Michalis Christodoulou, Pengarah Korporat Kanan Operasi baharu untuk NexusTours


CANCUN, Quintana Roo, March 09, 2019 (GLOBE NEWSWIRE) -- Kami dengan bangga mengumumkan bahawa pada 28 Februari, Michalis Christodoulou telah menyertai pasukan kami sebagai Pengarah Korporat Kanan Operasi, yang melaporkan terus kepada Ruben Gutierrez, Presiden Perkhidmatan Destinasi Sunwing / NexusTours kami sebagai ahli baharu jawatankuasa eksekutif NexCo.

Michalis Christodoulou ialah profesional yang terkenal dengan hubungan yang kukuh dalam industri pelancongan dan pengalaman kepimpinan yang banyak dengan syarikat dalam industri, seperti; Expedia, PriceTravel Holding, Xcaret Group, My Travel Canada Holidays Inc., Olympus Tours dan Daelmi Tours. Michalis telah menambah kebolehannya untuk menyatukan dan meningkatkan persekutuan strategik, menubuhkan pasukan berprestasi tinggi dan berkebolehan tinggi untuk memenuhi objektif untuk setiap syarikat ini.

Beliau menyertai NexusTours untuk membangunkan strategi operasi yang memastikan pematuhan objektif komersial, operasi dan kewangan di negara NexusTours beroperasi, di samping menyediakan keberkesanan perniagaan, menyelaraskan proses dan menetapkan standard berkualiti tertinggi dalam persekitaran yang sentiasa berubah seperti industri pelancongan.

Ruben Gutierrez, Presiden Perkhidmatan Destinasi Sunwing / NexusTours memberi komen"Kami amat gembira untuk menambah profesional hebat seperti Michalis ke pasukan pengurusan kami. Dengan ketibaan beliau, kami akan mampu meningkatkan kawasan operasi dan mempercepat transformasi yang dicadangkan dalam Rancangan Strategik Nexus 2.0, yang menumpukan keperluan pelanggan, inovasi dan pelaksanaan program baharu dalam kerjasama berkumpulan dengan Pengarah Negara dan Pengurus Destinasi, yang bakal melaporkan terus kepada En. Michalis. Pada masa yang sama, pengetahuan beliau yang mendalam tentang sektor ini menambah banyak nilai dalam proses penstandardan amalan terbaik kami dan akan memudahkan rancangan perkembangan untuk 3 tahun akan datang bagi menyatukan kami sebagai pemimpin Pakar Tempatan di Amerika".

Penambahan ini melengkapkan jawatankuasa eksekutif NexCo, yang diketuai oleh Ruben Gutierrez Presiden Perkhidmatan Destinasi Sunwing / NexusTours dan terdiri daripada Michalis Christodoulou, Roberto Bermudez Pengarah Korporat Kanan Pengedaran & Produk- Jesus Rocha -Pengarah IT Korporat Kanan- Pedro Dominguez -Pengarah Korporat Kanan & Perkhidmatan Korporat Kewangan- dan Pablo Gutierrez -Pengarah Korporat Kanan Strategi & Pemasaran.

PERIHAL KAMI
Kami ialah Syarikat Pengurusan Destinasi peneraju di Mexico, Caribbean dan Amerika Tengah. Pejabat operasi kami terletak di 19 buah negara merentasi 56 destinasi. Sebagai pakar tempatan destinasi kami, keistimewaan kami adalah menyediakan semua perkhidmatan pada destinasi yang pelanggan rakan kongsi kami mungkin perlukan semasa mereka melancong. Perkhidmatan ini termasuklah portfolio pilihan penginapan, termasuk lebih daripada 16,000 hotel, perkhidmatan pengangkutan termasuk pengangkutan dikongsi, peribadi dan mewah daripada semua lapangan terbang dan pelabuhan, lebih daripada 4,000 rombongan untuk pelancongan daripada setiap peringkat umur dan minat serta perkhidmatan bertaraf dunia di semua destinasi kami.

Objektif utama kami adalah menawarkan perkhidmatan contoh dan produk unik kepada pelanggan. Katalog Koleksi Nexus kami terdiri daripada lebih 600 aktiviti eksklusif dengan nilai tambah; serta kenderaan pengangkutan moden kami sendiri daripada van hingga bas, semuanya dilengkapi Wi-Fi percuma. Kami juga menawarkan khidmat pelanggan komprehensif untuk pelanggan dengan Pusat Panggilan 24/7 kami, pasukan khidmat pelanggan di destinasi dan jabatan Pasca Pelancongan kami.

Baru-baru ini, kamu telah melancarkan salah satu penyelesaian moden yang paling mengujakan untuk pengedaran khidmat pelancongan yang dipanggil NexusCube. Platform baharu ini akan menawarkan penyelesaian dalam talian terbaik kepada rakan kongsi pelancongan kami untuk meningkatkan perniagaan mereka dan akan membolehkan mereka mengakses pengesahan serta-merta daripada semua perkhidmatan kami menerusi yang berikut:

Portal Rakan Kongsi Pelancongan: (TPP https://tpp.nexustours.com/login/ Tersedia untuk kegunaan profesional menerusi pendaftaran ringkas).

Integrasi XML dengan API canggih serasi dengan sistem tempahan mana-mana agensi pelancongan, operator pelancongan atau OTA.

Sebagai sebahagian daripada Sunwing Travel Group, pelanggan kami termasuklah Sunwing Vacations, Signature Vacations, Vacation Express and TUI Travel Group; dan lebih daripada 1,500 rakan kongsi pelancongan merentas Amerika Latin, Mexico dan Eropah.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati:
https://corporate.nexustours.com/corporate/

Untuk pertanyaan umum berkaitan media, sila hubungi:
Alejandra Martínez de Alva Arnedo
Pengarah Komunikasi Luaran
almartinez@nexustours.com

Pablo Gutiérrez
Pengarah Korporat Kanan Strategi & Pemasaran
pgutierrez@nexustours.com
NexusTours

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/90616c8b-02b1-4df3-b90f-1e0e55b764f4