca diet (DIO) di Eropah.

Mencit DIO digunakan untuk mengkaji penyakit metabolime dan obesiti kerana mencit ini menunjukkan peningkatan glukosa, insulin, kolesterol, leptin dan kortikosteron yang menyerupai banyak aspek dan komplikasi penyakit metabolisme manusia. Mencit Obes Berpunca Diet (DIO) C57BL/6NTac kekal menjadi model metabolisme utama kerana apabila diberikan diet tinggi lemak, C57BL/6NTac mendapat sindrom metabolisme yang lebih konsisten dan jelas berbanding model DIO lain.

“Komitmen Taconic untuk menyediakan model haiwan terbaik kepada pelanggan bermakna memberikan akses kepada produk yang lebih baik secara teknikal.  Pengeluaran tempatan untuk komuniti penyelidikan Eropah membolehkan saintis menggunakan C57BL/6NTac dengan mudah bagi penyelidikan penting,” kata Dr. Megan MacBride, pengarah portfolio untuk model komersial di Taconic. Mencit DIO Taconic akan sedia dihantar dalam saiz kajian biasa, yang menjimatkan masa penyelidik dan membolehkan mereka memulakan kajian dengan lebih cepat.

Taconic mempunyai pelbagai koleksi model ubah suai genetik (GEM) dan model bukan ubah suai genetik serta penjanaan model disesuaikan dan penyelesaian pengurusan koloni.  Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk dan perkhidmatan Taconic, sila hubungi 1-888-TACONIC (888-822-6642) di AS, +45 70 23 04 05 di Eropah, atau e-mel info@taconic.com.

Perihal Taconic Biosciences, Inc.

Taconic Biosciences ialah peneraju global dalam model dan perkhidmatan roden kejuruteraan genetik berlesen sepenuhnya. Diasaskan pada tahun 1952, Taconic menyediakan penyelesaian haiwan terbaik supaya pelanggan boleh memperoleh, menjana secara tersuai, membiak, memprakondisi, menguji dan mengedar model kajian bernilai di seluruh dunia. Pakar dalam model mencit dan tikus, model mencit kajian kepersisan, serta rekaan model dan perkhidmatan pembiakan bersepadu, Taconic mengendalikan tiga makmal perkhidmatan dan tiga kemudahan pembiakan di A.S. dan Eropah, mengekalkan hubungan pengedar di Asia dan memiliki keupayaan penghantaran global untuk membekalkan model haiwan kepada hampir seluruh dunia.

Hubungan Media:

Kelly Owen Grover

Pengarah Komunikasi Pemasaran

(518) 697-3824

kelly.grover@taconic.com