LONDON, Dec. 07, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- VistaJet, syarikat penerbangan perniagaan global pertama dan tunggal, hari ini mengumumkan pelancaran Program Wain VistaJet, pengalaman wain paling mahal dan menarik, direka bentuk untuk meningkatkan penerokaan dunia wain di dalam pesawat mereka dan di destinasi di seluruh dunia.
Pengasas dan Pengerusi VistaJet, Thomas Flohr merupakan pengumpul tegar dan pelabur dalam wain dengan bilik simpanan wain yang mempunyai lebih daripada 3000 botol serta mempunyai keghairahan pada Burgundies. “Menikmati segelas wain semasa penerbangan sepatutnya sama dengan segelas wain di dalam restoran. Namun tiada siapa yang pernah menawarkan ini pada skala global,” kata Flohr. “Oleh yang demikian, untuk memberikan perkhidmatan dan kualiti yang konsisten kepada Ahli, kami telah mencipta program global pertama yang akan memastikan tetamu kami akan menikmati wain terbaik di udara yang dalam masa yang sama memenuhi semua keperluan mereka dari segi merasa, mengumpul, meneroka dan menghasilkan pengetahuan yang lebih mendalam terhadap wain – bila-bila masa, di mana jua.”
Kenikmatan dalam menikmati wain adalah memahami kepelbagaiannya, namun kesan altitud, tekanan kabin dan kualiti udara bermaksud memilih wain yang betul untuk penerbangan adalah sukar. Semasa pembangunan Program Wain VistaJet, syarikat telah menjemput beberapa pakar wain terkemuka dunia, termasuklah pakar daripada Marchesi Antinori, Rothschild (Lafite), Ca’ del Bosco dan Artemis Domaines, mengikuti beberapa penerbangan untuk melihat, merasa dan membandingkan sejumlah wain yang berbeza dari seluruh dunia. Dengan merasa di darat dan di udara, pakar dapat memahami dengan lebih mendalam bagaimana rasa dan bau adalah deria yang paling terjejas oleh atmosfera dan bekerjasama dalam kabin bertekanan; penerimaan aroma oleh deria nasal terhad akibat daripada tekanan udara yang rendah yang datang daripada kelembapan yang rendah; buih di dalam wain berkilau, yang mengandungi lebih daripada tiga puluh kali ganda aroma berbanding cecairnya, cenderung untuk melekat di pinggir gelas; dan rasa buah-buahannya hilang, sementara rasa pahit dan pedas kekal tidak terjejas.
Sebagai tambahan kepada rasa tersebut, profesor Universiti Oxfard, Charles Spence, menyatakan bahawa paras hingar latar belakang penerbangan komersial memberi kesan ketara terhadap tanggapan bau dan rasa seseorang. Walau bagaimanapun, di dalam pesawat perniagaan, persekitaran yang memberi keselesaan seperti di dalam rumah dapat dicipta semula dengan lebih tepat dengan hingar kabin yang 35 desibel kurang berbanding komersial, meminimumkan impak psikologi semula jadi. Terbang pada paras 45,000 kaki, Global 6000 VistaJet mempunyai tekanan udara yang bersamaan dengan hanya 4,500 kaki, menjadikan banyak impak deria penerbangan udara kurang ketara.
Belajar daripada penerbangan wain yang tidak dapat dilupakan ini, mendarat di ladang anggur eksklusif termasuklah di Clos de Tart dan Château Smith Haut Lafitte, memberikan asas untuk pembangunan Program Wain VistaJet.
Unsur Program Wain VistaJet termasuklah:
Soal Selidik Wain di Angkasa
VistaJet menjemput connoisseur wain terkenal termasuklah Sofia Coppola, Andrea Bocelli, Jeannie Cho Lee dan Daniel Boulud, untuk menyumbang kepada Soal Selidik Wain di Angkasa, sari pati cadangan yang dipertimbangkan untuk merasa,menghidangkan dan menghantar wain dalam penerbangan ke seluruh dunia. Diterbitkan dengan usahasama dengan Assouline, buku ini berfungsi untuk mencadangkan cara untuk memilih wain yang paling sesuai dengan mengambil kira kesan penerbangan terhadap deria kita. Soal Selidik Wain di Angkasa akan tersedia untuk pra-pesanan bermula daripada 6 Disember di Assouline.com dan di kedai pada pertengahan Disember.
Senarai Wain Pengenalan
Mendapat sumber daripada beberapa ladang anggur paling ikonik di dunia dan dipilih secara peribadi oleh Thomas Flohr, semua penumpang VistaJet boleh menikmati Senarai Wain Pengenalan dengan memanfaatkan kesan penerbangan untuk rasa yang terbaik di udara. Senarai ini menampilkan klasik yang terbaik seperti Ruinart Champagnes yang anggun, asli dan beraroma; Château Pape Clément yang pekat, licin dan ranum, Pessac Léognan dengan rasa raspberi yang menonjol; serta Gaja, Rossj Bass Chardonnay, yang menampilkan sifat tertentu serta keasidan yang bagus dengan penghabisan yang berasa segar dan berlarutan.
