Maricann Memperoleh $42,500,000 Pembiayaan Bukan Cair untuk Pengembangan Lanjut di Jerman


TORONTO, May 08, 2017 (GLOBE NEWSWIRE) -- Maricann Group Inc. (CSE:MARI) (Maricann atau “Syarikat”) dengan sukacita mengumumkan bahawa Maricann telah memperoleh $42,500,000 dalam pembiayaan tak cair untuk mengembangkan lagi pengeluaran di Jerman. 

Pembiayaan tak cair sebanyak $42,500,000 itu diperoleh daripada The Green Streaming Finance Company of Canada Inc., sebuah syarikat yang berpangkalan di Vancouver yang menyediakan penyelesaian pembiayaan bukan ekuiti untuk pengeluar kanabis. Pembayaran penstriman akan dibuat sebagai ganti bagi hak untuk membeli 20% daripada pengeluaran dengan kos lengkap + 10% daripada pengembangan yang dibiayai oleh Green Streaming di Jerman. “Kami berbesar hati untuk membiayai Maricann dan usaha pengembangan mereka di Jerman. Ini adalah perhubungan menang-menang untuk Maricann dan Green Streaming Finance, dengan tiada pencairan kepada pemegang saham Maricann dan aliran hasil yang stabil, boleh dipercayai dan boleh diperbaharui kepada Green Stream Finance daripada pengeluar kanabis ubat yang terbukti,” ujar Donald McInnes, pengasas Green Streaming Finance. Mengikut terma perjanjian tersebut, Maricann akan menerima pelaburan dalam dua ansuran, $15,000,000 dan $27,500,000.

Pembiayaan ini akan membiayai sepenuhnya pengembangan operasi penanaman seluas 150,000 kaki persegi (13,935 meter persegi) yang dirancangkan di Kemudahan Ebersbach miliknya dan tambahan 250,000 kaki persegi (23,255 meter persegi) pengembangan lagi dalam rancangan penanaman dua tingkat, serta ladang hem luar yang daripadanya Maricann akan terbitkan ramuan farmaseutikal aktif kandungan CBD yang tinggi. Kemudahan Ebersbach (Barat Dresden) adalah bekas kilang Cargill yang dibina 20 tahun lalu dengan kos sebanyak EUR 80 juta pada masa itu. Kemudahan ini terdiri daripada berbilang bilik bersih berasingan yang sesuai untuk penanaman kanabis. “Kemudahan Ebersbach menawarkan kelebihan yang besar kepada Maricann dalam kos pembinaan keseluruhan dan kepantasan pemasaran. Infrastruktur untuk penanaman kanabis di dalam persekitaran dalam bangunan yang selamat telah disediakan. Kami hanya perlu menambah sistem pembaja-airan, cahaya dan teres untuk penanaman dan kemudian boleh memulakan operasi. Pesaing kami telah membelanjakan lebih daripada CAD $70,000,000 di utara untuk kemudahan dengan keluasan kurang daripada 1/3 saiz tapak lokasi Ebersbach kami. Untuk membina kemudahan yang serupa hari ini, kos anggarannya adalah melebihi EUR 120 juta. Maricann telah memeterai perjanjian simpanan untuk membeli kemudahan tersebut dengan jumlah harga sebanyak EUR 3,410,000 ketika ia ditutup,” ujar Benjamin Ward, CEO.

Mengenai Maricann Group Inc. 

Maricann adalah pengeluar dan pengedar bersepadu secara menegak bagi marijuana untuk tujuan perubatan. Syarikat ini telah diasaskan pada tahun 2013 dan berpangkalan di Langton, Ontario, di mana ia mengendalikan perniagaan penanaman, pengekstrakan dan pengedaran kanabis ubat di bawah lesen persekutuan daripada Kerajaan Kanada. Maricann, yang memiliki lesen persekutuan untuk menanam, memproses dan mengedarkan kanabis, berkhidmat untuk pangkalan pesakit yang terdiri daripada lebih 8,000 pesakit berdaftar sejak penubuhannya. Maricann kini menjalankan pengembangan penanamannya dan menyokong kemudahan di Kanada di 217,000 kaki persegi (20,159 meter persegi) yang dibiayai sepenuhnya, untuk menyokong pengembangan pesakit yang sedia ada dan  masa hadapan. Maricann GmbH adalah anak syarikat yang 95% dimiliki oleh Maricann Netherlands BV, sebuah anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Maricann Group Inc.

Perkembangan Maricann

  • April 2013, Maricann Inc. diasaskan di Langton, Ontario, kawasan pertanian yang kukuh di barat daya Ontario
  • March 2014, Maricann Inc. memperoleh lesen Health Canada untuk menaman tanaman.
  • Disember 2014, Maricann Inc. memperoleh lesen Health Canada untuk menjual kanabis kering.
  • Januari 2015, kanabis kering pertama dijual
  • September 2016, Maricann Inc. memperoleh lesen Health Canada untuk menjual ekstrak kanabis
  • Oktober 2016, jualan pertama kanabis yang diekstrak
  • Disember 2016, Maricann Inc. menambah $22.5 juta dalam modal persendirian
  • Januari 2017, memulakan jualan klon
  • Februari 2017, Maricann Inc. menambah $10 juta dalam modal persendirian
  • 24 April 2017, hari pertama perdagangan di CSE.
  • 28 April 2017, mengumumkan anak syarikat Lembaga Penasihat Jerman.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Maricann sila lawati laman web kami di www.maricann.ca

Maklumat Masa Hadapan

Canadian Securities Exchange bukan meluluskan mahupun tidak meluluskan kandungan siaran berita ini. Siaran berita ini mengandungi pernyataan masa hadapan yang menggambarkan pandangan semasa dan/atau jangkaan pengurusan berhubung dengan prestasi, perniagaan dan peristiwa pada masa hadapan, termasuk tetapi tidak terhad kepada pernyataan dan andaian yang jelas atau tersirat berkenaan perniagaan dan operasi Syarikat. Pernyataan masa hadapan ini adalah berdasarkan jangkaan semasa pada masa itu, kepercayaan, andaian, anggaran dan ramalan tentang perniagaan dan industri serta pasaran yang Syarikat itu beroperasi. Pernyataan masa hadapan tidak menjaminkan prestasi pada masa hadapan dan melibatkan risiko, ketakpastian dan andaian yang sukar untuk diramal. Seterusnya, pembaca tidak sepatutnya bergantung harap sepenuhnya terhadap pernyataan dan maklumat masa hadapan, yang layak secara keseluruhannya melalui pernyataan awasan ini. Syarikat tidak menjanjikan sebarang kewajipan untuk menyiarkan secara umum sebarang semakan untuk mengemas kini sebarang pernyataan masa hadapan secara sukarela, melainkan dikehendaki oleh undang-undang sekuriti yang berkenaan.


            

Contact Data