Bitget Melancarkan rToken Earn, Membawa Hasil Onchain kepada ETF Bertoken dengan Kurasi Strategi oleh Bitwise

Seychelles


VICTORIA, Seychelles, Nov. 17, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, Universal Exchange (UEX) terbesar di dunia, telah melancarkan rToken Earn, yang membolehkan pengguna layak bukan warga A.S. dalam bidang kuasa yang dibenarkan memperoleh hasil onchain berubah-ubah daripada rQQQ dan rSPY, sambil mengekalkan pendedahan kepada ETF asas yang berkaitan. Produk ini boleh diakses melalui Bitget Earn tanpa memerlukan dompet berasingan atau interaksi secara langsung dengan protokol DeFi.

rToken Earn memperluaskan penggunaan rToken yang diterbitkan oleh Reality melangkaui sekadar digunakan dalam perdagangan dan cagaran. Pengguna boleh melanggan peti simpanan (vault) bagi rSPY dan rQQQ melalui akaun Bitget sedia ada mereka. Bitget menguruskan proses langganan dan penebusan bagi pihak pengguna tanpa tempoh langganan tetap.

Bitwise Investment Manager, LLC, anak syarikat milik penuh Bitwise Asset Management, akan menyusun strategi peti simpanan tersebut. Ember Protocol akan menyediakan infrastruktur peti simpanan asas, manakala Fluid akan membekalkan pasaran pinjaman dan kecairan yang digunakan oleh strategi berkenaan. Keseluruhan ekosistem ini disokong oleh rToken yang diterbitkan oleh Reality dan disandarkan secara 1:1 kepada sekuriti berkaitan. Pulangan hasil boleh berubah-ubah dan tidak dijamin.

“Aset tidak seharusnya terhad kepada satu kegunaan sahaja,” kata Gracy Chen, Ketua Pegawai Eksekutif Bitget. “Dengan rToken Earn, pengguna boleh mengekalkan pendedahan mereka kepada ETF seperti penjejak S&P 500 dan Nasdaq-100 sambil mengakses hasil onchain melalui akaun Bitget yang sama. Melalui Universal Exchange, kami berhasrat menawarkan lebih banyak cara kepada pengguna untuk mengoptimumkan aset mereka tanpa perlu berpindah antara platform.”

Pelancaran ini menyusuli pengembangan lanjut tawaran ekuiti bertoken Bitget pada tahun 2026. DeFiLlama Research merekodkan lebih daripada AS$1.86 bilion dalam jumlah dagangan terkumpul rToken antara Jun dan Julai. Pada Oktober, Bitget memperkenalkan rToken Stock Transfer, yang membolehkan pengguna layak menukarkan pegangan broker yang disokong kepada rToken melalui proses dua langkah.

"Penokenan ekuiti ialah langkah pertama ke arah kewangan onchain. Memanfaatkan ekuiti tersebut bagi menjana nilai merupakan langkah seterusnya," kata Jonathan Man, Pengurus Portfolio, Ketua Multi-Strategy Solutions & DeFi Strategies, Bitwise. “Kami bersedia menyusun strategi yang menghubungkan pendedahan ETF ditokenkan dengan peluang pinjaman onchain.”

“Infrastruktur kewangan terbaik ialah sistem yang tidak menuntut perhatian penggunanya,” kata Ibra Barbery, Pengasas Bersama, Ember. “Ember dibangunkan bagi membolehkan pengurus aset melaksanakan strategi profesional onchain dengan tahap kawalan dan keselamatan yang diperlukan, di samping membolehkan platform seperti Bitget menawarkan strategi tersebut melalui pengalaman yang sudah biasa bagi pengguna mereka. Peralihan ETF bertoken kepada infrastruktur tersebut merupakan petunjuk jelas tentang hala tuju pengurusan kekayaan onchain,”

“Aktiviti pinjaman sememangnya merupakan antara penggerak utama pasaran modal. Dalam persekitaran onchain, ia boleh beroperasi dengan penuh ketelusan,” kata Samyak Jain, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Fluid. “Dengan membawa ETF bertoken ke Fluid, kami memperluaskan lapisan kecairan kami kepada antara aset yang paling banyak dimiliki dalam sektor kewangan tradisional, sekali gus memperlihatkan apa yang mampu direalisasikan apabila aset dunia sebenar dan DeFi berkongsi infrastruktur yang sama,”

rToken Earn tersedia mulai hari ini kepada pengguna layak bukan warga A.S., bermula dengan rQQQ dan rSPY. Hasil pulangan adalah berubah-ubah dan tidak dijamin, manakala ketersediaannya tertakluk pada bidang kuasa serta kelayakan pengguna. Perkhidmatan kurasi strategi daripada Bitwise tidak tersedia semasa pelancaran dan akan diperkenalkan kemudian.

Untuk maklumat lanjut mengenai Bitget rToken Earn, layari di sini.

Perihal Bitget

Bitget ialah Universal Exchange (UEX) terbesar di dunia, berkhidmat kepada lebih 125 juta pengguna dan menawarkan akses kepada lebih daripada 2 juta token kripto, lebih daripada 500 saham yang ditokenkan, ETF, komoditi, FX serta logam berharga seperti emas. Ekosistem ini komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ejen AI yang bertindak sebagai co-pilot dalam pelaksanaan dagangan. Bitget memacu penerimaan kripto melalui kerjasama strategik seperti MotoGP™. Bitget kini menerajui pasaran TradFi ditokenkan dengan menawarkan yuran terendah dan kecairan tertinggi dalam industri merentasi 150 rantau di seluruh dunia.

