Neuralstem Melaporkan Hasil Fiskal dan Kemas Kini Perniagaan Akhir Tahun 2017


- Neuralstem Mengeluarkan Set Data Penuh untuk Percubaan NSI-189 MDD yang Menunjukkan Hasil Dinilai Pesakit dan Faedah Kognitif

- Kertas Nature Medicine Menunjukkan Faedah NSI-566 pada Kelumpuhan Primat Bukan Manusia

GERMANTOWN, Md., April 04, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Neuralstem, Inc. (Nasdaq:CUR), syarikat biofarmasi yang memfokus pada pembangunan terapi sistem saraf berasaskan teknologi sel induk saraf, melaporkan hasil kewangannya untuk tahun berakhir 31 Disember 2017.

“Kami kekal komited pada pembangunan NSI-566, calon terapi sel induk utama kami, dan NSI-189 untuk kecelaruan kemurungan major (MDD), yang kami percaya menawarkan modaliti rawatan baharu untuk pesakit yang tidak dirawat secara efektif oleh terapi semasa,” kata Rich Daly, Presiden & CEO. “Kami mempersiapkan permulaan ujian klinikal untuk NSI-566 dalam strok kronik di China dan telah menyasarkan pertengahan 2018 untuk memulakan pengedosan. Penemuan terbaru NSI-566 yang diterbitkan dalam Nature Medicine adalah sangat menggalakkan, menunjukkan NSI-566 menghasilkan peningkatan fungsi anggota depan yang boleh diukur pada haiwan yang cedera. Kami teruja untuk terus meneroka utilitinya sebagai rawatan berpotensi untuk lumpuh berkaitan kecederaan saraf tunjang.” 

“Kami merancang untuk merumuskan laluan pembangunan klinikal untuk NSI-189 dalam MDD selepas perjumpaan dengan Pentadbiran Makanan dan Ubat A.S. yang kami jangkakan akan berlaku pada separuh kedua 2018. NSI-189 mungkin menawarkan faedah kognitif, sebagai tambahan kepada kesan antidepresan, yang akan membezakannya daripada rawatan diluluskan yang lain,” tambah En. Daly.   

Sorotan Klinikal untuk Program Klinikal Utama

NSI-566 adalah titisan sel induk saraf terbitan saraf tunjang yang telah dinilai untuk merawat lumpuh yang berkaitan dengan strok, Sklerosis Lateral Amiotrofik (ALS) dan kecederaan saraf tunjang kronik (cSCI).

  • Penerbitan manuskrip dalam Nature Medicine menunjukkan bahawa NSI-566 memberikan peningkatan yang bemakna dalam fungsi anggota depan pada model primat bukan manusia yang mengalami kecederaan saraf tunjang akut. Kajian tersebut dijalankan di California National Primate Research Center di University of California, Davis oleh Mark H. Tuszynski, MD, PhD, Profesor Neurosains, Pengarah Center for Neural Repair, Neurologi Bertugas di University of California, San Diego (UCSD). Manuskrip penuh tersedia di sini.
  • Pada Mac, Journal of Neurotrauma menerbitkan data praklinikal tentang titisan sel induk saraf terbitan saraf tunjang NSI-566 dalam kajian yang bertajuk, “Ameliorasi kecederaan otak seperti penembusan balistik yang menyebabkan defisit kognitif selepas pembezaan neuronal pindaan sel induk saraf manusia.” Data ini menunjukkan pencantuman teguh dan mandiri jangka masa panjang NSI-566 selepas pemindahan dalam model mencit yang mempunyai kecederaan otak seperti penembusan balistik. Ini adalah data pertama daripada program penyelidikan bukti-4 tahun yang dibiayai oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, untuk NSI-566 dalam kecederaan otak traumatik. Kajian ini diketuai oleh Ross Bullock, M.D., Ph.D., The Miami Project to Cure Paralysis, University of Miami School of Medicine. 

NSI-189, benzylpiperazine-aminopyridine, dalam pembangunan klinikal untuk MDD dan pembangunan praklinikal untuk sindrom Angelman, kecacatan kognitif yang disebabkan oleh penyinaran, diabetes Jenis 1 dan Jenis 2, serta strok.

