Ahli meningkat sebanyak 32% dalam Separuh Pertama 2018, VistaJet Mengendalikan Penumpang Terbanyak Setakat Ini


Serlahan utama untuk separuh tahun pertama yang berakhir pada 30 Jun 2018:

  • Ahli program baharu meningkat sebanyak 32%
  • Hasil penerbangan meningkat sebanyak 27%
  • Jam penerbangan meningkat sebanyak 27%
  • Amerika Utara merangkumi 25% daripada penerbangan global
  • Kecemerlangan perkhidmatan meningkatkan pembaharuan ahli sebanyak 33%

LONDON, July 12, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- VistaJet, syarikat penerbangan global swasta yang pertama dan satu-satunya terus memperolehi bahagian pasaran yang signifikan di seluruh dunia dalam separuh pertama 2018. Didorong oleh permintaan yang konsisten terhadap model langganan program utama syarikat tersebut, ahli baharu telah bertambah sebanyak 32% berbanding tahun lepas, dengan jumlah kontrak baharu Eropah meningkat dua kali ganda berbanding pada masa yang sama tahun lepas. Jam pembaharuan meningkat sebanyak 33%, yang dipacu oleh fokus syarikat terhadap kecemerlangan perkhidmatan.

Pada tahun 2018, VistaJet telah membuat pelaburan dalam inovasi perkhidmatan untuk pelanggan, di samping liputan global dan model langganan jam penerbangan yang unik. Tawaran program baharu yang direka bentuk mengikut minat pelanggan VistaJet merangkumi perkongsian dengan rakan kongsi seni dan sukan terkemuka seperti Christie’s dan British Polo Day serta pelancaran program pelancong paling meluas untuk kanak-kanak dalam penerbangan peribadi.

Perkhidmatan yang tiada bandingan, 72 buah pesawat dengan hiasan jenama yang seragam dan kelompok pelanggan yang pelbagai dan meluas telah menghasilkan permintaan yang meningkat dari setiap rantau di dunia. Dalam separuh pertama tahun 2018, hasil penerbangan, jam penerbangan dan jumlah penerbangan syarikat tersebut telah meningkat sebanyak 27%. Peningkatan ini diketuai oleh Amerika Utara iaitu 25% daripada jumlah jam penerbangan global.

Bilangan penumpang global juga bertambah dan dalam separuh tahun pertama 2018, VistaJet telah menerbangkan lebih 30,000 pelanggan ke seluruh dunia, iaitu pertumbuhan 23% berbanding masa yang sama tahun lepas. Purata masa penerbangan juga meningkat disebabkan oleh pertambahan permintaan untuk penerbangan yang lebih lama di laluan antara benua. Trend ini dijangka meningkat lagi sepanjang separuh tahun kedua.

Hasil hari ini sekali lagi menunjukkan anjakan global keutamaan penerbangan individu dan syarikat yang beralih daripada pemilikan kapal terbang untuk mengurangkan kos dan risiko aset tanpa berkompromi terhadap keselesaan, kesenangan dan faedah penerbangan perniagaan. Dengan penilaian ekuiti melebihi $2.5 bilion yang melonjakkan syarikat tersebut sebagai syarikat unicorn pertama Malta dan kelima di Eropah, VistaJet berpeluang untuk meraih lebih banyak bahagian pasaran dengan menawarkan liputan global, kualiti yang konsisten dan tiada bandingan serta keberkesanan maksimum.

Thomas Flohr, Pengasas dan Pengerusi VistaJet, berkata:
“2017 merupakan tahun terkuat kami dan kami memulakan tahun 2018 dengan kelajuan yang mengagumkan. Kami berterusan mengalami pertumbuhan yang mampan di seluruh perniagaan dan mampu menyesuaikan tawaran bagi memenuhi permintaan di setiap rantau di seluruh dunia. Kumpulan dan platform teknologi kami yang unik meletakkan kami di posisi ideal untuk menerajui pasaran dan merebut peluang baharu. Kami komited untuk menjadi yang pertama dalam setiap pasaran yang kami beroperasi dan kami berada di landasan untuk mara dengan pantas ke arah matlamat kami untuk tahun selebihnya.”

* Penyataan dalam siaran ini hanya berdasarkan maklumat yang tersedia pada tarikh siaran ini, bukan penyataan komprehensif tentang hasil atau kedudukan kewangan syarikat ini pada atau untuk separuh masa 2018 dan tidak diaudit, dinilai, atau dikumpulkan oleh firma kewangan berdaftar bebas. Oleh itu, maklumat kewangan dalam siaran ini adalah maklumat awal, tidak diaudit dan tertakluk kepada pindaan setelah proses audit dan penutupan syarikat selesai. Syarikat ini tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini sebarang maklumat yang terkandung dalam siaran ini, kecuali maklumat yang perlu disiarkan menurut undang-undang.

Maklumat : 
Jennifer Farquhar | VistaJet | T: +44 203 617 3077 | jennifer.farquhar@vistajet.com 


Perihal VistaJet 

VistaJet merupakan syarikat penerbangan global pertama dan satu-satunya. Dengan 70 pesawat perniagaannya yang berwarna perak dan merah, VistaJet telah menerbangkan ahli korporat, pemimpin kerajaan dan pelanggan persendirian ke 187 buah negara, meliputi 96% dunia. Diasaskan pada tahun 2004 oleh Thomas Flohr, syarikat ini mempelopori model perniagaan inovatif di mana pelanggan mempunyai akses terhadap keseluruhan pesawat dengan hanya membayar mengikut jam penerbangan, bebas daripada tanggungan dan risiko aset berkaitan pemilikan kapal terbang. Program keahlian pengenalan VistaJet menawarkan langganan jam penerbangan khusus bagi pelanggan pada jet jarak sederhana dan jauh, untuk menerbangkan mereka bila-bila masa, ke mana-mana jua. Pelanggan juga boleh membuat permintaan penerbangan Langsung sahaja melalui app tempahan menyeluruh yang pertama dalam industri atau kumpulan global 24/7.  
Dapatkan lebih banyak maklumat dan berita berkenaan VistaJet di vistajet.com.

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/3db3418c-1290-46ee-a2a8-42cdbcde9a83