Gabenor Florida Meraikan Rancangan Pengembangan Oakridge untuk Mewujudkan 1,000 Pekerjaan Baharu, Menganugerahi Syarikat dengan Pingat "Duta Perniagaan Gabenor"

Oakridge Global Energy Solutions Diiktiraf untuk Menyambut Ketibaan Era Baharu dalam Pembuatan Bateri, Mewujudkan Pekerjaan Tempatan


PALM BAY, Fla., Oct. 19, 2015 (GLOBE NEWSWIRE) -- Oakridge Global Energy Solutions, Inc. (OTCQB:OGES) baru-baru ini menerima anugerah mengagumkan daripada satu persidangan akhbar utama di mana Rick Scott selaku Gabenor Florida , disertai oleh beberapa orang kenamaan dan usahawan perniagaan tempatan, bertemu dengan kakitangan dan pasukan eksekutif Oakridge untuk meraikan rancangan pengembangan Syarikat yang akan datang dan kesannya pada komuniti tempatan.

Gambar yang mengiringi pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/f629f11f-6164-495f-aeda-6be0caf30cc4

Majlis tersebut telah berlangsung pada 6 Oktober apabila Gabenor Scott, bersama-sama dengan Lynda Weatherman CEO Suruhanjaya Pembangunan Ekonomi Space Coast, William Capote Datuk Bandar Palm Bay, dan beberapa orang tetamu kehormat, membuat kunjungan ke ibu pejabat korporat baharu Oakridge dan pusat pembuatannya di Palm Bay bagi mengiktiraf pengembangan syarikat dan pengwujudkan seterusnya 1,000 pekerjaan baharu dalam komuniti. Pengembangan ini ialah sebahagian daripada pelaburan sedia ada dan berterusan Oakridge yang bernilai $270 juta di pusat kemudahan pembangunan dan pembuatan bateri ion litiumnya di Brevard County.  

Selepas lawatannya ke kemudahan baharu Oakridge yang sangat luas berkeluasan 68,718 kaki persegi – naik taraf perlu daripada kemudahan syarikat yang terdahulu iaitu seluas 12,500 kaki persegi - Gabenor Scott mengemukakan kumpulan outlet media utama dari Florida Tengah, menyatakan, “Oakridge Global Energy Solutions sepatutnya boleh memindahkan ibu pejabatnya ke mana-mana tempat di dunia tetapi saya berbangga untuk membuat pengumuman bahawa mereka memilih untuk terus kekal di Florida dan mewujudkan 1,000 pekerjaan baharu.  Mengembangkan perniagaan seperti Oakridge…mewujudkan peluang untuk warga Florida membantu meningkatkan taraf hidup keluarga mereka dan membina kerjaya yang hebat, dan itulah sebabnya kita akan bekerjasama dengan Badan Perundangan untuk membiayai sepenuhnya Enterprise Florida supaya lebih banyak perniagaan berpeluang untuk berkembang di Florida.”

Gabenor secara peribadi mengucapkan salam kepada setiap pekerja Oakridge semasa lawatannya, dan menganugerahi Pingat berprestij “Duta Perniagaan Gabenor” kepada Pengerusi Eksekutif dan Ceo Oakridge iaitu Steve Barber. 

“Saya teruja untuk menerima penghormatan sedemikian daripada Gabenor Scott dan sokongan padunya atas apa yang sedang kita lakukan di Oakridge khususnya di Space Coast. Gabenor Scott, Negeri Florida merupakan seorang pemimpin hebat yang komited terhadap pengwujudan peluang pekerjaan, dan saya sedar bahawa kami telah membuat keputusan tepat untuk meneruskan strategi pertumbuhan kami untuk Oakridge dengan terus berada di Florida, terutamanya di Space Coast dan Palm Bay.  Masa bersama keluarga adalah lebih penting daripada pekerjaan yang menawarkan gaji yang lumayan,” ujar beliau selepas itu. “Keraian hari ini benar-benar tentang 1,000 keluarga Florida yang kini akan memiliki pekerjaan masa depan yang bagus untuk jangka panjang di Oakridge.  Pingat “Duta Perniagaan Gabenor” akan digantung dengan megah di pejabat saya apabila kami mewujudkan pekerjaan tersebut”.

“Kami benar-benar menghargai sokongan Gabenor Scott, Enterprise Florida, EDC Space Coast Florida dan rakan kongsi tempatan di Bandar Palm Bay, terutamanya Major Capote, apabila kami memulakan pengembangan yang hebat ini. Oakridge berbangga untuk menjadi perniagaan Florida yang menawarkan kualiti tinggi, produk-produk “Buatan Amerika” kepada pelanggan di seluruh dunia.”

