Pembuat Perubahan: 2 dalam 5 Alumni Bekerja di Industri yang Mereka Tidak Pertimbangkan Sebelum Pengajian

Kajian Baharu Menunjukkan Bahawa Program Perniagaan Siswazah Menginspirasikan Jalan Kerjaya Baharu


RESTON, Va., Feb. 28, 2017 (GLOBE NEWSWIRE) -- Lebih daripada separuh alumni pusat pengajian perniagaan siswazah kini bekerja di industri atau kerja di mana mereka tidak mempunyai pengalaman berkaitan sebelum menyertai pengajian perniagaan, berdasarkan laporan yang dikeluarkan pada hari ini oleh Majlis Penerimaan Pengurusan Siswazah (GMAC), sebuah organisasi tanpa untung pusat pengajian perniagaan siswazah terkemuka. Penemuan daripada Tinjauan Perspektif Alumni 2017 Majlis menunjukkan 2 dalam 5 (39 peratus) alumni kini bekerja di industri yang mereka tidak pernah pertimbangkan sebelum memulakan pengajian perniagaan; mereka mengetahui tentang peluang tersebut selepas menyertai program perniagaan siswazah, dengan 88 peratus yang menyatakan bahawa mereka berpuas hati dengan kerja dan majikan mereka.

Foto dilampirkan bersama pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/a8271d80-418e-4452-b216-1df2a203a6ce

“Selama bertahun-tahun, penyelidikan kami menunjukkan bahawa pendidikan pengurusan siswazah menawarkan ganjaran peribadi, profesional dan kewangan. Kami kini dapat melihat bukti kukuh tentang bernilainya ijazah tersebut apabila menukar kerjaya,” kata Sangeet Chowfla, presiden dan KPE GMAC. “Memandangkan kepesatan perubahan dalam ekonomi dan di tempat kerja, calon akan berasa yakin bahawa pendidikan pengurusan siswazah boleh menyediakan mereka dengan kemahiran dan fleksibiliti yang diperlukan untuk menempatkan diri mereka supaya dapat mengubah dan menyesuaikan kerjaya mereka apabila peluang muncul dan industri terjejas.”

Penemuan Laporan Tinjauan Perspektif Alumni 2017 mencirikan hasil pendidikan dan kerjaya hampir 15,000 alumni perniagaan siswazah yang mewakili 1,100 program perniagaan siswazah di seluruh dunia. Laporan menekankan bahawa nilai tawaran ijazah perniagaan siswazah adalah tinggi tidak kira tahun menerima ijazah atau jenis progam.

Penemuan Utama:

Pampasan untuk Siswazah Pusat Pengajian Perniagaan

Hampir semua (95 peratus) responden tinjauan menilai pendidikan pengurusan siswazah mereka dengan nilai baik hingga cemerlang. Secara purata, jumlah pakej pampasan untuk alumni pusat pengajian perniagaan siswazah berjulat dengan median US$75,513 untuk jawatan peringkat kemasukan sehingga median US$440,122 bagi jumlah pampasan untuk eksekutif kanan. Alumni pusat pengajian perniagaan secara purata mendapat 76 peratus jumlah pampasan mereka dalam bentuk gaji asas. Apabila mereka mendapat jawatan yang lebih tinggi, sebahagian besar pampasan mereka datang daripada sumber bukan gaji seperti bonus.

Profil Pekerjaan

Sembilan puluh dua peratus responden tinjauan sedang bekerja pada masa ini — 8 dalam 10 secara keseluruhan (81 peratus) di seluruh dunia bekerja dengan syarikat dan 11 peratus adalah usahawan yang bekerja sendiri. Secara global, sektor produk dan perkhidamatan (27 peratus), teknologi (14 peratus), serta kewangan dan perakaunan (11 peratus) mengambil bahagian terbesar alumni yang diwakili dalam tinjauan ini sebagai pekerja. Walaupun alumni bekerja merentas spektrum industri, jenis ijazah mereka biasanya membezakan jalan kerjaya. Alumni MBA lebih cenderung bekerja dalam bidang teknologi, tanpa untung dan kerajaan, perkilangan, penjagaan kesihatan, tenaga dan utiliti, berbanding alumni yang memegang ijazah sarjana bukan MBA. Contohnya, alumni sarjana perniagaan lebih cenderung untuk bekerja dalam industri kewangan, perakaunan dan perundingan.

Bagi jawatan pekerjaan, alumni MBA lebih cenderung untuk memegang jawatan dalam pemasaran, jualan, operasi, logistik dan pengurusan am. Alumni ijazah sarjana bukan perniagaan MBA lebih cenderung bekerja dengan jawatan kewangan, perakaunan dan sumber manusia.

