Dubuc Motors Menerima Kelayakan SEC Di Bawah Akta JOBS A.S

Syarikat kenderaan elektrik (EV) pertama yang diluluskan untuk menjual saham ekuiti kepada pelabur bertauliah dan tidak bertauliah


MENLO PARK, Calif., Feb. 24, 2017 (GLOBE NEWSWIRE) -- Dubuc Motors, syarikat yang mengeluarkan Tomahawk – kereta sport elektrik 2+2 pertama di dunia, mengumumkan pada hari ini tentang pelancaran fasa tawaran langsung bagi kempen pendanaan ramai selepas kelayakan pemfailan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC). Syarikat tersebut mendedahkan kereta super elektriknya melalui kempen Tinjauan Pendapat (TTW) pada tahun 2016 dan kini menjadikan $6 juta tempahan dana awal bertukar menjadi wang pendanaan sebenar.

Foto yang dilampirkan bersama keluaran ini boleh didapati di:

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/309423be-9f0e-4bb4-a283-e15b58f02cef

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/f25348fd-fd59-4b47-80e1-2091fcd0a8a2

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/08e99abb-337a-4a13-b0b6-13947acbb376

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/017a706a-045a-4e98-b6c9-b054ad12ff30

Di bawah Tajuk IV Akta JOBS, Peraturan A+, Dubuc Motors boleh mula menukarkan tempahan menjadi saham ekuiti. Syarikat juga memandang dirinya sebagai syarikat pertama untuk mengadakan tawaran Regulation S dengan Regulation A, membolehkan pelabur menyumbang sekurang-kurangnya $200 di Amerika Syarikat dan di antarabangsa. Syarikat ini akan menjadi pengilang jumlah rendah, dengan jangkaan pengeluaran sehingga 1500 unit setiap tahun.

“Orang ramai telah menerima idea bahawa Tomahawk, walaupun kereta sport eksotik, adalah praktis seolah-olah seperti sedan,” kata Mike Kakogiannakis, salah seorang pengasas Dubuc Motors. “Kami melihat respons hebat daripada pelabur dan amat teruja melihat komuniti besar pendorong perubahan dan penetap trend menyertai kami sebagai pemegang saham pada peringkat awal lagi."

Tomahawk dengan julat jarak 370 batu ini menarik khalayak yang unik, memasuki pasaran sebagai satu-satunya kereta sport 2+2 pacuan semua roda elektrik. Kereta tersebut boleh memuatkan pemandu yang berbadan besar dan tinggi sehingga 6’5” di mana mereka dapat duduk dengan selesa. Ciri-ciri tambahan seperti kerusi belakang dan ruang but menambah utiliti, menjadikan Tomahawk kereta sport mewah harian. Tomahawk kini sedia untuk dibeli pada laman web syarikat dan pelanggan boleh menempah awal dengan deposit $5,000, menjamin kenderaan mereka pada tahun 2018.

Mengenai Dubuc Motors:
Dubuc Motors ialah syarikat yang mengeluarkan Tomahawk - kereta sport elektrik 2+2 yang pertama di dunia. Dibiayai secara persendirian sejak pelancaran syarikat pada tahun 2013, Dubuc Motors menghabiskan masa 13 tahun dalam penyelidikan dan pembangunan untuk mencipta kereta sport mewah yang menggabungkan kuasa automotif dengan kemampanan.

Tomahawk menonjolkan prestasi kualiti terbaik, mencecah 0-60 mph dalam masa 3 saat sambil menawarkan julat jarak 370 batu. Syarikat ini tertumpu dalam menyediakan pengalaman kenderaan sport mewah yang bergaya tetapi luas, dan mesra alam. Kenderaan tersebut kini sedia untuk ditempah dan akan didedahkan pada tahun 2018.

Bagi maklumat lanjut atau untuk membuat sumbangan dana pada kempen pendanaan ramai ekuiti, sila lawati www.dubucmotors.com

Penafian Peraturan A:

Pernyataan tawaran berkenaan tawaran ini telah difailkan dengan SEC. SEC telah memperakui pernyataan tawaran tesebut, bermakna bahawa Dubuc boleh membuat jualan sekuriti yang diterangkan oleh pernyataan tawaran. Ini tidak bermakna SEC telah meluluskan, membuat keputusan berdasarkan merit, ketepatan atau kelengkapan maklumat dalam pernyataan tawaran tersebut. Anda boleh mendapatkan salinan surat pekeliling tawaran yang sebahagian daripada pernyataan tawaran tersebut daripada:
https://www.sec.gov/Archives/edgar/data/1688361/000168836117000008/dubform1a-02212017.htm

Keluaran akhbar ini tidak boleh dianggap sebagai tawaran menjual atau meminta tawaran untuk membeli dan tiada jualan sekuriti di mana-mana negeri atau bidang kuasa di mana tawaran, permintaan atau jualan sedemikian adalah menyalahi undang-undang sebelum pendaftaran atau perakuan di bawah undang-undang sekuriti bagi sebarang negeri atau bidang kuasa sedemikian.

Anda harus membaca surat pekeliling tawaran sebelum membuat sebarang pelaburan.

Maklumat Hubungan: Daniella Ruiz
BAM Communications
C: 619.788.1556
Daniella@bamcommunications.biz