Pemimpin tempatan juga memberi peringatan kepada hadirin bahawa Oktober adalah “Bulan Pembuatan.”  Pada masa ini Florida mempunyai kira-kira 321,000 pekerja pembuatan dalam pelbagai industri.  Bill Johnson, Presiden dan CEO Enterprise Florida, menyatakan, pengembangan “Oakridge Global Energy Solutions’ dan pengwujudan 1,000 pekerjaan baharu adalah berita menarik buat negeri kami.  Apabila kami terus mempelbagaikan ekonomi dan pasaran kami, Florida merupakan negeri terbaik untuk perniagaan. Projek-projek seperti Oakridge adalah contoh hebat tentang apa yang kita boleh capai sebagai sebuah negeri.”

Pertumbuhan pekerjaan dan pengembangan korporat Oakridge yang dirancang akan bermula dengan segera dan akan terus dilaksanakan sepanjang tempoh lebih kurang tiga tahun.

Mengenai Oakridge Global Energy Solutions, Inc.

Oakridge Global Energy Solutions Inc. ialah sebuah syarikat dagangan awam, yang membuat dagangan di bawah simbol OGES pada OTCQB dengan permodalan syarikat yang bernilai kira-kira USD $300,000,000. Strategi Oakridge ialah menyampaikan inovasi dan membina platform skala industri dengan serentak yang merangkumi beberapa teknologi ion litium dan faktor bentuk yang dioptimumkan bagi menangani empat pasaran sasaran:

  • Freedom Series penyimpanan pegun dan grid, sandaran telekom dan kuasa ruang hidup untuk RV, trak dan bot;
  • Pro Series untuk penggunaan bermotif termasuk kenderaan armada, Kenderaan Elektrik Kawasan Tempatan dan Kenderaan Elektrik Hibrid, terutamanya kereta golf;
  • Patriot Series untuk aplikasi istimewa termasuk including Kawalan Jauh Udara Orang Awam dan Ketenteraan, kenderaan Darat dan Dalam Air, termasuk pasaran hobi;
  • Liberty Series untuk bateri motor pemula untuk motosikal, jet ski, ski bergerak dan bot.

Pasukan teknologi Oakridge sangat didorong kejuruteraan, dengan keupayaan teras dalam bahan, reka bentuk produk, kawalan proses, teknologi pembuatan, kualiti dan keselamatan. Pasukan pengurusan terdiri daripada individu dengan pengalaman jangka panjang dalam kedua-dua syarikat baharu tubuh inovatif dan entiti perindustrian besar dengan operasi seluruh dunia dalam sektor-sektor berkaitan Kimia dan Tenaga. Oakridge mengekalkan ibu pejabatnya di Amerika Syarikat di mana ia juga telah menubuhkan pembangunan produk dan infrastruktur pembuatan volum rendah. Pihak syarikat merancang untuk meluaskan sayap di Amerika Syarikat, negara-negara Kesatuan Eropah dan Asia.

Maklumat tambahan boleh diakses di laman web syarikat di www.oakg.net.

Penafian Pernyataan Memandang Ke Hadapan:  Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan memandang ke hadapan di dalam maksud Seksyen 27A Akta Sekuriti 1933, seperti dipinda, dan Seksyen 21E Akta Bursa Sekuriti 1934, seperti dipinda. Dalam sesetengah keadaan, anda boleh mengenal pasti pernyataan memandang ke hadapan dengan perkataan berikut:  “ramal,” “percaya,” “terus,” “boleh,” “anggar,” “jangka,” “berhasrat,” “mungkin,” “berterusan,” “rancang,” “potensi,” “duga,” “unjur,” “harus,” “akan,” atau negatif istilah-istilah ini atau terminologi lain yang setanding, walaupun bukan semua pernyataan memandang ke hadapan mengandungi perkataan-perkataan ini.  Pernyataan yang memandang ke hadapan adalah bukan jaminan prestasi atau keputusan masa depan, dan tidak semestinya akan menjadi petunjuk tepat masa pada, atau dengan, di mana prestasi atau keputusan sedemikian akan dicapai.  Pernyataan yang memandang ke hadapan adalah berdasarkan maklumat yang tersedia pada masa pernyataan dibuat dan melibatkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidaktentuan dan faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan keputusan, tahap aktiviti, prestasi atau pencapaian kami akan berbeza dengan ketara daripada maklumat yang tersurat atau tersirat oleh pernyataan yang memandang ke hadapan di dalam siaran akhbar ini.  Siaran akhbar ini hendaklah dianggap berdasarkan pemfailan Syarikat yang terkandung di dalam Arkib Edgar Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa di www.sec.gov.

Maklumat Hubungan:

Syarikat:

Oakridge Global Energy Solutions, Inc.
www.oakg.net
Info@oakg.net
3520 Dixie Highway, NE
Palm Bay, Florida 32905 USA
Telefon (321) 610-7959

Pelabur:

Benchmark Advisory Partners LLC
Timothy Connor
Bebas Tol: (866) 703-4778
admin@bmarkadvisory.com

Dan:

DreamTeamNetwork
Austin, Texas
www.DreamTeamNetwork.com
512.758.8877 Office
Editor@DreamTeamNetwork.com