Rain Design memperkenalkan siri mStand bagi Macbook, iPad dan iPhone dengan warna Apple yang sepadan di IFA Sep 2016


BERKELEY, Calif., Sept. 06, 2016 (GLOBE NEWSWIRE) --

mStand dan mStand 360 
Jualan terlaris Rain Design, mStand dan mStand360 kini didatangkan dalam 3 warna Apple yang sepadan: perak, emas dan kelabu angkasa. mStand menukarkan komputer riba anda menjadi stesen kerja yang bergaya dan stabil supaya anda boleh bekerja dengan selesa sepanjang hari. mStand360 mempunyai tapak yang berpusing yang membuatkan perkongsian skrin dan mengakses port menjadi mudah. Ia memudahkan pengguna memusingkan komputer riba dengan selamat tanpa tekanan berat. 

9.7" dan 12.9" pro tablet mStand
Tablet pro mStand menukarkan Pro iPad anda menjadi meja yang bergaya dan stabil, memudahkan kerja yang kompleks dengan menyentuh, meleret atau menulis dengan pensil. Pro tablet mStand memaparkan sudut dan tinggi tontonan boleh dilaras menggunakan hanya mekanisme slaid 'n' kunci bagi keselesaan dan fleksibiliti yang diperibadikan. Ia juga boleh digunakan sebagai paparan kedua apabila menggunakan Macbook dengan dirian komputer riba mStand. Pro tablet mStand boleh didapati  dalam warna perak, emas dan kelabu angkasa dan didatangkan dalam 2 saiz: 9.7" dan 12.9" bagi iPad Air/Pro 9.7" dan iPad Pro 12.9".

Tablet mStand, tablet plus mStand dan mudah alih mStand 
Dirian mudah alih dan tablet mStand menyokong iPhone atau iPad anda dan membebaskan tangan anda supaya anda boleh bekerja dengan selesa dengan menyentuh, meleret, menaip atau hanya menikmati bual video yang santai. Tablet plus mStand didatangkan dengan ciri tambahan sudut tontonan boleh laras untuk keselesaan melihat yang optimum. Diperbuat daripada sekeping aluminium padu tunggal dengan kemasan yang dibagas pasir dan disadur anod, dirian mudah alih dan tablet mStand boleh didapati  dalam warna perak, emas dan kelabu angkasa. Sesuai dengan iPad dan Iphone dengan atau tanpa Pelindung / Bekas Pintar.

Foto dilampirkan bersama pengumuman ini ada terdapat di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/37df260a-2928-4848-ae0e-43acfdc003ba

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/b0dcb56e-134b-41c4-a08f-1006b3ba349e

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/20bc887a-79e6-46aa-bde8-8891146bb81e

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/a278e82c-b6f9-4f7b-94e6-1707dcdb3f26

Siri mStand Rain Design dihantar sekarang. Untuk keterangan lanjut: www.raindesigninc.com
Sila hubungi:  press@raindesigninc.com


            

Contact Data