Ikuti Jalan Blok Land Rover: Discovery Baharu Membuat Penampilan Pertama di Jambatan Tower Bridge Lego Gergasi


  • Land Rover Discovery Baharu membuktikan keupayaan tiada tandingannya pada struktur LEGO yang memecahkan Rekod Dunia Guinness
  • Pelancaran mengagumkan ini menampilkan pelanggan istimewa Land Rover iaitu Bear Grylls, Sir Ben Ainslie dan Zara Phillips MBE.
  • Keserbabolehan tujuh tempat duduk bersaiz lengkap yang ditunjukkan oleh Sir Ben Ainslie dan pasukan pelayaran Land Rover BAR, pencabar British untuk  America’s Cup untuk kali ke-35.
  • Tower Bridge London dihasilkan daripada 5,805,846 blok LEGO, mengatasi rekod terdahulu sebanyak 470,646 keping
  • Untuk maklumat lengkap mengenai Land Rover Discovery Baharu, sila lawati www.media.landrover.com

SOLIHULL, United Kingdom, Sept. 29, 2016 (GLOBE NEWSWIRE) -- Land Rover telah melancarkan SUV tujuh tempat duduk Discovery Baharu dengan memecahkan Rekod Dunia Guinness untuk binaan LEGO yang terbesar pernah dibina.

Foto dilampirkan bersama pengumuman ini  terdapat di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/4d374d62-1f31-4659-ae79-cd92580eb74c 

Pemilik Land Rover yang telah lama menggunakan kenderaan Land Rover iaitu Bear Grylls, Sir Ben Ainslie dan Zara Phillips mengambil bahagian dalam pelancaran model Land Rover yang paling versatil secara langsung di sekeliling versi LEGO Tower Bridge London setinggi 13 meter.

Discovery Baharu merangkumi pemanduan Land Rover untuk apa jua keadaan pemanduan, menggabungkan keinginan British dengan semangat pengembaraan yang berterusan. Ia amat diminati dengan keupayaan dan teknologi yang tiada tandingan.

Gerry McGovern, Ketua Pegawai Reka Bentuk Land Rover, menyatakan: “Discovery Baharu mentakrifkan semula SUV besar. Pasukan reka bentuk dan kejuruteraan Land Rover telah merevolusikan DNA Discovery bagi mencipta SUV premium yang sangat diminati, serba boleh dan berkebolehan.”

Saban hari kepintaran telah menjadi tumpuan Discovery sejak 27 tahun yang lalu, dengan lebih daripada 1.2 juta orang pelanggan setakat ini. Discovery baharu direka untuk zaman digital. Teknologi pintar memastikan keselamatan keluarga anda, saling berhubungan dan yakin di atas semua permukaan, semua rupa bumi dan dalam semua keadaan cuaca untuk memastikan anda sampai ke destinasi.

Model generasi kelima ini memperoleh manfaat daripada seni bina SUV saiz lengkap Land Rover yang kukuh, selamat dan ringan, menyampaikan keselesaan dan kebolehsuaian yang tiada tandingan.

Set yang dilancarkan ini telah dihasilkan daripada 5,805,846 blok LEGO yang berasingan, memecahkan Rekod Dunia Guinness yang terdahulu dengan perbezaan sebanyak 470,646 keping blok. Blok yang dibentangkan hujung ke hujung ini akan berukuran hampir 200 batu, atau dari Tower Bridge di London ke Paris.

Diterajui oleh satu-satunya Pakar Lego yang Sah iaitu Duncan Titmarsh, binaan struktur Tower Bridge hebat yang dibuat oleh pakar LEGO Master Builders di UK ini mengambil masa lima bulan untuk disiapkan. Ia telah dibina di perkarangan Packington Hall, Warwickshire, UK – yang terletak berhampiran dengan kilang Solihull Land Rover, di mana Discovery Baharu akan dikeluarkan.

Sebagai sebahagian daripada urutan pendedahan dramatik, Bear Grylls, pengembara British muncul dalam gaya menarik dengan menakik turun dari puncak pemasangan Tower Bridge yang sangat besar, melalui jambatan angkat terbuka dan di atas pentas di sebelah Discovery Baharu.

Bahagian terakhir adalah Sir Ben Ainslie selaku Ketua Pasukan Land Rover BAR yang memandu pasukan pelayaran beliau melalui air sedalam 900mm di bawah jambatan – menunjukkan keupayaan dan keserbabolehan SUV baharu Land Rover yang tiada tandingan. Sir Ben menunda replika LEGO bot BAR Land Rover, satu model bot teliti sebanyak 186,500 blok yang akan menjadi cabaran untuk America’s Cup pada tahun hadapan.

Model Tower Bridge telah diapit oleh dua ‘Zon Penemuan’ LEGO yang meraikan warisan Land Rover Discovery yang berusia 27 tahun. Zon Penunggang Kuda yang dihoskan oleh penunggang Zara Phillips yang terulung, menampilkan latar berkelah British biasa yang dihasilkan sepenuhnya daripada blok LEGO. Zon Pengembaraan Bear Grylls merangkumi api dan batu-batu tongkol LEGO bagi mewakili latar daripada penerokaan gunung yang biasa.

Discovery Baharu mewakili langkah seterusnya dalam pengembaraan transformasi Land Rover dari gigi roda kepada kod dan direka, dibina dan dikilangkan dengan bantuan sebahagian daripada 1,300 jurutera muda berbakat yang sedang menyertai program latihan terkemuka syarikat. Jaguar Land Rover adalah salah sebuah perekrut siswazah dan perantis terkemuka di UK: Seramai 3,000 orang telah menyertai syarikat ini dalam tempoh enam tahun lepas dan 400 rekrut baru sahaja diambil pada tahun 2016 ini.

Bear Grylls menjelaskan: “Saya telah menjalinkan ikatan yang berkuasa dengan kenderaan Land Rover selama bertahun-tahun lamanya dan bagi saya ia merangkumi semangat pengembaraan yang digandingkan dengan kebolehpercayaan lasak yang juga memenuhi keperluan keluarga muda. Land Rover Discovery adalah tidak ternilai pada ekspedisi, sama ada penggambaran di kawasan gurun, hutan atau pergunungan, namun ia masih kenderaan yang sempurna untuk kegunaan seisi keluarga setiap hari. Saya sungguh berbangga berada di sini di saat Land Rover melancarkan Discovery Baharu kepada dunia.” 

Emma Owen, Jurucakap LEGO UK dan Ireland, menyatakan: “Kami teruja kerana Jaguar Land Rover telah menggunakan blok LEGO bagi menambah sedikit kreativiti kepada pelancaran Discovery terkini yang memecahkan Rekod Dunia Guinness. Ini merupakan satu binaan epik dan luar biasa yang benar-benar menawan imaginasi dalam cara yang tidak pernah kita lihat sebelum ini. Dengan blok LEGO dan sedikit imaginasi, anda benar-benar boleh membina apa sahaja!”

Untuk maklumat lengkap mengenai Land Rover Discovery Baharu, sila lawati www.media.landrover.com.

Gambar juga boleh didapati melalui AP PhotoExpress.

 


            

Contact Data