VPN untuk pendidikan - apakah manfaatnya?


INGOLSTADT, Jerman, Nov. 23, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- Pendidikan dalam talian amat dihargai kerana menawarkan jadual yang fleksibel dan kebebasan untuk belajar dari mana-mana sahaja. Walau bagaimanapun, pengguna memerlukan sambungan Internet yang stabil dan pantas, akses yang boleh dipercayai kepada bahan pembelajaran serta jaminan bahawa data peribadi mereka dilindungi sepenuhnya. Salah satu alat digital yang boleh membantu mengatasi cabaran ini — namun sering terlepas pandang — ialah Rangkaian Peribadi Maya (VPN).

Tinjauan terbaharu Kaspersky* mendapati bahawa hanya 27% pelajar menggunakan VPN semasa mengikuti kursus dalam talian. Walaupun VPN lazimnya tidak dianggap sebagai “alat pembelajaran”, pakar Kaspersky menjelaskan mengapa teknologi ini boleh memberikan manfaat kepada aktiviti pendidikan.

1. Melindungi privasi dan data

Tinjauan tersebut menunjukkan bahawa perlindungan privasi merupakan motivasi utama penggunaan VPN, dengan 28% responden memilih sebab ini. Kebimbangan ini amat ketara dalam kalangan responden wanita (35%) dan Generasi X (34%).

VPN, seperti Kaspersky VPN, menyulitkan setiap bit trafik data dan menyembunyikan alamat IP pengguna, sekali gus mewujudkan terowong yang selamat antara peranti dan internet. Perlindungan ini memastikan maklumat peribadi kekal sulit, walaupun ketika menggunakan rangkaian yang tidak selamat.

2. Meningkatkan kelajuan dan kestabilan sambungan

Sebab kedua paling lazim, yang dinyatakan oleh 24% pengguna VPN, ialah keinginan untuk meningkatkan kualiti sambungan. Faktor ini paling penting bagi pengguna muda dan disebut oleh 30% responden Generasi Z.

VPN boleh meningkatkan kestabilan sambungan serta kelajuannya dalam sesetengah keadaan dengan menghalakan trafik melalui laluan rangkaian alternatif. VPN boleh membantu memintas sekatan kelajuan tertentu oleh ISP serta mengurangkan kelewatan akibat penghalaan yang kurang cekap.

3. Membolehkan akses kepada sumber pendidikan di luar kampus

VPN boleh melengkapi sistem pengesahan (SSO, MFA) yang mengesahkan identiti pengguna sebelum memberikan akses kepada sistem kampus, terutamanya bagi pengguna jarak jauh. Sebanyak 15% responden menyatakan bahawa institusi pendidikan mereka mewajibkan penggunaan VPN, manakala 9% menggunakan VPN untuk mengakses sistem dalaman atau perpustakaan kampus.

4. Menyediakan akses kepada kandungan dari negara lain

Sekatan geografi juga boleh menghalang pengguna daripada mengakses kandungan pendidikan. Sebanyak 13% responden melaporkan bahawa mereka menggunakan VPN untuk mengakses sumber pendidikan ketika dalam perjalanan, manakala 11% menggunakan alat ini untuk membuka kandungan dari negara lain.

Bagi menjadikan pendidikan digital lebih selamat, Kaspersky mengesyorkan pengguna untuk:

  • Menggunakan kata laluan yang berbeza bagi setiap platform atau perkhidmatan pembelajaran. Pertimbangkan penggunaan Kaspersky Password Manager untuk menyimpan maklumat log masuk dengan selamat.
  • Mengaktifkan pengesahan berbilang faktor (MFA) di mana-mana sahaja ciri ini ditawarkan.
  • Menggunakan penyelesaian keselamatan yang boleh dipercayai seperti Kaspersky Premium yang dilengkapi dengan perlindungan penipuan berasaskan AI.
  • Menyambungkan peranti ke rangkaian Wi-Fi yang dipercayai dan lindungi trafik data anda melalui VPN yang bereputasi baik apabila menggunakan Wi-Fi awam.

*Kajian ini dijalankan oleh pusat penyelidikan pasaran Kaspersky pada Ogos 2026. Kajian ini melibatkan seramai 1,864 orang responden berusia 18–65 tahun yang pernah mengikuti pendidikan dalam talian atau hibrid sepanjang 12 bulan yang lalu, merentasi 18 buah negara: Brazil, China, Colombia, Mesir, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Itali, Malaysia, Mexico, Arab Saudi, Sepanyol, Afrika Selatan, Thailand, Turkiye, Emiriah Arab Bersatu dan Vietnam. 

 

Kontaktdaten

GlobeNewswire