Perihal Reality

Reality ialah platform penerbitan aset dunia sebenar yang dikawal selia dan dibina untuk pasaran global serta bangga menjadi sebahagian daripada ekosistem Bitget. Melalui kerjasama dengan broker berlesen di bursa utama, termasuk Nasdaq dan NYSE, kami membeli dan memegang aset pendasar dalam jagaan kustodian, kemudian menerbitkan hak yang sepadan secara on-chain. Pendekatan ini menghubungkan pasaran modal tradisional dengan infrastruktur on-chain, sekali gus membuka akses bertaraf institusi kepada aset dunia sebenar untuk pengguna di seluruh dunia.

Perihal Bitwise

Bitwise Asset Management ialah pengurus aset kripto global dengan lebih AS$14 bilion aset pelanggan di bawah pengurusan. Syarikat ini mengurus lebih daripada 70 produk pelaburan di A.S. dan Eropah yang merangkumi ETP, dana indeks, strategi alfa dan SMA, peti simpanan serta penyelesaian staking. Bitwise Investment Manager, LLC (BIM), anak syarikat milik penuh Bitwise Asset Management, menyediakan perkhidmatan penyusunan strategi untuk peti simpanan. BIM ialah penasihat pelaburan berdaftar dengan U.S. Securities and Exchange Commission, pengendali kumpulan komoditi serta penasihat dagangan komoditi berdaftar dengan Commodity Futures Trading Commission, selain menjadi ahli National Futures Association.

Perihal Ember

Ember ialah protokol infrastruktur peti simpanan terdesentralisasi yang menyatukan strategi hasil rentas rantaian, produk berstruktur dan aset ditokenkan dalam satu platform, menjadikan kecairan lebih mudah diakses, telus serta tidak memerlukan kepercayaan pihak ketiga. Ember sedang membina asas dan infrastruktur bagi mendemokrasikan pengurusan kekayaan.

Perihal Fluid

Fluid ialah lapisan kecairan onchain yang menggabungkan aktiviti pemberian pinjaman, peminjaman dan dagangan dalam satu sistem bersepadu. Sejak pelancarannya, Fluid telah memegang deposit bernilai lebih AS$4 bilion dan memproses volum dagangan melebihi AS$240 bilion. Ia memacu Jupiter Lend, pasaran pinjaman terbesar di Solana dan kini tersedia di Ethereum, Arbitrum, Base, Polygon, Plasma serta Solana.

Perihal Tether

Tether merupakan perintis dalam teknologi stablecoin dengan matlamat merevolusikan landskap kewangan global. Misi syarikat adalah untuk menyediakan infrastruktur kewangan, komunikasi, kecerdasan buatan dan tenaga yang mudah diakses serta cekap. Tether meningkatkan keterangkuman kewangan dan daya tahan komunikasi, di samping memacu pertumbuhan ekonomi serta memperkasa individu dan perniagaan. Sebagai pencipta stablecoin terbesar, paling telus dan paling cair dalam industri, Tether komited untuk membangunkan infrastruktur yang mampan dan berdaya tahan demi manfaat komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan. Dengan memanfaatkan teknologi blockchain dan rakan ke rakan (P2P) termaju, Tether komited untuk merapatkan jurang antara sistem kewangan tradisional dan potensi kewangan terdesentralisasi.

Untuk maklumat lanjut, layari: Laman Web | X | Telegram | LinkedIn | Discord

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com

Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk kepada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang sanggup ditanggung sekiranya berlaku kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan tidak dapat dicapai serta modal pelaburan asal tidak dapat diperoleh semula. Nasihat kewangan bebas hendaklah sentiasa diperoleh dan pengalaman serta kedudukan kewangan peribadi perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi lalu bukanlah penunjuk yang boleh dipercayai bagi prestasi masa hadapan. Bitget tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Terma Penggunaan kami.

Pendedahan Bitwise

Tiada Tawaran; Sekatan Akses. Tiada apa-apa pada halaman ini merupakan tawaran untuk menjual atau pelawaan untuk membuat tawaran membeli mana-mana sekuriti atau instrumen kewangan dalam mana-mana bidang kuasa. Halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak merupakan nasihat pelaburan, kewangan, perundangan atau percukaian. rQQQ dan rSPY belum didaftarkan di bawah Akta Sekuriti 1933 dan tidak boleh ditawarkan atau dijual di Amerika Syarikat atau kepada Individu A.S. Bakal pendeposit disarankan mendapatkan nasihat daripada penasihat profesional masing-masing sebelum membuat deposit. Peti simpanan (vault) ini hanya tersedia kepada Individu Bukan A.S. sebagaimana yang ditakrifkan dalam Peraturan 902(k) di bawah Peraturan S Akta Sekuriti 1933. Geopenghadangan (geofencing) dan kawalan akses dilaksanakan oleh Ember Protocol. Dengan membuat deposit, anda mengesahkan bahawa anda bukan Individu A.S., tidak bertindak bagi pihak atau untuk manfaat Individu A.S., tidak berada dalam bidang kuasa yang dikenakan sekatan serta mengakui bahawa rQQQ dan rSPY tidak didaftarkan di bawah Akta Sekuriti. Tiada sekatan pemindahan dikuatkuasakan pada peringkat kontrak pintar; anda bertanggungjawab untuk memastikan pematuhan berterusan. Sebarang pelanggaran terhadap pengesahan kelayakan tersebut akan mencetuskan obligasi indemniti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Bitwise Onchain Terms of Use.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/d5d8dadf-a785-46fa-bf72-2c5288a9573e


GlobeNewswire