Barings Baharu Dilancarkan Hari Ini

Gabungan sekutu MassMutual mewujudkan pengurus aset global bernilai $275B+ dengan kepakaran unik merentasi kelas-kelas aset tradisional dan alternatif


CHARLOTTE, N.C., Sept. 13, 2016 (GLOBE NEWSWIRE) -- Babson Capital Management hari ini mengumumkan bahawa ia telah berjaya melengkapkan integrasi empat sekutu institusi Massachusetts Mutual Life Insurance Company (MassMutual) (diumumkan sebelum ini pada bulan 9 Mac). Babson Capital Management LLC, anak syarikatnya Cornerstone Real Estate Advisers LLC dan Wood Creek Capital Management, LLC, serta Baring Asset Management Limited kini beroperasi sebagai sebuah syarikat yang disatukan di bawah nama Barings. 

Jenama dan logo Barings telah diberi nafas baru, mencerminkan firma pengurusan aset yang moden dan berpandangan jauh yang komited untuk memenuhi pelaburan dan modal para pelanggannya yang berubah-ubah.  

"Penggabungan ini menandakan detik menarik dalam sejarah kami dan ia meningkatkan keupayaan kami untuk menyediakan penyelesaian komprehensif dan inovatif bagi membantu para pelanggan kami memenuhi objektif pelaburan mereka," ulas Tom Finke, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Barings. "Barings baharu memiliki kepakaran mendalam dan diperluaskan yang merentasi pasaran pendapatan tetap, ekuiti, harta tanah dan aset alternatif global. Di samping itu, jejak global bersepadu kami memberikan kami perspektif yang lebih luas, akses kepada pelbagai peluang yang lebih luas dan mengukuhkan keupayaan kami untuk melabur di seluruh pasaran global."

Dengan integrasi ini, Barings akan menjadi salah sebuah organisasi pengurusan aset paling pelbagai yang terbesar di dunia yang memiliki:

  • Lebih daripada $275 bilion dalam aset di bawah pengurusan
  • Lebih 1,700 pekerja di 41 pejabat merentasi 17 buah negara
  • Lebih 600 pakar pelaburan di serata dunia merentasi rangkaian kelas aset yang luas

Di dalam organisasi yang baru diwujudkan ini, setiap bidang pelaburan akan memiliki kepimpinan khusus:

  • Russ Morrison akan berkhidmat sebagai Presiden syarikat dan menerajui strategi pendapatan tetap, ekuiti dan pelbagai aset global;
  • Scott Brown akan menerajui harta tanah global; dan
  • Anthony Sciacca akan menerajui pelaburan alternatif dan ekuit persendirian global.

Roger Crandall, Pengerusi, Presiden dan CEO, MassMutual, mengulas:  “Kami sangat berpuas hati atas pencapaian penting ini, menyatukan sekutu pengurusan aset institusi kelas dunia kami ke dalam pengurus aset global yang disatukan dan meluaskan tawaran dan komitmen kami kepada para pelanggan di seluruh dunia. Yang penting, pelancaran Barings 'baharu' ini dibina pada legasi unik empat syarikat kami, mewakili strategi penting melangkah ke hadapan yang membezakan kami selanjutnya di pasaran dan menetapkan operasi pengurusan aset kami untuk terus berjaya dan menerajui pasaran pada tahun-tahun yang mendatang."

Mengenai Barings, LLC

Barings ialah sebuah firma pengurusan aset global bernilai $275 bilion* yang memberikan tumpuan bagi memenuhi keperluan pelaburan dan modal pelanggan kami yang berubah-ubah. Kami membina kerjasama berkekalan yang memanfaatkan kepakaran unik kami merentasi kelas-kelas aset tradisional dan alternatif bagi menyampaikan penyelesaian inovatif dan perkhidmatan terbaik. Barings iaitu anggota Kumpulan Kewangan MassMutual mengekalkan sayap operasinya yang kukuh di seluruh dunia dengan lebih 1,700 pekerja dan 600 pakar pelaburan merentasi 41 pejabat di 17 buah negara. Ketahui lebih lanjut di www.barings.com.

*Setakat 30 Jun, 2016.

Hubungan Media:

Barings:

MassMutual:

FTI Consulting:

AS: Raina Gajjar, FTI Consulting, 1-212-850-5724, raina.gajjar@fticonsulting.com

UK: James Cheston, FTI Consulting, +44 (0) 203 727 1620, james.cheston@fticonsulting.com

Asia: RLM Finsbury: Asia: Karen Yu, RLM Finsbury, +852 3166 9866, karen.yu@finsbury.com