  • Pada Perjumpaan Tahunan American College of Neuropsychopharmacology yang ke-56, data keselamatan, keberkesanan dan penerimaan tambahan daripada ujian klinikal Fasa 2 bersifat teroka yang mengkaji keberkesanan NSI-189 pada 40 mg sekali sehari (QD) dan 40 mg dua kali sehari (BID) berbanding dengan plasebo untuk rawatan MDD dipersembahkan dalam poster yang bertajuk, “Fasa 2, Dwibuta, Kajian Dikawal Plasebo untuk Fosfat NSI-189, Campuran Neurogenik, Di Kalangan Pesakit dengan Kecelaruan Kemurungan Major.”  Hasil tambahan ini mencadangkan bahawa NSI-189 mempunyai kesan antidepresan dengan faedah kognitif ditunjukkan pada kedua-dua ukuran objektif dan subjektif. 
     
  • Ogos yang lepas, Neuralstem dianugerahkan lebih kurang $1 juta geran Kajian Inovasi Perniagaan Kecil Fasa 2 oleh National Institutes of Health (NIH) untuk menjalankan kajian praklinikal pada potensi NSI-189 untuk pencegahan dan rawatan neuropati diabetes. 
     
  • Seperti yang telah diumumkan pada Julai 2017, NSI-189 gagal untuk mencapai kepentingan statistik pada ukuran titik akhir utama pakar perubatan dalam percubaan klinikal Fasa 2 bersifat teroka yang mengkaji keberkesanan NSI-189 pada dos 40 mg sekali sehari dan 40 mg dua kali sehari berbanding dengan plasebo untuk rawatan kecelaruan kemurungan major. Kajian ini, yang menggunakan reka bentuk perbandingan selari berturutan dua aras, tidak memenuhi titik akhir keberkesanan utamanya untuk pengurangan besar secara statistik dalam simptom kemurungan pada Skala Penilaian Kemurungan Montgomery-Asberg (MADRS).  Bagaimanapun, seperti yang dilaporkan dalam hasil teratas kami, dos QD 40 mg adalah positif mengikut tujuannya pada MADRS dan memenuhi kepentingan statistik pada beberapa titik akhir keberkesanan sampingan yang dilaporkan oleh pesakit.  
     
  • Neuralstem merancang untuk bertemu dengan Pentadbiran Makanan dan Ubat A.S.untuk membincangkan laluan pembangunan klinikal untuk NSI-189 pada separuh kedua 2018.

Serlahan Korporat

  • Pada November, syarikat melantik David Recker, MD, sebagai Ketua Pegawai Perubatan. Dr. Recker berpengalaman lebih daripada 20 tahun dalam perkembangan dadah dalam berbilang kawasan terapeutik termasuk kecelaruan Sistem Saraf Pusat dan terapi sel dan telah terlibat dalam pelbagai aspek perkembangan strategi klinikal, termasuk pendaftaran produk dan sokongan pemasaran, pembangunan dan perlaksanaan percubaan klinikal, interpretasi data, pembangunan dan sokongan pemimpin pendapat penting.
  • Pada September, Cristina Csimma, Pharm.D, MHP, menyertai lembaga pengarah. Cik Csimma membawa pengalaman kepimpinan kanan yang luas dalam industri biofarmasi, termasuk kepakaran dalam perkembangan dadah dan proses pengawalseliaan dan komersial. Pada Disember, Xi Chen, Ph.D., telah dilantik masuk ke Lembaga Pengarah Syarikat oleh Tianjin, pemegang saham terbesar Neuralstem. Dr. Chen menggantikan Zhang Zhuo sebagai pengarah yang dilantik untuk Saham Keutamaan Boleh Tukar Siri A.
  • Juga pada September, Syarikat dianugerahkan dua paten tambahan daripada Pejabat Paten dan Tanda Dagangan Amerika Syarikat.  Paten ini secara meluas melindungi kaedah menggunakan sel induk saraf untuk merawat kecelaruan neurodegeneratif, komponen penting untuk platform Syarikat.  Paten baharu yang pertama, Paten A.S No. 9,744,194, merangkui kaedah merawat kecelaruan neurodegeneratif menerusi pemindahan sel induk saraf.  Paten baharu yang kedua, Paten A.S No. 9,750,769, merangkumi sel induk saraf diubahsuai untuk menunjukkan IGF-1, molekul neurotrofik dengan potensi terapeutik yang luas dalam rawatan kecelaruan neurodegeneratif.
  • Pada Jun, Neuralstem ditambah ke Indeks Russell Microcap® sebagai sebahagian daripada penyusunan semula indeks keluarga FTSE A.S.

