SAN FRANCISCO, Jan. 24, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Hari ini, Black Hat, penyedia acara keselamatan maklumat global terkemuka mengumumkan penekanan Taklimat untuk program Black Hat Asia yang akan datang. Program tersebut yang kembali ke Singapura tahun ini akan menawarkan jadual padat untuk komunitinya, lengkap dengan Taklimat kajian yang tepat pada masanya, Latihan amali, Dewan Perniagaan yang menampilkan penyedia penyelesaian terkemuka dan program khusus tambahan untuk mengetengahkan keperluan komuniti keselamatan maklumat yang lebih besar, daripada kakitangan dan pengurus hingga mereka yang berkhidmat di peringkat eksekutif.
Black Hat Asia akan berlangsung pada 20 Mac – 23 Mach, 2018 di Marina Bay Sands di Singapore. Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan penjimatan S$200 untuk bayaran pendaftaran, sila lawati: blackhat.com/asia-18/registration.html
Penekanan program Black Hat Asia 2018 setakat ini termasuklah:
- Kajian tentang serangan perisian tebusan dari jauh pada platform iOS dan OSX, mungkin pengesanan perisian tebusan pertama pada platform Apple ini yang imun terhadap serangan WannaCry.
- Sistem pembayaran mudah alih yang terancam dengan kerentanan yang membolehkan penyerang untuk membuat pembayaran pada telefon mangsa dari jauh tanpa disedari.
- Menggodam pustaka perisian yang digunakan secara meluas dengan taklimat yang menekankan isu kerentanan yang boleh menjejaskan berbilion peranti dalam masa lima tahun akan datang – termasuk produk yang menggunakan Chrome, Android, iOS dan Windows serta perisian yang digunakan oleh syarikat popular termasuk Audi dan BMW.
- Godam mudah aliht, termasuk kerentanan yang dijumpai dalam Android 8.0 dan kajian yang berkisar tentang keselamatan eMMC & UFS, salah satu aspek yang penting tetapi sering dilupakan dalam keselamatan mudah alih yang boleh memberi impak besar terhadap keselamatan dan privasi pengguna harian platform mudah alih.
- Kerentanan yang menjejaskan peranti yang kita gunakan setiap hari termasuk serangan ke atas pernati yang dibenamkan seperti papan kekunci wayarles untuk mengekstrak data peribadi dan serangan siber terhadap peranti IoT yang merangkumi semua daripada kamera web hingga penghala. Para penyelidik juga akan meneroka kerentanan yang berkaitan dengan QNX, sistem pengendalian yang terdapat dalam banyak peranti sensitif yang meliputi sektor perubatan, automotif dan industri.
- Memintas peranti keselamatan di dalam PC, komputer riba dan pelayan semasa keadaan tidur dengan meneutralkan Intel TXT; dan kajian tentang kerentanan yang berkaitan dengan TrustZone ARM, yang terdapat dalam hampir setiap peranti Android moden.
Untuk melihat barisan semasa program 2018 dan abstrak pembentangan, lawati: blackhat.com/asia-18/briefings.html
Kursus Gaya Kelas - Latihan Black Hat
Sebelum Taklimat berlangsung, Black Hat Asia akan menawarkan kursus Latihan teknikal amali yang mendalam selama dua hari dengan dibimbing oleh individu terbaik dalam industri. Latihan tahun ini akan melibatkan topik seperti penggodaman infrastruktur, pembelajaran mesin, penggodaman kereta, analisis perisian hasad dan banyak lagi. Baharu untuk tahun 2018, Black Hat akan menawarkan kursus latihan popular “Serangan Web dan Eksploitasi Lanjutan” selama empat hari yang dibimbing oleh Offensive Security. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang senarai kursus dan penjimatan sebanyak S$300 untuk kursus pilihan anda hingga 16 Mac, sila lawati: blackhat.com/asia-18/training/schedule/index.html
Demonstrasi Langsung - Black Hat Arsenal: Alat akan diumumkan tidak lama lagi!
Black Hat Arsenal akan kembali ke Singapura dengan alat dan kawasan demonstrasinya yang popular, menampilkan perkembangan terhangat daripada komuniti sumber terbuka. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Arsenal dan melihat alat yang akan dipilih pada tahun ini, lawati: blackhat.com/asia-18/arsenal-overview.html
Penaja Black Hat Asia
Penaja utama Black Hat Asia 2018 termasuklah Penaja Platinum: Qualys, SentinelOne; Penaja Emas: CrowdStrike, DarkTrace, Malwarebytes, Rapid7, Solida Systems; dan Perak: Black Duck Software oleh Synopsys, Checkmarx, HackerOne, Illumino, Intezer, PhishMe, ServiceNow, VMRay. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang peluang penajaan dan senarai penuh syarikat yang menyertai, lawati: blackhat.com/asia-18/event-sponsors.html
Berhubung dengan Black Hat (#BlackHat)
Tarikh dan Acara Black Hat Akan Datang
- Black Hat USA 2018, Las Vegas, Nevada, 4-9 Ogos
- Black Hat Europe 2018, London, UK, 3-6 Disember
Perihal Black Hat
Selama 20 tahun, Black Hat telah membawakan hadirin maklumat terkini dalam penyelidikan, perkembangan dan trend keselamatan maklumat. Acara global dan latihan berprofil tinggi ini didorong oleh keperluan terhadap komuniti keselamatan yang berusaha untuk menyatukan minda terbaik dalam industri ini. Black Hat memberikan inspirasi untuk para profesional di semua peringkat kerjaya, menggalakkan perkembangan dan kerjasama dalam kalangan ahli akademik, penyelidik bertaraf dunia serta pemimpin dalam sektor awam dan swasta. Taklimat dan Latihan Black Hat diadakan setahun sekali di Amerika Syarikat, Eropah dan Asia. Maklumat lanjut boleh didapati di: blackhat.com. Black Hat dianjurkan oleh UBM bhd. UBM adalah penganjur Acara B2B khusus terbesar di dunia. Seramai 3,750 orang ahli kami yang bertapak di lebih daripada 20 buah negara dan berkhidmat di lebih daripada 50 sektor berbeza. Pengetahuan dan minat kami yang mendalam terhadap sektor ini membolehkan kami mencipta pengalaman bernilai yang membawa kejayaan kepada pelanggan kami. Sila lawati www.ubm.com untuk berita dan maklumat terkini tentang UBM.
Hubungan Media:
Kimberly Samra
PA Black Hat
415-947-6362
BlackHatPR@ubm.com