Bombardier Menandatangani Perjanjian Pembelian Tegar untuk Enam Buah Pesawat Turboprop Q400


TORONTO, April 02, 2019 (GLOBE NEWSWIRE) -- March 29, 2019 -- Pesawat Komersial Bombardier hari ini mengumumkan bahawa seorang pelanggan, yang tidak ingin dikenali pada masa ini, telah menandatangani tempahan untuk memiliki enam pesawat Q400 serba baru.

Berdasarkan senarai harga pesawat Q400, tempahan tegar tersebut dinilai pada kira-kira 202 juta dolar AS.

“Pesawat Q400 menawarkan keseimbangan sempurna antara keselesaan penumpang dan kos operasi sementara mengekalkan kelebihan julat dan kelajuan tiada tandingannya berbanding dengan pesawat turboprop lain,” ujar Fred Cromer, Presiden, Pesawat Komersial Bombardier. “Permintaan untuk pesawat turboprop di serata dunia adalah sangat besar dan pesawat Siri Q adalah yang terbaik untuk memenuhi keperluan syarikat penerbangan serantau kerana ia menawarkan keupayaan yang unik untuk kegunaan persekitaran yang pelbagai dan mencabar. Q400 menawarkan kos tempat duduk terendah di antara pesawat turboprop, dengan pengalaman penumpang dipertingkatkan dan kadar kebergantungan yang terbukti sebanyak 99.5.”

Perihal Bombardier
Dengan lebih daripada 68,000 pekerja merentas empat segmen, Bombardier merupakan peneraju global dalam industri pengangkutan, mencipta kapal terbang dan kereta api yang inovatif dan maju. Produk dan perkhidmatan kami menawarkan pengangkutan bertaraf dunia yang menjadi standard keselesaan penumpang, penjimatan tenaga, kebolehpercayaan dan keselamatan.

Berpangkalan di Montreal, Kanada, Bombardier mempunyai tapak penghasilan dan kejuruteraan di 28 negara merentas segmen Pengangkutan, Pesawat Perniagaan, Pesawat Komersial dan Perkhidmatan Struktur dan Kejuruteraan Udara. Saham Bombardier didagangkan pada Bursa Saham Toronto (BBD). Dalam tahun fiskal yang berakhir pada Isnin, 31 Disember 2018, Bombardier memperolehi hasil sebanyak $16.2 bilion AS. Syarikat diiktiraf pada senarai 100 Syarikat Paling Mapan Global pada tahun 2019 dalam Indeks Dunia. Berita dan maklumat tersedia di bombardier.com atau ikuti kami di Twitter @Bombardier.

Nota untuk Editor
Imej pesawat Q400 disiarkan bersama dengan siaran akhbar ini di www.bombardier.com.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pesawat Q400, lawati http://news.commercialaircraft.bombardier.com/media-kit/

Ikuti @BBD_Aircraft di Twitter untuk menerima berita terkini dan kemas kini tentang Pesawat Komersial Bombardier.

Untuk menerima siaran akhbar kami, sila lawati bahagian RSS Feed di tapak web Bombardier.

Bombardier, Q400 dan Siri Q adalah tanda dagangan Bombardier Inc. atau subsidiarinya.

Untuk Maklumat
Nathalie Scott                                                               
Pesawat Komersial Bombardier                                 
+1-416-375-3030
nathalie.scott@aero.bombardier.com
www.bombardier.com  

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/17121c8f-f6f0-4e96-b712-977d46e0b998