Hasil Kewangan untuk Tahun Berakhir 31 Disember 2017

Kedudukan dan Kecairan Wang:  Pada 31 Disember 2017, wang dan pelaburan adalah $11.7 juta berbanding $20.2 juta pada 31 Disember 2016. Pengurangan sebanyak $8.5 juta adalah disebabkan oleh tunai yang digunakan dalam operasi dan $3.8 juta untuk membayar hutang jangka masa panjang kami, sebahagiannya oleh peningkatan sebanyak $5.4 juta hasil daripada tawaran awam saham biasa dan waran pada Ogos 2017 dan $3.2 juta hasil daripada pelaksanaan waran yang belum dijelaskan.

Kerugian Operasi: Kerugian operasi untuk tahun berakhir 31 Disember 2017 ialah $13.3 juta berbanding kerugian $20.6 juta untuk tempoh yang sama pada tahun 2016. Pengurangan dalam kerugian operasi untuk setahun disebabkan terutamanya oleh penstrukturan semula korporat berterusan dan usaha pengurangan kos, sebahagiannya oleh peningkatan dalam perbelanjaan percubaan klinikal disebabkan oleh Syarikat menyelesaikan percubaan klinikal Fasa 2 NSI-189.

Kerugian Bersih:  Kerugian bersih untuk tahun berakhir 31 Disember 2017 ialah $15.7 juta, atau $1.20 per kongsian (asas) berbanding kerugian $21.1 juta, atau $2.53 per kongsian (asas), pada asas diselaraskan pecah untuk tempoh yang sama pada tahun 2016. Pengurangan dalam kerugian bersih terutamanya disebabkan oleh pengurangan dalam perbelanjaan operasi dan perbelanjaan bunga disebabkan oleh kematangan hutang jangka panjang pada April 2017, sebahagiannya oleh peningkatan oleh perbelanjaan bukan tunai yang berkaitan dengan perubahan dalam nilai saksama waran terhad liabiliti kami.

Perbelanjaan R&D: Perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan $8.1 juta untuk 2017 mewakili $5.1 juta, atau pengurangan 38% daripada perbelanjaan 2016. Pengurangan ini disebabkan terutamanya oleh $2.3 juta pengurangan dalam kakitangan, kemudahan dan perbelanjaan lain berkaitan dengan penstrukturan semula korporat berterusan dan usaha pengurangan kos, $2.1 juta pengurangan dalam kos berkaitan dengan percubaan klinikal Fasa 2 NS-189 kami yang lengkap dan $0.7 juta pengurangan dalam perbelanjaan pampasan berasaskan saham bukan tunai.

Perbelanjaan G&A:  Perbelanjaan umum dan pentadbiran $5.5 juta untuk 2017 mewakili $2.0 juta, atau 27% pengurangan daripada perbelanjaan 2016. Pengurangan ini disebabkan terutamanya oleh $1.2 juta pengurangan dalam gaji dan perbelanjaan berkaitan disebabkan usaha penstrukturan korporat dan usaha pengurangan kos yang berterusan serta sebahagian dengan pengurangan $1 juta perbelanjaan pampasan berasaskan saham bukan tunai.

Kecairan: Syarikat menjangka tunai, kesamaan tunai dan pelaburan jangka masa pendek sedia ada untuk membiayai operasi berdasarkan rancangan operasi semasa kami, ke suku kedua tahun 2019.

 
Neuralstem, Inc.
    
Consolidated Balance Sheets
    
 December 31,
  2017   2016 
    
ASSETS   
CURRENT ASSETS   
Cash and cash equivalents$  6,674,940  $  15,194,949 
Short-term investments   5,000,000     5,000,000 
Trade and other receivables   312,802     10,491 
Current portion of related party receivable, net of discount   58,784     53,081 
Prepaid expenses   402,273     646,195 
Total current assets   12,448,799     20,904,716 
    
Property and equipment, net   172,886     269,557 
Patents, net   883,462     990,153 
Related party receivable, net of discount and current portion   365,456     424,240 
Other assets   13,853     15,662 
Total assets$  13,884,456  $  22,604,328 
    
LIABILITIES AND STOCKHOLDERS' EQUITY   
CURRENT LIABILITIES   
Accounts payable and accrued expenses $  875,065  $  2,343,936 
Accrued bonuses   418,625     852,963 
Current portion of long-term debt, net of fees and discount   -      3,705,787 
Other current liabilities   220,879     430,738 
Total current liabilities   1,514,569     7,333,424 
    
Warrant liabilities   3,852,882     3,921,917 
Other long term liabilities   1,876     18,209 
Total liabilities   5,369,327     11,273,550 
    
STOCKHOLDERS' EQUITY   
Preferred stock, 7,000,000 shares authorized, $0.01 par value; 1,000,000 shares issued and outstanding in both 2017 and 2016   10,000     10,000 
Common stock, $0.01 par value; 300 million shares authorized, 15,160,014 and 11,032,858 shares issued and outstanding in 2017 and 2016, respectively   151,600     110,329 
Additional paid-in capital   217,050,174     204,239,837 
Accumulated other comprehensive income   2,631     3,905 
Accumulated deficit   (208,699,276)    (193,033,293)
Total stockholders' equity   8,515,129     11,330,778 
Total liabilities and stockholders' equity$  13,884,456  $  22,604,328 
    


 
Neuralstem, Inc.
    