Kelab Wain VistaJet
Tambahan kepada aspek penerokaan pada penawaran pengenalan, Kelab Wain VistaJet akan membenarkan Ahli untuk meneroka dunia wain dengan 12 wain yang dipilih secara teliti setiap tahun, merasa dua botol baharu setiap dua bulan sekali daripada pelbagai pengeluar dan jenis anggur daripada seluruh pelosok dunia. Untuk meningkatkan lagi pengalaman, Pramugari Kabin VistaJet, yang dilatih sehingga Aras 2 WSET, boleh mengatur sesi merasa rawak untuk menaksir ciri-ciri kepelbagaian anggur dan mencatatkan nota pada kad rasa.
Senarai penuh akan dipaparkan kepada Ahli Program VistaJet sepanjang tahun, dengan pilihan pertama wain adalah termasuk 2015 Corton-Charlemagne Grand Cru, Albert Bichot yang sangat lembut namun kompleks; 2009 Ca’ del Bosco Cuvée Annamaria Clementi dengan masam keasidan dan perlage sangat halus; serta 2013 Solaia, daripada Marchesi Antinori dengan tanin yang lebih terbentuk dan keras.
Lawatan Wain
Melalui liputan globalnya, VistaJet menyediakan akses ditempah dan pengenalan peribadi kepada pembuat wain dan kelab wain terbaik di dunia melalui Pejabat Pengerusi VistaJet. Dengan Lawatan Wain global, Ahli juga boleh membuat permintaan jadual perjalanan wain di sekeliling dunia dan lawatan peribadi ke kawasan ladang anggur dan wain terbaik, serta akses ke lelongan dan acara wain bersama dengan penjual dan pengumpul wain terbaik.
Lawatan Wain VistaJet termasuklah pengalaman tiga hari yang dihoskan oleh Marchesi Antinori, untuk menikmati makan malam dengan keluarga di Palazzo Antinori, merasa wain daripada koleksi peribadi mereka, sebelum melawat ladang anggur bersejarah mereka di Tuscany dan Umbria dengan helikopter dan menginap di rumah tamu eksklusif di estet keluarga.
Dunia Pengiring Wain
Dunia Pengiring Wain menawarkan cadangan di awal penerbangan dan di destinasi, untuk membantu Ahli meneroka wain dan ladang anggur di sebarang rantau yang mereka lawati. Pengiring juga boleh membantu untuk mendapatkan wain vintaj bersejarah untuk ulang tahun istimewa, memberikan cadangan diperibadikan semasa membeli wain en primeur dan di acara lelongan, serta membantu mengaturkan penghantaran wain yang selamat di seluruh dunia. Ahli boleh meminta cadangan daripada rangkaian pakar setempat global di Amerika Utara, Eropah dan Asia.
Maklumat
Jennifer Farquhar | VistaJet | T: +44 203 617 3077 | jennifer.farquhar@vistajet.com
Perihal VistaJet
VistaJet merupakan syarikat penerbangan global pertama dan tunggal. Dengan 70 pesawat perniagaannya yang berwarna perak dan merah, VistaJet telah menerbangkan ahli korporat, pemimpin kerajaan dan pelanggan persendirian ke 187 buah negara, meliputi 96% dunia. Diasaskan pada tahun 2004 oleh Thomas Flohr, syarikat ini mempelopori model perniagaan inovatif di mana pelanggan mempunyai akses terhadap keseluruhan pesawat dengan hanya membayar mengikut jam penerbangan, bebas daripada tanggungan dan risiko aset berkaitan pemilikan kapal terbang. Program keahlian pengenalan VistaJet menawarkan langganan jam penerbangan khusus bagi pelanggan pada jet jarak sederhana dan jauh, untuk menerbangkan mereka bila-bila masa, ke mana-mana jua. Pelanggan juga boleh membuat permintaan penerbangan Langsung sahaja melalui app tempahan menyeluruh yang pertama dalam industri atau kumpulan global 24/7.
Lebih maklumat dan berita tentang VistaJet di vistajet.com
Foto untuk pengumuman ini tersedia di:
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/55a3aaeb-374c-47a8-b7cc-634eab0e93eb
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/cee54f04-33ea-47bd-8756-38ef2d36826b
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/ec6152b2-9c29-4e76-819e-1b1084b67870
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/0be26e2a-0374-4caa-8461-09f9aebb2b05