Paxata Bakal Tampilkan Pembentangan Tokoh Pelanggan dan Industri di Strata + Hadoop World di Singapura


Singapura, Dec. 03, 2016 (GLOBE NEWSWIRE) -- (Strata + Hadoop World 2016) -- Paxata, perintis aplikasi dan penyedia penyediaan data layan diri pertama daripada satu-satunya platform maklumat mudah suai layan diri dan gred perusahaan, telah mengumumkan bahawa ia akan mengacarakan beberapa pembentangan pelanggan, demonstrasi produk dan sesi ucapan di Strata + Hadoop World yang akan berlangsung pada 6 – 8 Disember 2016 di Singapura.

Perkara: Seminar Pelancaran Paxata – Paxata akan mengacarakan satu seminar bermaklumat tentang cara syarikat di seluruh dunia sedang mengumpilkan inovasi data besar dan membangunkan kecerdasan perniagaan layan diri dengan mengubah aliran kerja data ke cerapan mereka pada asasnya. Agenda seminar ini penuh dengan peluang hebat untuk menjalinkan hubungan dan belajar daripada ahli teknologi yang berwawasan daripada Standard Chartered Bank, Citibank dan Gartner.
Tarikh dan Masa: Selasa, 6 Disember 2016, 11:30 AM – 5:00 PM SGT
Tempat: The Ritz Carlton, Millenia Singapore, 7 Raffles Avenue, Singapura
Pendaftaran: https://www.eventbrite.com/e/paxata-launch-seminar-tickets-29347059846

Perkara:  Ucapan Dasar Paxata – "Information at the Speed of Thought" (Maklumat Selaju-laju Fikiran) oleh Prakash Nanduri, Pengasas bersama dan CEO Paxata. Pengubahan data perniagaan kepada maklumat yang boleh dipercayai ialah cabaran hebat yang dihadapi oleh peneraju perniagaan dan IT. Prakash akan berkongsi tentang punca cabaran ini dan cara semua perniagaan boleh maju ke hadapan dengan berjaya.
Tarikh dan Masa: Rabu, 7 Disember 2016, 9:55 AM SGT
Tempat: Strata + Hadoop World, Ucapan Dasar dalam Dewan 601-604
Maklumat lanjut:  http://conferences.oreilly.com/strata/hadoop-big-data-sg/public/schedule/detail/57845

Perkara: Sesi Ucapan Paxata – "A Day in the Life of a Chief Data Officer" (Kehidupan Seharian Seorang Ketua Pegawai Data) yang diacarakan oleh Nenshad Bardoliwalla, Ketua Pengawai Produk di Paxata. Mendengardaripada panel kami yang terdiri daripada empat orang peneraju industri yang akan berkongsi pandangan mereka terhadap manusia, proses dan teknologi yang memacu transformasi maklumat di seluruh dunia, termasuk pembelajaran mesin, data besar, awan dan pengkomputeran teragih.
Tarikh dan Masa: Khamis, 8 Disember 2016, 11:15 AM – 11:55 AM SGT
Tempat: Strata + Hadoop World, Bilik 323
Maklumat lanjut: http://conferences.oreilly.com/strata/hadoop-big-data-sg/public/schedule/detail/57812

Tentang Paxata
Di Paxata, kami mengubah data mentah kepada maklumat yang boleh dipercayai selaju fikiran. Kami menyediakan Platform Maklumat Mudah Suai untuk membolehkan penganalisis dengan sistem penyediaan data gred perusahaan dan layan diri untuk menyokong keperluan data perniagaan atas permintaan dan ad hoc bagi analitis, operasi dan keperluan kawal selia. Penganalisis perniagaan bekerja dalam lingkungan aplikasi yang intuitif dan visual untuk mencapai, menerokai, membentuk, menggabungkan dan menerbitkan data dengan klik dan bukannya kod, dengan pentadbiran dan keselamatan yang lengkap. IT dapat menyokong skala isipadu dan kepelbagaian data, sumber data perusahaan dan awan, dan senario perniagaan bagi keperluan perkhidmatan data yang segera dan boleh berulang. Dibina pada Apache SparkTM dan dioptimumkan untuk bekerja dalam Apache HadoopTM, Paxata mengumpil kecerdasan buatan automatik, seni bina awan yang elastik dan pengkomputeran teragih untuk memberikan pengalaman pengguna perniagaan imersif yang mengautomasikan aliran kerja data ke cerapan. Platform ini boleh digunakan pada premis dan dalam persekitaran awam, peribadi atau awan hibrid.

Paxata beribu pejabat di Redwood City, California dengan pejabat di New York, Ohio, Washington DC dan Singapura. Lawati www.paxata.com atau berhubung dengan kami di Twitter, LinkedIn, Facebook, atau YouTube.



            

Contact Data