Secara keseluruhan, lebih daripada 4 dalam 5 alumni bersetuju bahawa pendidikan mereka menyediakan mereka untuk jawatan pemimpin (86 peratus), menyediakan mereka untuk kerjaya yang dipilih (85 peratus) dan meningkatkan kuasa pendapatan (82 peratus).

Usahawan

Kebanyakan alumni menangguhkan aktiviti keusahawanan mereka sehingga selepas menerima ijazah. Malah, 2 dalam 3 alumni usahawan memulakan perniagaan mereka selepas menerima ijazah berikutan pekerjaan di syarikat lain. Satu dalam 8 alumni usahawan cuba mendapatkan modal usaha niaga dan 72 peratus daripada individu tersebut menerima pendanaan sedemikian. Separuh daripada alumni usahawan menyatakan universiti mereka menyediakan bimbingan fakulti, pakar daripada komuniti dan mentor untuk membimbing aktiviti keusahawanan mereka.

Kemahiran Paling Bernilai di Tempat Kerja

Para alumni menempatkan interpersonal sebagai kemahiran paling penting di tempat kerja, tidak kira peringkat kerja atau jawatan. Dalam kalangan lima bakat tertinggi yang penting untuk kerja mereka, yang berkaitan dengan kemahiran "hubungan" atau kecerdasan emosi ditempatkan pada kedudukan tinggi oleh alumni, dengan kemahiran interpersonal (contohnya, pendengaran peka, pujukan dan rundingan, pengurusan waktu) paling tinggi dalam senarai.

Kemahiran lain menjadi lebih banyak apabila seseorang mendapat jawatan korporat yang lebih tinggi. Alumni dengan kedudukan jawatan yang lebih tinggi lebih cenderung untuk menunjukkan bahawa menguruskan modal manusia, strategi dan inovasi serta proses membuat keputusan lebih penting untuk kerja semasa mereka berbanding alumni dengan jawatan lebih rendah.

Pengesyoran Alumni

Kebanyakan alumni amat cenderung mengesyorkan program perniagaan siswazah kepada rakan sekerja dan rakan-rakan. Skor Penggalak Bersih keseluruhan — metrik kesetiaan pelanggan — yang diterima oleh pusat pengajian perniagaan daripada alumni mereka adalah 47, iaitu lebih besar daripada skor yang diterima dalam banyak sektor ekonomi. Skor Penggalak Bersih adalah positif untuk semua program perniagaan siswazah, namun perbezaan mengikut jenis program berjulat daripada 22 untuk Sarjana dalam program Pengurusan hingga 62 untuk pogram MBA dua tahun sepenuh masa. Jika diberikan pilihan, lebih daripada 9 dalam 10 (92 peratus) alumni akan menyertai pendidikan pengurusan siswazah mereka jika mereka mempunyai pengetahuan mereka sekarang.

“Program perniagaan siswazah mendedahkan pelajar kepada pelbagai peluang dan memberi alumni capaian kepada pelbagai hasil kerjaya,” kata Chowfla. “Amat jelas daripada hasil bahawa alumni berasa pendidikan mereka menyediakan mereka untuk jawatan pemimpin, serta meningkatkan potensi pendapatan mereka dan membimbing perkembangan kerjaya mereka. Positiviti ini dicerminkan dalam pengesyoran mereka bagi pendidikan pengurusan siswazah kepada orang lain.” 

Untuk memuat turun Laporan Tinjauan Perspektif Alumni 2017 GMAC, lawati: gmac.com/alumniperspectives. Untuk grafik sokongan, lawati Pusat Berita GMAC.

Mengenai GMAC: Majlis Penerimaan Pengurusan Siswazah (GMAC) ialah sebuah organisasi tanpa untung bagi 220 pusat pengajian perniagaan siswazah terkemuka dari seluruh dunia yang aktif dan komited untuk memajukan seni dan sains penerimaan pelajar. Majlis menyediakan penyelesaian yang diperlukan kepada pusat pengajian perniagaan dan calon untuk menemui dan menilai antara satu sama lain untuk memastikan bakat sentiasa ditemui. GMAC memiliki dan mentadbir peperiksaan Ujian Kemasukan Pengurusan Siswazah® (GMAT®), digunakan oleh lebih daripada 6,500 program siswazah di seluruh dunia, serta peperiksaan NMAT oleh GMAC™, digunakan sebagai kemasukan untuk program pengurusan siswazah di India. Majlis berpusat di Reston, Va., dengan pejabat di London, New Delhi dan Hong Kong. Maklumat lanjut tentang peperiksaan GMAT disiarkan pada mba.com. Untuk maklumat lanjut tentang GMAC, lawati gmac.com.

 


            

Contact Data