NetSfere Menawarkan Perkhidmatan Pemesejan Perusahaan yang Selamat secara Percuma untuk Penyedia Penjagaan Kesihatan dan Penggerak Pertama semasa COVID-19


Untuk mendayakan pekerja penjagaan kesihatan dan penggerak pertama semasa pandemik ini, NetSfere menawarkan akses percuma kepada platform berdasarkan awan miliknya untuk berkomunikasi dan bekerjasama dengan cara yang selamat, terjamin dan patuh

CHICAGO, March 21, 2020 (GLOBE NEWSWIRE) -- NetSfere, perkhidmatan pemesejan mudah alih selamat global yang memenangi anugerah serta platform kerjasama daripada Infinite Convergence Solutions, Inc., hari ini mengumumkan perkhidmatan pemesejan perusahaan selamat miliknya ditawarkan secara percuma kepada hospital, penyedia penjagaan kesihatan, penggerak pertama dan entiti kerajaan di seluruh dunia dalam usaha untuk mengimbangi impak COVID-19, berkuat kuasa serta-merta.

Tawaran ini terpakai kepada pelanggan baharu sahaja. Perkhidmatan percuma akan ditawarkan pada sepanjang bulan 30hb Jun, 2020 dan tawaran ini sah di seluruh dunia. Untuk membuat pertanyaan tentang tawaran perkhidmatan pemesejan perusahaan percuma NetSfere, hubungi COVID-19Support@netsfere.com.

Platform berasaskan awan NetSfere merangkumi penyulitan hujung ke hujung yang mematuhi HIPAA dan keperluan kawal selia global yang lain seperti GDPR, memberikan kepada penyedia penjagaan kesihatan, penggerak pertama dan pekerja kerajaan pilihan komunikasi selamat yang menawarkan kepantasan pemesejan segera merentasi pelbagai peranti. Doktor, jururawat dan ahli profesional perubatan lain boleh berkomunikasi dan berunding antara satu sama lain secara serentak berkaitan diagnosis atau keputusan ujian pesakit sementara melancarkan komunikasi dan operasi.

“Penyedia penjagaan kesihatan dan penggerak pertama kini berada di barisan hadapan untuk melindungi keselamatan orang ramai di seluruh dunia semasa pandemik global COVID-19 dan kami berasa terdapat keperluan untuk menawarkan bantuan kepada mereka dengan apa-apa jua cara yang kami boleh lakukan,” kata Anurag Lal, presiden dan CEO Infinite Convergence. “Kami berharap dengan menawarkan perkhidmatan pemesejan perusahaan kami secara percuma kepada penyedia penjagaan kesihatan ini, komunikasi dalaman dapat ditingkatkan, menghapuskan mana-mana masalah sedia ada dan membolehkan mereka untuk melakukan kerja mereka dengan lebih cekap.”

Pelan pemesejan perusahaan NetSfere merangkumi ketersediaan perkhidmatan berasaskan awan global, algoritma keselamatan utama industri yang menyokong penyulitan peranti ke peranti, ciri-ciri berdasarkan lokasi, kawalan pentadbiran dan alat kerjasama termasuk panggilan suara satu dengan satu dan kumpulan berdefinisi tinggi, penstriman video dan perkongsian skrin.

Perihal NetSfere
 NetSfere ialah perkhidmatan pemesejan perusahaan selamat dan platform kerjasama daripada Infinite Convergence Solutions, Inc. NetSfere memberikan keupayaan keselamatan utama industri dan penghantaran mesej, termasuklah ketersediaan perkhidmatan berasaskan awan global, penyulitan peranti ke peranti, ciri-ciri berdasarkan lokasi dan kawalan pentadbiran. Perkhidmatan ini juga ditawarkan dalam kerjasama dengan Deutsche Telekom, salah sebuah syarikat telekomunikasi bersepadu utama dunia dan dengan NTT, penyedia perkhidmatan komunikasi & teknologi maklumat global, untuk menawarkan NetSfere secara bersama kepada pelanggannya di seluruh dunia. Perkhidmatan tersebut memanfaatkan pengalaman Infinite Convergence dalam menyampaikan penyelesaian mobiliti kepada operator mudah alih peringkat 1 secara global dan teknologi yang menyokong lebih daripada 400 juta pelanggan dan lebih daripada satu trilion mesej secara tahunan. NetSfere juga mematuhi keperluan kawal selia global, termasuk GDPR, HIPAA, Sarbanes-Oxley, ISO 27001 dan lain-lain. Infinite Convergence Solutions mempunyai pejabat di Amerika Syarikat, Jerman, India dan Singapura. Untuk maklumat lanjut, lawati www.netsfere.com.

Orang Hubungan Media
Brittany Johnson
Uproar PR untuk NetSfere
bjohnson@uproarpr.com
312-878-4575 samb. 246