Luster Menyertai Lembaga Pengarah MoCA

San Ramon, California, UNITED STATES


SAN RAMON, Calif. dan BEIJING, Sept. 20, 2017 (GLOBE NEWSWIRE) -- Luster LightTech Corp., yang berpangkalan di Beijing, China, adalah ahli Pembiaya terbaru MoCA dan akan mengambil tempat dalam Lembaga Pengarah MoCA. Luster diundang untuk menjadi ahli Pembiaya kerana sumbangan mereka dalam pembangunan MoCA Access™ dan promosi rangkaian rumah MoCA dalam kalangan pengendali di China.

Luster mereka bentuk, menghasilkan dan memasarkan portfolio bagi peralatan rangkaian yang menyasarkan pembekal TV berbayar dan penyedia perkhidmatan Internet yang luas di China, Amerika Syarikat dan Eropah.

Luster telah menjadi ahli MoCA selama tiga tahun, terbaru sebagai ahli Penyumbang, dan telah membantu menjamin penerimaan teknologi tersebut melalui beberapa kabel MSO di China. Selain itu, syarikat tersebut memainkan peranan penting dalam merundingkan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Academy of Broadcast Planning (ABP), sebuah unit daripada SARPPFT. ABP adalah agensi kerajaan yang membekalkan penyelidikan dan penilaian bagi pelbagai standard rangkaian rumah.

Syarikat ini juga dijangka akan memainkan peranan penting dalam mendapatkan percubaan dan penerimaan muktamad MoCA Access di China dan di seluruh dunia.

Keahlian Pembiaya adalah melalui undangan sahaja dan tertakluk kepada undian semua ahli Pengarah. Undian adalah sebulat suara.

“Kami meminta Luster untuk menjadi ahli Pembiaya dan menyertai Lembaga Pengarah kami sebagai mengiktiraf sumbangan berterusan mereka terhadap pembangunan spesifikasi dan pasaran,” ujar Charles Cerino, Presiden MoCA. “Pengetahuan dan reputasi mereka dalam kalangan pengendali di China sangat bernilai kepada Alliance, dalam usaha kami mempromosikan rangkaian rumah MoCA dan memperkenalkan MoCA Access.”

“Kami berbesar hati menyertai Lembaga Pengarah MoCA kerana China mewakili pasaran yang berkembang untuk penyelesaian rangkaian rumah dan akses jalur lebar MoCA,” kata Dr. Yates Yao, Presiden Luster. “Kami telah membekalkan penyelesaian berasaskan FTTH dan MoCA untuk jangka masa yang lama dan akan terus memanfaatkan hubungan pengendali dan jenama kami di China untuk membantu Aliance mencapai kejayaan untuk penyelesaian rumah dan jalur lebarnya.”

Mengenai MoCA®

Teknologi MoCA® adalah tulang belakang bagi Wi-Fi® dalam rumah yang paling laju dan paling boleh dipercayai, sebagaimana yang telah terbukti melalui pelbagai ujian lapangan dan telah digunakan oleh pengendali kabel, telekomunikasi/IPTV dan satelit di seluruh dunia. MoCA 2.0 menawarkan kadar data sebenar sehingga 1 Gbps. MoCA 2.5 menawarkan kadar data sebenar sehingga 2.5 Gbps sebagai tambahan kepada pelbagai ciri pengurusan dan keselamatan rangkaian.

MoCA Access™ adalah teknologi sambungan fiber yang berasaskan spesifikasi MoCA 2.5 dan dicipta untuk MDU, hotel dan tempat peranginan serta sebarang bangunan dengan kabel sepaksi sedia ada.

Alliance mempunyai 220 produk yang diperakui dan 40 ahli di seluruh dunia.

Lawati www.mocalliance.org untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Hak Cipta © 2017 Multimedia over Coax Alliance. Hak Cipta Terpelihara. MoCA dan logo MoCA adalah tanda dagangan bagi Multimedia over Coax Alliance, yang didaftarkan di A.S. dan negara lain.

Rob Gelphman
Naib Presiden, Pemasaran dan Perhubungan Ahli
MoCA®
1-408-838-7458
Robgelphman@mocalliance.org