NTS Ventures dan IHMA Mengumumkan Perjanjian Kolaboratif untuk Membekalkan Suit Lanjutan bagi Perkhidmatan Makmal Klinikal Mikologi, Antifungus dan Mikrobiologi untuk Menyokong Pembangunan Ubat Anti-infektif kepada Industri Biofarmaseutikal.


SCHAUMBURG, Ill., Dec. 06, 2017 (GLOBE NEWSWIRE) -- NTS Ventures (NTS), makmal penyelidikan klinikal mikologi dan antifungus serta International Health Management Associates, Inc./IHMA Europe Sàrl (IHMA), sebuah makmal pusat perkhidmatan penuh mikrobiologi klinikal telah mengumumkan perjanjian kolaboratif bukan eksklusif yang akan membekalkan industri farmaseutikal dengan suit lanjutan perkhidmatan ujian mikologi dan antifungus serta perkhidmatan ujian mikrobiologi, termasuk pengkhususan dalam agen anti bakteria dan biofilem. Suit perkhidmatan termasuk perkhidmatan antifungus praklinikal in vitro dan in vivo, mekanisme penyiasatan tindakan, perkhidmatan percubaan klinikal antifungus penuh dan perkhidmatan kawal selia, serta sokongan mikrobiologi untuk kajian klinikal dan pengawasan, juga kajian pengujian pengkhususan.

Pembangunan anti-infektif baharu telah berkembang dengan pesat sejak sepuluh tahun lalu. Keperluan untuk menyokong produk yang penting dan mampu menyelamatkan nyawa ini juga telah meningkat. Perjanjian antara NTS dan IHMA akan membenarkan semua syarikat farmaseutikal dan bioteknologi akses kepada pengujian makmal klinikal mikologi, antifungus dan mikrobiologi yang diperlukan untuk membangunkan dan menyokong ubat antifungus dan antimikrob. Kedua NTS dan IHMA telah mengambil ahli mikrobiologi dan saintis yang berkelayakan tinggi dan berpengalaman dengan kepakaran dalam bidang anti-infektif untuk bekerja dengan mereka. Dengan kerjasama ini, IHMA dan NTS akan berupaya untuk memberikan suit lanjutan perkhidmatan pengujian mikologi dan antifungus sebagai tambahan kepada suit anti bakteria menyeluruh milik mereka yang sedia ada.

"Kerjasama kolaboratif ini yang menyatukan keupayaan luar biasa kedua-dua IHMA dan NTS mencipta satu matlamat untuk pembangunan ubat antimikrob, mencipta sumber yang sangat berkesan dan mustahak untuk industri biofarmaseutikal," ujar Dr. Mahmoud Ghannoum, Pengasas NTS Ventures.

"IHMA berasa sangat teruja dengan hubungan baharu bersama NTS Ventures ini. Peluang ini memberikan kedua-dua organisasi kebolehan untuk menyokong matlamat industri biofarmaseutikal dengan lebih baik untuk membangunkan agen antibakteria dan antifungus yang baharu dan lebih poten," ujar Dr. Daniel Sahm, Ketua Pegawai Saintifik dan VP bagi Global Microbiology Services di IHMA, Inc.

PERIHAL NTS Ventures

NTS berpangkalan di Cleveland, Ohio dan menyediakan perkhidmatan praklinikal, klinikal dan translasi yang direka untuk membawa agen antifungus, antibakteria dan dermatologi daripada peringkat penemuan hingga menembusi pasaran. NTS mempunyai keupayaan untuk menyokong pembangunan ubat baharu dalam fasa pengujian praklinikal dan klinikal untuk memenuhi pematuhan Investigational New Drug (IND) dan New Drug Application (NDA) oleh FDA. Selama lebih dari 25 tahun, pasukan di NTS telah bekerjasama dengan pelbagai entiti termasuk Big Phrama global, syarikat bioteknologi peringkat permulaan dan perkembangan, CRO spektrum penuh serta institusi akademik.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati https://www.ntsventures.com.

PERIHAL IHMA

IHMA berpangkalan di Schaumburg, Illinois, A.S. dan Monthey, Switzerland dan telah menjadi pembekal utama bagi perkhidmatan pembangunan ubat antimikrob selama 25 tahun yang lepas. Kemudahan makmal kami di A.S. dan Eropah bergandingan dengan klien di seluruh dunia dalam industri bioteknologi, farmaseutikal dan diagnostik. IHMA merupakan makmal peneraju dan bebas dengan pengkhususan dalam kajian pengawasan dan percubaan klinikal, langkah penting dalam garis masa pembangunan ubat hinggalah ke peringkat pengkomersialan. IHMA menggunakan teknologi terkini, yang membawa kepada pengujian dan data kelas pertama serta rangka kerja ekonomi yang kukuh. Perkhidmatan IHMA boleh disesuaikan untuk memenuhi keperluan pengujian klien yang unik. Ini memastikan pembangunan ubat, pengkomersialan dan laluan pascapemasaran yang berjaya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati tapak web IHMA di: www.ihma.com

MAKLUMAT HUBUNGAN 
Hubungan 
Igael Hamburg 
847-303-5003 
ihamburg@ihma.com