PRA Health Sciences Membuka Makmal Bioanalisis Baru di Belanda


RALEIGH, N.C., Oct. 26, 2015 (GLOBE NEWSWIRE) -- PRA Health Sciences (PRA) (NASDAQ:PRAH) amat berbangga untuk mengumumkan pembukaan Makmal Bioanalisis canggih yang baru di Assen, Belanda. Kemudahan seluas 33,000 kaki persegi menyediakan 25 peratus lebih ruang berbanding makmal PRA sebelum ini, termasuk pelaburan ke atas peralatan molekul kecil dan besar yang terbaru, dan membolehkan kecekapan proses bionalisis optimum. Makmal baru tersebut juga terletak berhampiran dengan klinik Fasa I PRA di Groningen dan Zuidlaren, menyediakan capaian mudah dan analisis bagi sampel masa paling kritikal serta pelaksanaan ujian boleh suai.

“Kami berbangga untuk menawarkan pelanggan kami perkhidmatan makmal sains berkualiti tinggi yang terkemuka di industri dalam persekitaran baru dan inovatif ini,” kata Peter Ketelaar, Naib Presiden Perkhidmatan Makmal Bioanalisis Global PRA. “Kemudahan baru ini adalah bukti kepada komitmen PRA terhadap kecemerlangan dan semangat untuk memajukan pembangunan klinikal.”

Makmal bioanalisis PRA mempunyai pengalaman selama 30+ tahun dalam menyediakan perkhidmatan bioanalisis sebagai sokongan ujian klinikal dan praklinikal untuk molekul kecil dan besar. Pakar terkemuka industri dengan pengetahuan dan pengalaman saintifik dan kawal selia yang mendalam menguruskan dan menyokong perkhidmatan makmal PRA, seterusnya menyumbang kepada kejayaan pembangunan ubat-ubatan yang baru.

“Pelaburan teknologi dan operasi perkhidmatan inovatif kami membezakan PRA daripada yang lain dalam industri,” kata KPE PRA Colin Shannon. “Kami sangat berbangga dengan kepakaran yang kami ketengahkan yang membolehkan kami mahir dalam penyelidikan klinikal dan menyampaikan hasil berkualiti kepada pelanggan dan pesakit kami.”

PRA mengendalikan makmal bioanalisis terharmoni sepenuhnya yang mematuhi GLP (Amalan Makmal Baik) di Belanda dan Amerika Syarikat (Lenexa, Kansas). Lokasi kedua-duanya strategik berhampiran dengan unit penyelidikan klinikal PRA untuk membolehkan kerjasama rapat dan mencapai keputusan pembangunan ubatan yang lebih pantas.

PERIHALAN PRA HEALTH SCIENCES

Di PRA Health Sciences, menyediakan penyelesaian inovatif kepada pelanggan adalah tanggungjawab kami. Bersama-sama dengan pelanggan kami, kami berusaha untuk memajukan penemuan ubat, membantu mereka membangunkan ubat-ubatan yang menyelamatkan nyawa dan meningkatkan mutu hidup. PRA mempunyai lebih daripada 11,000 pekerja yang bekerja di 80+ negara, menyediakan perkhidmatan pembangunan klinikal menyeluruh merentas semua fasa. Dari perkhidmatan penuh pembangunan klinikal hingga model perintis Embedded Solutions™, PRA menyediakan penyelesaian meluas yang memenuhi permintaan pasaran yang pelbagai. PRA telah mengusahakan 100+ ubat-ubatan yang dipasarkan merentas beberapa bidang terapeutik dan telah menjalankan ujian penting atau ujian sokongan yang membawa kepada kelulusan FDA dan/atau kawal selia antarabangsa bagi 50+ ubat sedemikian.

 

PERTANYAAN: Christine Rogers, Pengurus –  Perhubungan Awam, Komunikasi Korporat
EMEL: rogerschristine@prahs.com TELEFON: +1 919.786.8463