Lucidworks mengumumkan perjanjian pengedar Korea eksklusif dengan Tobesoft

Penyedia carian dikuasakan AI meneruskan perkembangan di APAC, mengumumkan kerjasama strategik dengan peneraju platform pembangunan rendah kod Korea, Tobesoft


SAN FRANCISCO dan HONG KONG, March 19, 2019 (GLOBE NEWSWIRE) -- Lucidworks, peneraju dalam aplikasi carian dikuasakan AI, mengumumkan perjanjian pengedar pertama mereka di APAC dengan platform pembangunan rendah kod Korea, Tobesoft. Tobesoft kini merupakan pengedar tunggal Fusion, platform pembangunan untuk pasukan mereka bentuk, membina dan mengerahkan aplikasi carian dan data yang berkuasa, milik Lucidworks di Korea. Kedua-dua syarikat melihat ini sebagai kerjasama strategik untuk membangunkan lagi penyelesaian bagi lebih banyak perdagangan digital pintar dan pembangunan tempat kerja digital, serta penawaran dikuasakan AI lain untuk pasaran perusahaan.

Pada tempoh sembilan bulan yang lepas, Lucidworks telah menggandakan pasukan mereka dalam penyediaan untuk perkembangan dan peluasan global, termasuklah pengambilan Robert Lau, Ketua Pegawai Operasi APAC dan Pasaran Membangun Global, serta pejabat baharu di Hong Kong. Lucidworks mendekati Tobesoft, peneraju dalam rantau APAC, atas sebab kepakaran dan pengetahuan mereka dalam pasaran Korea yang pesat membangun. Produk utama Tobesoft, Nexacro, memiliki 60% saham pasaran di Korea dengan pelanggan seperti Samsung dan Hyundai. Platform pembangunan rendah kod yang mengagumkan ini membolehkan pembangun untuk mencipta tapak web dan aplikasi dengan cepat secara serentak dalam membina pengalaman pengguna yang berkuasa.

“Ramai pelanggan takut untuk mendekati AI atau ML dan menganggapnya susah atau mustahil untuk dilaksanakan dalam operasi semasa mereka,” kata Timbalan Pengerusi Tobesoft, Mun-Young Lee. “Lucidworks berjaya memberikan AI yang berkuasa dan mesra pengguna dengan mengurangkan banyak komplikasi tersembunyi pembelajaran mesin yang ditakuti oleh kita yang bukan saintis data. Dengan menyepadukan kepakaran AI Lucidworks dan kemampuan UI/UX kami sendiri, kami mempunyai peluang untuk memberikan penyelesaian perusahaan generasi seterusnya kepada pelanggan kami. Kami teruja untuk memperkembangkan hubungan kami melebihi sekadar vendor-pengedar untuk mencipta penyelesaian yang lebih baik untuk industri seperti perdagangan digital dan tempat kerja digital.”

Korea merupakan salah satu ekonomi digital paling kehadapan secara global. Data daripada Export Enterprises menyenaraikan pasaran e-dagangan Korea pada tempat ke-7 terbesar di dunia dan ke-3 terbesar di rantau Asia Pasifik. Tobesoft melihat pasaran perdagangan digital sebagai salah satu sektor sasaran terbesar mereka dan melihat pengalaman Lucidworks dalam memberikan penyelesaian berkelas dunia kepada syarikat seperti REI dan Lowe sebagai aset besar dalam mencipta nilai untuk pelanggan yang bersaing dalam ruang peruncitan yang sesak. Kedua-dua syarikat berdedikasi untuk membina penyelesaian yang mencipta pengalaman lebih baik untuk pengguna melalui pemahaman tentang kelakuan, kekecewaan dan matlamat mereka dalam menyediakan hasil pintar yang senang difahami dan relevan.

“Jika kita melihat masa depan Lucidworks, APAC memainkan peranan penting dalam rancangan perkembangan kami,” kata CEO Lucidworks, Will Hayes. “Untuk mengulangi kejayaan yang kami ada di Amerika Utara, kami perlu membina kerjasama dengan tokoh paling strategik di dalam rantau. Pasaran saham, visi dan pemahaman tentang nilai pasaran penyelesaian perusahaan Tobesoft menjadikan mereka rakan kongsi yang mengagumkan untuk kami. Ini bukan sekadar tentang pengedaran, ia merupakan kerjasama strategik yang akan meningkatkan kemampuan pembangunan untuk kedua-dua syarikat.”

Perihal Lucidworks
Lucidworks membina penyelesaian dipacu carian untuk beberapa jenama terbesar dunia. Fusion, platform pembangunan lanjutan Lucidworks, menyediakan kemampuan bergred perusahaan yang diperlukan untuk mereka bentuk, membangunkan dan mengerahkan app carian pintar pada sebarang skala. Syarikat merentas semua industri, daripada peruncitan pengguna dan penjagaan kesihatan hingga ke perkhidmatan insurans dan kewangan, bergantung pada Lucidworks setiap hari untuk menguasakan app carian berteraskan pengguna dan perusahaan mereka. Pelabur Lucidworks termasuklah Shasta Ventures, Granite Ventures dan Walden International. www.lucidworks.com

Perihal Tobesoft
Tobesoft Co., Ltd. ialah penerbit platform pembangunan UI/UX bergred perusahaan yang berpusat di Seoul, Korea Selatan, dengan lebih daripada 4000 rujukan pelanggan. Syarikat ini ditubuhkan pada Julai 2000 dan pada Jun 2010, telah menjadi yang pertama dalam industrinya untuk disenaraikan dalam pasaran KOSDAQ. Tobesoft membangunkan pelbagai penyelesaian secara bebas, menyediakan perkhidmatan disesuaikan yang mengoptimumkan pengalaman pengguna perniagaan untuk setiap pelanggan. Disokong oleh teknologinya yang tersendiri dan dengan usahanya dalam meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan yang berterusan, Tobesoft terus mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju dalam industrinya.

Maklumat Hubungan
Katie Florez
Pengurus PA
513-470-7253
katie.florez@lucidworks.com

Maklumat Hubungan
Roy Seong
Pengurus Kumpulan Perniagaan Lucidworks
+82-2-2140-7756
roy@tobesoft.com