Allpoint Network dan Visa Bekerjasama untuk Akses Tunai Mudah bagi Pemegang Kad Asia Tenggara yang melancong ke Amerika Syarikat

Perkongsian dengan Cardtronics memanfaatkan Allpoint Network untuk membolehkan akses tunai tanpa surcaj pada lebih dari 40,000 ATM Allpoint di seluruh Amerika Syarikat


HOUSTON, May 31, 2019 (GLOBE NEWSWIRE) -- Visa dan Allpoint Network telah bekerjasama bagi memudahkan pelancong yang melawat Amerika Syarikat dari Asia Tenggara untuk mengakses wang mereka tanpa membayar yuran ATM. Di bawah terma perjanjian, pemegang kad yang berdaftar dengan kad prabayar dan kad debit pelancongan Visa daripada institusi kewangan terpilih akan menikmati transaksi surcaj percuma pada lebih 40,000 ATM Allpoint di seluruh Amerika Syarikat.

Kad prabayar dan kad debit pelancongan visa yang dikeluarkan oleh 76 institusi kewangan di India, Bangladesh dan Singapura turut dimasukkan ke dalam perjanjian. Kad prabayar dan debit adalah cara yang selamat dan mudah bukan sahaja untuk membayar barangan dan perkhidmatan semasa melancong ke luar negara, tetapi juga untuk mengakses wang tunai. Bagi kebanyakan pelancong, mendapatkan mata wang tempatan paling baik dilakukan di destinasi mereka, dan Allpoint, rangkaian ATM tanpa bayaran surcaj terbesar di dunia, menyediakan akses tunai yang meluas di lokasi runcit premium.

"Apabila orang melancong ke luar negara, mereka mahu mengakses wang mereka dengan selamat, mudah dan tanpa membayar banyak yuran," kata Rob Walls, Ketua Produk Pengguna dan Penyelesaian Digital, Asia Pasifik, Visa. "Perjanjian baharu antara Allpoint dan bank-bank yang mengambil bahagian di Asia Tenggara ini memberikan para pemegang kad lebih banyak pilihan untuk menggunakan kad prabayar atau kad debit Visa mereka ketika mereka melancong.”

Untuk pengeluar kad Visa yang menyertai, mendapat akses kepada Allpoint Network adalah cara cepat dan cekap untuk menyediakan akses ATM yang memberikan nilai yang kukuh kepada pemegang kad dan penglibatan pelanggan. Bagi pelancong, kebolehan untuk mengakses wang tunai mereka tanpa tambahan surcaj menjadikannya lebih mudah dan kos efektif untuk melawat ATM berkali-kali semasa perjalanan mereka daripada membawa wang tunai yang banyak.

"Dengan bekerjasama dengan Cardtronics, Visa dan pengeluarnya dapat meningkatkan ketenangan fikiran dan memberi kemudahan kepada para pemegang kad pelancongan mereka dengan tunai tanpa surcaj di mana sahaja mereka mungkin melancong merentasi Amerika Syarikat," kata Brian Bailey, EVP dan Pengarah Urusan, Amerika Utara. "Cardtronics terus memajukan nilai rangkaian ATM tanpa surcaj Allpoint ke segmen pelanggan baharu, yang membolehkan lebih banyak dan lebih ramai pengguna mendapat faedah sambil mengawal trafik rakan kerjasama runcit kami dan meningkatkan penyampaian perkhidmatan untuk institusi kewangan yang mengambil bahagian.”

Sebelum melancong ke A.S., individu yang memegang kad Visa prabayar atau debit perlu menyemak dengan pengeluar kad mereka untuk memastikan mereka mempunyai akses kepada Allpoint Network.  Apabila di A.S., mereka dapat mencari lokasi Allpoint ATM dengan memuat turun aplikasi mudah alih Allpoint atau secara dalam talian di pelokasi Allpoint.

Mengenai Cardtronics (Nasdaq: CATM)
Cardtronics adalah peneraju yang dipercayai dalam perkhidmatan layan diri kewangan, yang membolehkan transaksi tunai di sekitar 227,000 ATM merentasi 10 negara di Amerika Utara, Eropah, Asia Pasifik, dan Afrika. Dengan memanfaatkan skala, kepakaran dan inovasi kami yang tidak dapat ditandingi, para pedagang dan perniagaan pada semua saiz menggunakan penyelesaian ATM kami untuk memacu pertumbuhan, trafik di kedai, dan transaksi runcit. Penyedia perkhidmatan kewangan bergantung kepada Cardtronics untuk memberikan perkhidmatan yang unggul di ATM mereka sendiri, untuk Cardtronics ATM di mana mereka meletakkan jenama mereka, dan melalui Allpoint Network Cardtronics, rangkaian ATM bebas surcaj terbesar di dunia, dengan lebih 55,000 lokasi. Sebagai juara tunai, Cardtronics menukarkan mata wang digital kepada wang tunai fizikal, memberi pilihan pembayaran yang serupa untuk perniagaan dan pengguna.

Mengenai Visa Inc.
Visa Inc. (NYSE: V) adalah peneraju dunia dalam pembayaran digital. Misi kami adalah untuk menghubungkan dunia melalui rangkaian pembayaran yang paling inovatif, boleh dipercayai dan selamat - membolehkan individu, perniagaan dan ekonomi berkembang maju. Rangkaian pemprosesan global kami yang canggih, VisaNet, menyediakan pembayaran yang selamat dan boleh dipercayai di seluruh dunia, dan mampu mengendalikan lebih daripada 65,000 mesej transaksi sesaat. Tumpuan berterusan syarikat terhadap inovasi adalah pemangkin bagi pertumbuhan pesat perdagangan yang berkaitan dengan mana-mana peranti.  Apabila dunia bergerak daripada analog ke digital, Visa menerapkan jenama, produk, orang, rangkaian dan skala untuk membentuk semula masa depan perdagangan. Untuk maklumat lanjut, lawati About Visahttps://usa.visa.com/visa-everywhere/blog.html and @VisaNews

Maklumat Perhubungan:

Perhubungan Media
Cardtronics
Susannah Moore Griffin
Pengurus Komunikasi Korporat
832-308-4392
sgriffin@cardtronics.com
Perhubungan Pelabur
Brad Conrad
EVP – Bendahari
832-308-4975
ir@cardtronics.com
  
Visa 
Jillian Friant 
Komukasi Korporat
+65 9030 8381 
jfriant@visa.com
 
  

Cardtronics adalah tanda dagangan berdaftar Cardtronics plc dan anak-anak syarikatnya

Semua tanda dagangan yang lain adalah hak milik pemilik masing-masing.