Consolidated Statements of Operations and Comprehensive Loss
    
 Year Ended December 31,
  2017   2016 
    
Revenues$260,000  $16,246 
    
Operating expenses:   
Research and development costs 8,096,095   13,155,887 
General and administrative expenses 5,471,010   7,497,202 
Total operating expenses 13,567,105   20,653,089 
Operating loss (13,307,105)  (20,636,843)
    
Other income (expense):   
Interest income  70,269    58,835 
Interest expense (159,066)  (1,141,297)
Gain on related party settlement   -    458,608 
Gain (loss) from change in fair value of liability classified warrants  (1,470,174)  660,253 
Fees related to issuance of liability classified warrants and other expenses  (799,907)  (474,167)
Total other income (expense)   (2,358,878)  (437,768)
    
Net loss$(15,665,983) $ (21,074,611)
    
Net loss per common share - basic and diluted$ (1.20) $ (2.53)
    
Weighted average common shares outstanding - basic and diluted  13,064,422   8,345,992 
    
Comprehensive loss:   
Net loss$ (15,665,983) $ (21,074,611)
Foreign currency translation adjustment (1,274)  834 
Comprehensive loss $ (15,667,257) $(21,073,777)
    

Perihal Neuralstem

Neuralstem adalah syarikat biofarmaseutikal peringkat klinikal yang membangunkan rawatan baharu untuk penyakit sistem saraf yang kurang mendapat perhatian perubatan. Syarikat mempunyai dua calon pembangunan utama:

  • NSI-189 adalah molekul kecil dalam pembangunan klinikal untuk kecelaruan kemurungan major dan pembangunan praklinikal untuk sindrom Angelman, kecacatan kognitif yang disebabkan oleh penyinaran, diabetes Jenis 1 dan Jenis 2 serta strok.
  • NSI-566 adalah terapi sel induk yang diuji untuk rawatan lumpuh pada strok, Sklerosis Lateral Amiotrofik (ALS) dan kecederaan saraf tunjang kronik (cSCI). 

Portfolio calon produk Neuralstem yang berbilang adalah berdasarkan teknologi sel induk saraf proprietarinya.

Kenyataan Peringatan Tentang Maklumat Masa Hadapan

Hebahan berita ini mengandungi "kenyataan masa hadapan" yang dibuat menurut peruntukan "safe harbor"bagi Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Kenyataan masa hadapan seperti itu berkaitan dengan peristiwa masa depan, bukan masa lalu, dan mungkin sering dikenal pasti dengan perkataan seperti "berharap,""menjangka,""berhasrat,""merancang,""percaya,""mencari" atau "akan.” Kenyataan masa hadapan menumpukan terhadap perkara yang, pada tahap yang berbeza, tidak pasti. Risiko dan ketidakpastian tertentu yang boleh menyebabkan keputusan sebenar kami berbeza dengan ketara berbanding yang dinyatakan dalam kenyataan masa hadapan kami termasuklah risiko yang wujud dalam pembangunan dan pemerdagangan produk berpotensi, ketidakpastian hasil percubaan klinikal atau pengizinan atau kelulusan peraturan, keperluan modal masa depan, pergantungan terhadap rakan usahasama dan penyelenggaraan hak harta intelek kami. Hasil sebenar mungkin berbeza secara ketaraberbanding keputusan yang dijangkakan dalam kenyataan masa hadapan ini. Maklumat tambahan tentang faktor yang berpotensi yang boleh menjejaskan keputusan dan risiko dan ketidakpastian lain diperincikan dari semasa ke semasa dalam laporan berkala Neuralstem, termasuk Laporan Tahunan pada Borang 10-K bagi tahun berakhir 31 Disember 2017, difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC), dan dalam laporan lain yang difailkan dengan SEC. Kami tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk mengemas kini apa-apa kenyataan masa hadapan.



Hubungan:

Kimberly Minarovich
Argot Partners (Hubungan Pelabur)
212-600-1902
neuralstem@argotpartners.com

GlobeNewswire