Stevie Awards Mengumumkan Para Pemenang dalam Anugerah® Perniagaan Tahunan ke-15 dari Seluruh Dunia

Program Anugerah Syarikat Meraikan Kecemerlangan Seluruh Dunia dalam Acara di London


FAIRFAX, Va., Aug. 09, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Organisasi dan eksekutif dengan pencapaian tinggi di seluruh dunia telah diiktiraf sebagai pemenang Anugerah Stevie® dalam Anugerah® Perniagaan Tahunan ke-15, satu-satunya program anugerah syarikat antarabangsa yang menyeluruh di dunia.

Dipanggil ‘the Stevies’ daripada perkataan Yunani, "dimahkotakan," penganugerahan tersebut akan dijalankan di acara gala pada Sabtu 20 Oktober di Hotel InterContinental London Park Lane di London, United Kingdom. Tiket untuk acara tersebut kini dijual di www.StevieAwards.com/IBA.

Pemenang Stevie Emas, Perak dan Gangsa dipilih daripada lebih 3,900 pencalonan yang dihantar oleh organisasi dan individu di 74 negara. Semua organisasi di seluruh dunia layak bertanding dalam Anugerah Perniagaan Antarabangsa dan boleh menghantar entri dalam pelbagai kategori, termasuk anugerah pengurusan, anugerah syarikat tahun ini, anugerah pemasaran, anugerah hubungan awam, anugerah hubungan pelanggan, anugerah produk baharu, anugerah IT, anugerah laman web dan banyak lagi. 

Lebih daripada 270 eksekutif di seluruh dunia menyertai 12 juri tahun ini untuk menentukan pemenang Stevie.

Antara pemenang teratas Anugerah Stevie Emas ialah Telkom Indonesia dengan 14; Switching-Time, China (enam); ASDA’A BCW, Emiriah Arab Bersatu (lima); Makers Nutrition, AS (lima); PJ Lhuillier, Inc, Filipina (lima); dan Reklam5 Digital Agency, Turki (lima). Pemenang empat Anugerah Stevie Emas termasuklah Akbank, Turki; Cisco, seluruh dunia; FIS, AS; GXEVER, China; Jeunesse Global, AS; LLORENTE & CUENCA, Sepanyol; Magnet20, Turki; Ooredoo Group, seluruh dunia; PT Petrokimia Gresik, Indonesia; Ribose, Hong Kong; Thai Life Insurance, Thailand; Turk Telekom, Turki; dan Bank Yapi Kredi, Turki.

DHL Express, seluruh dunia, memenangi 46 Anugerah Stevie Emas, Perak dan Gangsa. Organisasi lain dengan lapan atau lebih anugerah Stevie termasuklah CROWDCONSULTANTS 360 Gmbh, Jerman; Manila Electric Company, Filipina; Marco de Comunicación, Sepanyol; Port It Global, Kenya; Sahibinden.com, Turki; Thai Life Insurance, Thailand; Twenty Twenty Media Pvt. Ltd, India; dan Vakifbank, Turki. Lima negara yang memperolehi paling banyak anugerah ialah Amerika Syarikat, Turki, Korea Selatan, United Kingdom dan Indonesia.

Senarai penuh semua pemenang Anugerah Stevie Emas, Perak dan Gangsa 2018 mengikut kategori boleh didapati di www.StevieAwards.com/IBA.

Pada minggu 20 Ogos, pemenang Terbaik daripada Anugerah IBA, lima ganjaran terbaik dalam pertandingan akan diumumkan  Pemenang akan ditentukan menurut pengiraan jumlah anugerah Stevie Emas, Perak dan Gangsa yang diperolehi organisasi, dan akan disampaikan bersama piala Anugerah Grand Stevie di London.

Untuk melihat foto piala Anugerah Stevie resolusi tinggi atau logo Anugerah Syarikat Antarabangsa, lawati http://stevieawards.com/iba/photos-and-logos. Maklumat dan sumber lain untuk akhbar boleh didapati di http://stevieawards.com/iba/media-inquiries-news-service-list

Perihal Anugerah Stevie®
Anugerah Stevie diberikan dalam tujuh program: Anugerah Stevie Asia Pasifik, Anugerah Stevie Jerman, Anugerah® Perniagaan Amerika, Anugerah® Perniagaan Antarabangsa, Anugerah Stevie untuk Wanita dalam Perniagaan, Anugerah Stevie untuk Majikan Terbaik dan Anugerah Stevie untuk Jualan & Khidmat Pelanggan. Anugerah Stevie menerima lebih daripada 10,000 penyertaan setiap tahun daripada organisasi di lebih daripada 70 negara. Anugerah Stevie mengiktiraf pretasi memberangsangkan di tempat kerja di seluruh dunia dan memberi penghormatan kepada semua organisasi daripada pelbagai jenis dan saiz serta pekerjanya. Ketahui dengan lebih lanjut tentang Anugerah Stevie di www.StevieAwards.com.

Hubungi
Maggie Gallagher
Maggie@StevieAwards.com
(703) 547-8389