Toka Melancarkan untuk Membantu Mengukuhkan Pertahanan Siber Negara-negara

Pasukan penasihat tertinggi mengumpulkan $12.5 juta dalam pembiayaan daripada pelabur peringkat global


TEL AVIV, Israel, July 18, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Toka, syarikat pembinaan kapasiti siber, hari ini mengumumkan kejayaannya mengumpulkan $12.5 juta dalam pembiayaan awal untuk membantu agensi kerajaan yang ditugaskan untuk menjaga rakyat dan institusi kerajaan dengan selamat mengubah pertahanan siber mereka. Toka akan mereka bentuk dan membantu agensi-agensi ini membina strategi siber unik dan suite produk perisian.

Pelabur termasuk: Andreessen Horowitz, Dell Technologies Capital, Entrée Capital, Launch Capital dan Ray Rothrock, Ketua Pegawai Eksekutif firma analisis siber RedSeal.

"Perkembangan peranti yang disambungkan dan peningkatan IoT telah mengubah landskap digital dan keselamatan, mewujudkan ancaman baru serta peluang bagi mereka yang diamanahkan untuk menjaga keselamatan rakyat mereka. Penguatkuasa kerajaan, penguatkuasaan undang-undang dan agensi keselamatan sedang dalam proses menyesuaikan diri dengan era siber baru ini, mewujudkan keperluan pasaran yang besar, " ujar Yair Snir, pengarah urusan di Dell Technologies Capital. "Pasukan di Toka mempunyai pengalaman yang tiada tandingannya di peringkat keselamatan siber tertinggi, dan dengan pengetahuan teknikal serta strategik mereka, digabungkan dengan pelaburan ini, mereka dapat memenuhi keperluan ini dan membina perniagaan yang hebat."

Toka yang mempunyai ibu pejabat di Tel Aviv, Israel, telah diasaskan bersama oleh: Brig. Jeneral bersara Yaron Rosen, mantan Ketua Staf Siber Angkatan Pertahanan Israel; Alon Kantor, mantan Naib Presiden Pembangunan Perniagaan untuk Check Point; Kfir Waldman, mantan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat siber dan mudah alih Kayhut dan Go Arc; dan Ehud Barak, mantan Perdana Menteri Israel dan Menteri Pertahanan.

"Mengubah sesebuah postur keselamatan siber memerlukan lebih daripada membeli sebuah perisian. Ia memerlukan teknologi yang tepat ditambah dengan orang, proses, sistem, dan strategi yang tepat, "kata Rosen. "Pasukan Pereka Siber kami akan membantu negara membangun dengan keupayaan strategik, pendekatan operasi, dan ekosistem produk perisian yang disesuaikan untuk mereka. Dan jika tiada produk di pasaran yang memenuhi keperluan pelanggan kami, kami akan membinanya dengan pasukan R&D kami - Toka Cyber Labs."

Toka akan merekabentuk, membina dan mengurus ekosistem disesuaikan keupayaan siber dan produk perisian untuk kerajaan, penguatkuasa undang-undang dan agensi keselamatan yang ditugaskan untuk menjaga landskap digital dan keselamatan rakyat mereka. Dengan bekerja di peringkat strategik, operasi dan taktikal - serta dengan pengalaman teknikal yang mendalam  secara langsung - Toka dapat menangani kelebihan keperluan keselamatan siber pelanggannya, termasuk membangunkan teknologi baharu apabila diperlukan.

“Hari ini, terlalu banyak negara yang masih tidak mempunyai keupayaan siber yang mereka perlukan untuk melindungi diri mereka dan rakyatnya dan hal ini menjadi masalah global yang memacu permintaan,” ujar Ran Achituv, rakan pengurusan di Entrée Capital. “Toka mengisi jurang ini dan dengan berbuat demikian, berpotensi menjadikan seluruh dunia lebih selamat.”

Mengenai Toka
Toka ialah syarikat pembinaan kapasiti siber yang membantu mereka bentuk, membina dan mengurus ekosistem disesuaikan keupayaan siber dan produk perisian untuk kerajaan, penguatkuasa undang-undang dan agensi keselamatan. Diasaskan oleh pemimpin yang memiliki pengalaman yang tiada tandingannya dalam dunia politik, ketenteraan dan korporat, Toka membantu agensi yang ditugaskan untuk memelihara landskap digital dan rakyat mereka serta institusi kerajaan dengan selamat mengubah pertahanan siber mereka dengan mereka bentuk dan membantu mereka membina strategi unik dan suite produk. Dengan bekerja di peringkat strategik, operasi dan taktikal serta dengan pengalaman teknikal yang mendalam  secara langsung, Toka dapat menangani kelebihan keperluan keselamatan siber pelanggannya, termasuk membangunkan teknologi baru apabila diperlukan. Toka beribu pejabat di Tel Aviv, Israel, dan disokong oleh pelabur seperti: Andreessen Horowitz, Dell Technologies Capital, Entrée Capital dan Launch Capital. Untuk maklumat lanjut, sila lawati: tokagroup.com.


            

Contact Data